omniture

Mandarin Orchard Singapore Raih Sijil Kecemerlangan TripAdvisor 2016

Hotel ikonik terima ulasan yang mantap daripada pelancong menerusi laman pelancongan terbesar di dunia
Mandarin Orchard Singapore
2016-06-17 17:07 735

SINGAPURA, 17 Jun, 2016 /PRNewswire/ -- Mandarin Orchard Singapore telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan TripAdvisor 2016. Kini dalam tahun keenam, anugerah ini meraikan segmen perniagaan hospitaliti yang menerima skor penarafan dan ulasan yang mantap secara tekal oleh pelancong menerusi TripAdvisor sepanjang tahun ini.

Sijil Kecemerlangan TripAdvisor mengambil kira kualiti, kuantiti dan ulasan terkini yang dikemukakan oleh pelancong melalui TripAdvisor.com sepanjang tempoh 12 bulan. Bagi memastikan kelayakannya, sesebuah perniagaan perlu mengekalkan skor penarafan sekurang-kurangnya empat daripada lima skor, memiliki jumlah ulasan minimum dan perlu tersenarai dalam laman sesawang tersebut sekurang-kurangnya selama 12 bulan.

"Kami berbesar hati kerana berjaya meraih Sijil Kecemerlangan TripAdvisor ini dan bersyukur kerana hasil usaha kami diiktiraf oleh mereka yang paling penting bagi kami," kata En. Danny Wong, Pengurus Hotel, Mandarin Orchard Singapore. "Pencapaian ini mengesahkan komitmen berterusan kami dalam menyediakan pengalaman hospitaliti bertaraf Asia yang tiada tandingan kepada para tetamu kami."

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-45 Mandarin Orchard Singapore. Sejak mula beroperasi pada tahun 1971, hotel ini tekal membawakan ciri-ciri utama jenama ini, iaitu keanggunan, kemesraan dan ketelitian bertaraf Asia kepada para tetamu dari seluruh dunia.

"Menerusi Sijil Kecemerlangan ini, TripAdvisor memberi penghormatan kepada segmen perniagaan hospitaliti yang secara tekal menerima pujian dan penarafan yang mantap daripada para pelancong," kata Heather Leisman, Naib Presiden Pemasaran Industri, TripAdvisor. "Hasil pengiktirafan ini dapat membantu pelancong mengenal pasti dan menempah hotel yang sentiasa menyediakan perkhidmatan yang hebat. TripAdvisor berbangga dapat memainkan peranan penting ini bagi membantu pelancong berasa lebih yakin dengan keputusan tempahan yang dibuat."

Untuk maklumat berkaitan media selanjutnya, sila hubungi:

Ikram Zainy 
Pengurus, Bahagian Komunikasi Pemasaran 
Mandarin Orchard Singapore, oleh Meritus 
T (65) 6831 6051 
M (65) 9168 2740 
ikram.zainy@meritushotels.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160616/8521603966LOGO  

Source: Mandarin Orchard Singapore
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards