omniture

JA Solar Bekalkan Modul Solar Berprestasi Tinggi untuk Projek Tenaga Hibrid PV-diesel Terbesar di Afrika Utara

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2016-06-20 08:41 733

BEIJING, 20 Jun 2016 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) (JA Solar), salah sebuah syarikat pengeluar terbesar dunia produk tenaga solar berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan telah menyediakan sejumlah 11MW modul PV berprestasi tinggi untuk projek tenaga di Rantau Laut Merah Mesir. Dibangunkan oleh Masdar dengan biayaan kerajaan Abu Dhabi, ia adalah projek tenaga hibrid PV-diesel terbesar di Afrika Utara.

Projek itu direka untuk menyediakan tenaga elektrik untuk industri pelancongan di rantau Laut Merah. Ia mengandungi empat buah loji janakuasa – Marsa Alam, Shalateen, Abu Ramad dan Halayeb –  yang menggabungkan penggunaan penjana diesel sedia ada dengan modul PV yang baharu bagi menjana jumlah tenaga sebanyak 14MW. Rekaan hibrid itu akan membawa penjimatan yang signifikan terhadap kos berkaitan pembelian dan pengangkutan bahan api diesel, dan nyata mengurangkan pelepasan CO2. Selepas selesai, projek itu dijangka akan membekalkan elektrik kepada 25,800 isi rumah serta mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 42,700 tan setahun.

Mr. Jian Xie, Presiden JA Solar, mengulas, "Oleh sebab projek ini terletak dalam kawasan padang pasir dan mengalami iklim ekstrim, ia memerlukan modul yang mempunyai tahap kelasakan yang tinggi. Kejayaan kami menjadi pembekal adalah bukti kualiti dan keutuhan tinggi yang dimiliki oleh modul keluaran kami serta perakuan antarabangsa bagi produk kami. Kami komited untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami melalui inovasi teknologi dan penambahbaikan prestasi produk kami bagi merebut peluang membuat sumbangan positif dalam menyelesaikan masalah tenaga yang kian meruncing di seluruh dunia."

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities