NEW YORK, 15 Jun 2016 /PRNewswire/ --
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7813551-moet-hennessy-solar-impulse/
Selaku Rakan Rasmi Solar Impulse dan Rakan Penganjur Pusat Kawalan Misi di Monaco, Moët Hennessy mengiringi Solar Impulse pada setiap saat sepanjang jelajah seluruh dunianya. Jim Clerkin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Moët Hennessy Amerika Utara menyambut juruterbang André Borschberg di landasan lapangan terbang John F. Kennedy, New York. Beliau menghadiahi beliau dan Bertrand Piccard dengan jeroboam emas "Solar Impulse" champagne Moët & Chandon khas bagi meraikan kedatangan beliau dan kesemua pencapaian yang diraih oleh Solar Impulse setakat ini.
"Meraikan Kelestarian"
Solar Impulse dan Moët Hennessy berhasrat untuk meningkatkan kesedaran terhadap potensi teknologi bersih yang luas. Kedua-duanya bersama-sama meraikan usaha ke arah mewujudkan dunia yang lebih baik.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Moët Hennessy Christophe Navarre menjelaskan: "Seperti mana para individu berpandangan jauh yang menjadi tunggak Solar Impulse, kami melihat hal ini bukan sekadar satu tanggungjawab, tetapi juga peluang ke arah usaha penambahbaikan dengan melindungi alam sekitar. Kita bergantung kepada alam semula jadi untuk menghasilkan wain dan minuman beralkohol yang mewah dan berjanji untuk memeliharanya dan menjadikannya tempat yang lebih baik untuk generasi akan datang. Dasar alam sekitar kami menetapkan piawaian yang tinggi, serta matlamat yang jauh lebih tinggi."
Kesemua wain dan minuman beralkohol Moët Hennessy dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi. Produknya yang menakjubkan adalah hasil daripada kualiti tanah, penelitian terhadap muka bumi dan kepakaran pembuatan oleh golongan lelaki dan wanita yang menghasilkannya. Moët Hennessy berpegang kepada dasar alam sekitar yang proaktif bagi melindungi warisan alam semula jadi ini.
Bagi mengambil contoh terhadap pertanian yang lestari, kesemua Champagne Maisons Moët Hennessy menerima pengiktirafan sebagai Ladang Anggur yang Lestari. Di Amerika Syarikat, kilang wain di California, Domaine Chandon dan Newton Vineyards menerima perakuan daripada Napa Green Winery.
Semangat Perintis
Selain menjadi penginovasi dalam pembangunan yang lestari, Moët Hennessy terkenal dengan usaha membuat pembaharuan, menerusi geografi dan manusia. Sejak dari awal, setiap jenama berusaha meraih tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dan berkongsi produk mereka bersama pelanggan baharu di serata dunia.
Presiden Amerika Utara dan Ketua Pegawai Eksekutif Moët Hennessy Jim Clerkin menjelaskan: "Jenama Moët Hennessy sekian lama dikaitkan dengan inovasi dan semangat perintis. Kami amat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada usaha Solar Impulse dan teruja menantikan pesawat tersebut di Bandar Raya New York. Memandangkan Amerika Syarikat telah melahirkan sebilangan pencipta terhebat dalam bidang penerbangan, peluang menjadi hos bagi pesawat tersebut di sini terus memantapkan lagi kedudukan Solar Impulse dalam sejarah Amerika."
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160613/378414
Video - http://www.multivu.com/players/uk/7813551-moet-hennessy-solar-impulse/