omniture

JUMORE Anjurkan Sidang Kemuncak E-dagang Rentas Sempadan Pertama di Beijing

Sidang kemuncak e-dagang rentas sempadan beri peluang baharu untuk kesalinghubungan global
JUMORE
2016-06-20 09:57 883

BEIJING, 20 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Rentas Sempadan pertama, yang memberi tumpuan terhadap pengaplikasian idea berkaitan perkongsian ekonomi bagi tujuan menggalakkan kesalinghubungan global serta kerjasama ekonomi, telah diadakan di Beijing pada 16 Jun.

Sidang Kemuncak E-Dagang Rentas Sempadan Pertama diadakan di Beijing 2016
Sidang Kemuncak E-Dagang Rentas Sempadan Pertama diadakan di Beijing 2016

Sidang kemuncak tersebut dianjurkan oleh JUMORE E-commerce Co., Ltd (JUMORE), platform e-dagang rentas sempadan pertama dan satu-satunya di dunia yang merangkumi komoditi dalam semua kategori dan seluruh rantaian industri. Lebih 500 perwakilan dari lebih 60 buah negara menghadiri sidang kemuncak tersebut di Beijing.

Majlis Pelancaran Pavilion Kebangsaan JUMORE
Majlis Pelancaran Pavilion Kebangsaan JUMORE

Pengerusi JUMORE LU Hongxiang menyampaikan ucaptamanya berkaitan pengalaman praktikal syarikat tersebut sebagai sebahagian daripada dialog forum tentang perkongsian ekonomi serta model perniagaan e-dagang rentas sempadan B2B baharu.

Majlis Pelancaran Pavilion Wilayah JUMORE
Majlis Pelancaran Pavilion Wilayah JUMORE

"Salah satu pencapaian terhebat yang diraih oleh JUMORE adalah mewujudkan ekosistem perkongsian yang saling menguntungkan dengan membahagikan platform dalam talian kami kepada segmen kebangsaan, wilayah, jenama, mahupun pavilion," kata LU. "Dengan cara ini, industri-industri dan syarikat-syarikat yang kompetitif dapat memperkenalkan produk serta sumber mereka, yang dapat membantu ekonomi, kelompok industri, pembekal dan juga syarikat mewujudkan sebuah komuniti ekonomi yang menarik, seraya mampu mencapai perkongsian sumber global yang berkualiti."

Sesi Dialog Terbuka semasa Sidang Kemuncak
Sesi Dialog Terbuka semasa Sidang Kemuncak

Semasa SIDANG KEMUNCAK tersebut, JUMORE telah mengadakan satu majlis perasmian untuk lebih sepuluh pavilion kebangsaan termasuk AS, UK, Perancis, Jerman, Kanada, Rusia, Itali, Turki, Argentina, Indonesia, Afrika Selatan, India, Belgium serta lapan pavilion wilayah di China. Menjelang akhir tahun 2016, pavilion kebangsaan yang terdiri daripada 60 buah negara serta kesemua pavilion wilayah di China dijangka bakal dilancarkan melalui platform JUMORE.

"Pavilion kebangsaan dapat menggalakkan industri-industri yang kompetitif serta produk berkualiti daripada negara-negara berbeza berkembang ke dalam pasaran global, selain merealisasikan perkongsian modal, kepintaran dan juga teknologi di seluruh dunia," sambung Lu. "Pavilion wilayah pula membantu wilayah-wilayah di China menonjolkan kelompok industri serta kelebihannya, selain mampu terhubung dengan pasaran antarabangsa yang luas." Dalam forum itu juga, JUMORE turut menandatangani kontrak dengan TUV-SUD, DHL (China).

Latar Belakang JUMORE E-commerce Co., Ltd

Platform e-dagang rentas sempadan JUMORE meliputi komoditi dalam semua kategori, menerusi segmen perniagaan yang terdiri daripada bahan mentah sehinggalah produk industri, selain pelbagai perkhidmatan termasuk kewangan, logistik, dsb. JUMORE bermatlamat untuk mewujudkan sebuah platform ekologi yang sah, selamat dan bersifat terbuka serta menyediakan perkhidmatan dan juga sokongan menyeluruh kepada perusahaan pembuatan di seluruh dunia.

http://en.jumore.com/

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160616/380153 
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160616/380150  
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160616/380151  
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160616/380152  

Source: JUMORE
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Transportation Trade show news