omniture

Broker Terbesar Akui Perkembangan Yang Sangat Menggalakkan bagi Populariti MetaTrader 5

MetaQuotes Software Corp.
2016-06-20 10:45 672

LIMASSOL, Cyprus, 20 Jun 2016 /PRNewswire/ -- 

Baru-baru ini, salah satu broker tempatan Rusia, Solid Financial Services melancarkan platform perdagangan MetaTrader 5 dengan sistem lindung nilai untuk urusan perakaunan. Setelah RoboForex, Alpari, FX Choice dan syarikat-syarikat lain, SFS menjadi salah satu peserta pertama daripada pasaran pertukaran asing yang menawarkan peniaga dengan kemampuan untuk menjalankan urusan perniagaan arah berlawanan menerusi satu simbol dalam akaun sebenar pada platform generasi kelima.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323 )

Sistem perakaunan baharu ini ditambah ke dalam MetaTrader 5 pada akhir bulan April dan telah pun menerima maklum balas positif daripada peserta pasaran. Sebagai contoh, salah satu broker Pertukaran Asing (Forex) antarabangsa terbesar, Alpari telah mengenal pasti peningkatan ketara bagi jumlah akaun baharu. Ini mengesahkan peniaga mata wang secara aktif menggunakan akses yang dihadkan dan menyokong broker yang menyediakan tawaran sedemikian.

Minat terhadap MetaTrader 5 juga dilihat semakin meningkat dalam pasaran pertukaran. Kurang setahun, jumlah broker yang menawarkan MetaTrader 5 melalui DGCX (Bursa Komoditi Dubai Gold) telah bertambah daripada 1 menjadi 10 broker, manakala melalui PMEX (Bursa Pakistan Mercantile) pula bertambah daripada 1 menjadi 5, termasuk perintis pasaran bursa terbesar, ACM Gold. Beberapa broker antarabangsa yang utama serta broker saham nasional sedang membuat persediaan untuk melancarkan platform tersebut pada masa terdekat, manakala broker yang lain sedang merancang pelaksanaannya.

"Alpari memutuskan untuk bergantung pada MetaTrader 5 dan ternyata keputusan ini adalah tepat," kata Boris Shilov, Ketua Pegawai Eksekutif Alpari. "Pada Mei 2016, MetaQuotes melancarkan versi platform MetaTrader 5 yang telah lama dinanti-nantikan dengan ciri-ciri perdagangan dwiarah. Ciri-ciri ini sememangnya dikenali oleh kebanyakan peniaga dan mampu memaksimumkan jumlah strategi yang tersedia. Alpari menjadi syarikat pertama yang menawarkan versi platform tersebut ke dalam pasaran. Para pelanggan kami berpuas hati dengan kepantasan pelaksanaan pesanan yang tinggi, manakala kami pula berpuas hati dengan peningkatan jumlah pembukaan akaun baharu. Saya percaya MetaTrader 5 merupakan satu alternatif yang bagus berbanding MetaTrader 4 yang amat terkenal, dan saya yakin MetaTrader 5 akan menjadi platform utama buat pelanggan kami di seluruh dunia."

"Kemampuan membuka akaun lindung nilai sekian lama dinanti-nantikan oleh broker dan juga peniaga. Pasukan RoboForex percaya MetaQuotes telah membuat keputusan yang tepat untuk menambah ciri-ciri ini ke dalam platform MetaTrader 5. Kami amat yakin langkah ini dapat menyumbang kepada peralihan standard industri, daripada MetaTrader 4 kepada MetaTrader 5 pada masa terdekat ini," kata Vitaly Avtaykin, pengarah urusan RoboForex. "Hal ini telah disahkan oleh pengalaman sebenar kami: kami menawarkan akaun lindung nilai MetaTrader 5 sejak 26 Mei lalu dan kini ia menyumbang kepada 54% daripada jumlah akaun keseluruhan, manakala jumlah dagangan akaun ini dilihat lebih tinggi berbanding akaun penghasilan bersih."

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce