omniture

Infinitus raih anugerah "Majikan Terbaik di China" Aon Hewitt buat kali ke-4

LKK Health Products Group
2016-06-20 09:12 507

SHANGHAI, 20 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Pada 16 Jun 2016, Lee Kum Kee Health Products Group, Infinitus (China) Co., Ltd. (selepas ini dirujuk sebagai LKK Infinitus) berjaya meraih anugerah "Majikan Terbaik di China 2016" oleh Aon Hewitt yang disampaikan dalam satu majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Shanghai. LKK Infinitus mengalahkan 108 calon bagi merangkul salah satu daripada 12 anugerah terakhir. Ini merupakan kali keempat syarikat tersebut menerima penghormatan ini.

Keterangan gambar: Infinitus raih anugerah "Majikan Terbaik di China" oleh Aon Hewitt buat kali ke-4
Keterangan gambar: Infinitus raih anugerah "Majikan Terbaik di China" oleh Aon Hewitt buat kali ke-4

Aon Hewitt yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, ialah sebuah firma perunding sumber manusia peringkat global yang memiliki 16 tahun pengalaman yang luas dalam membangunkan dan menjalankan Kaji Selidik Majikan Terbaik serta mengenal pasti majikan terbaik di dunia. Sejak tahun 2015, Aon Hewitt telah menjalin kerjasama dengan LinkedIn, iaitu platform rangkaian sosial profesional terbesar di dunia bagi bersama-sama memperkenalkan anugerah Majikan Terbaik di China. Proses pemilihan dibuat berdasarkan instrumen penilaian sumber manusia profesional dan juga data besar.

Para penyelidik bagi kaji selidik tersebut bertanggungjawab dalam pemilihan anugerah dengan menilai setiap syarikat berdasarkan empat "petunjuk", iaitu tahap penglibatan kakitangan, reputasi jenama majikan, keberkesanan kepimpinan dan sejauh mana budaya korporat mempengaruhi tahap prestasi. Setiap petunjuk ini mengambil kira dua perspektif: bagaimana para pencari kerja menilai syarikat secara umum dan juga bagaimana kakitangan syarikat menilainya dari dalam. Berdasarkan tahap profesionalisme dan objektiviti yang tinggi para penyelidik yang menjalankan kaji selidik tersebut, tinjauan yang dibuat di rantau Asia Pasifik adalah yang paling menyeluruh dan paling berwibawa dari segi pengenalpastian jenama majikan terbaik.

Yang Guojin, naib presiden kanan Health Products Group, Lee Kum Kee, berkata: "Dengan tersenarainya syarikat ini sebagai calon anugerah tersebut, LKK Infinitus mampu memanfaatkan perspektif profesional daripada pihak ketiga yang berwibawa, dan terus berusaha mempertingkat serta menyesuaikan strategi pembangunan kakitangan, bagi mewujudkan persekitaran yang membolehkan kakitangan sentiasa berpeluang untuk berusaha ke arah perkembangan kendiri dalam suasana bekerja yang ceria, menggalakkan pewujudan platform pengalaman pelanggan yang lebih baik, yang seterusnya dapat menyediakan pengalaman yang lebih baik buat pelanggan. Penerimaan anugerah profesional bertaraf tinggi hasil usaha yang kami lakukan dalam segmen sumber manusia ini menggalakkan kami untuk terus berusaha dengan lebih baik lagi menerusi domain ini."

Kajian yang dibuat bagi proses pemilihan pemenang tahun ini menunjukkan majikan terbaik terus mencari jalan untuk meningkatkan penglibatan kakitangan, dengan 91% majikan terbaik mengambil kira maklum balas daripada kakitangan dengan amat serius, dan menjadikannya sebagai komponen paling penting apabila menilai prestasi pengurusan. Dalam masa yang sama, mewujudkan jenama majikan ialah faktor paling penting bagi mengenal pasti kredibiliti selaku majikan terbaik.

Rakan kongsi kanan global dan ketua pegawai eksekutif Aon Hewitt, China, Klaus Liu berkata: "Syarikat-syarikat yang terus dipilih sebagai Majikan Terbaik terus mengekalkan prestasinya, baik dalam keadaan ekonomi yang mantap mahupun ketika mengalami kelembapan ekonomi, kerana majikan seperti ini tidak pernah mengetepikan komitmen mereka terhadap pelaburan modal insan, dan tidak mengesampingkan bahawa bakat individu merupakan aset modal yang penting dan teras bagi sesebuah syarikat."

Keputusan daripada kaji selidik tersebut menunjukkan, menerusi kesemua empat kategori iaitu penglibatan kakitangan, jenama majikan, kepimpinan dan juga budaya korporat berdasarkan prestasi, LKK Infinitus berjaya meraih skor yang tinggi berbanding purata pasaran. Pihak penganjur kaji selidik tersebut menyatakan LKK Infinitus benar-benar berjaya melaksanakan falsafah terasnya, merangkumkan motonya iaitu "Si Li Ji Ren" yang bermaksud "pelaburan modal insan mewujudkan sebuah syarikat yang lebih menguntungkan". Selanjutnya, pihak penganjur menambah bahawa syarikat ini menyediakan sebuah model budaya korporat yang unik, menggalakkan kakitangan untuk memahami sepenuhnya dan terlibat dalam segala usaha yang mencerminkan budaya korporat, selain mengguna pakai platform digital dan dasar kebajikan yang baik, yang dapat menggalakkan gaya hidup yang seimbang dan juga sihat. Dalam masa yang sama, LKK Infinitus memperkenalkan satu sistem insentif kakitangan baharu dan penilaian prestasi yang berfungsi untuk menggalakkan penglibatan kakitangan ke tahap yang lebih tinggi, baharu dan terulung.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160616/0861605925

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards