omniture

Capaian Perbankan Mudah Alih Lebih Cepat Menerusi Pengesahan Biometrik OCBC Bank

Aplikasi OCBC OneTouch yang pertama antara bank asing di negara ini
OCBC Bank
2016-06-20 12:27 823

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Jun 2016 /PRNewswire/ -- OCBC Bank (Malaysia) Berhad telah melancarkan OCBC OneTouch, aplikasi yang memudahlan pelanggan untuk menyemak baki dalam akaun bank, kad dan pelaburan mereka.

Aplikasi ini menggunakan teknologi Touch ID (ID Sentuh) Apple untuk mencipta sistem pengenalan cap jari yang membolehkan pelanggan menjadikan urusan perbankan asas lebih mudah dan memberi lebih capaian dengan mengenepikan keperluan untuk mengingati dan berulang kali memasukkan butir-butir pengesahan untuk urus niaga yang paling biasa dilakukan – menyemak baki akaun.

Menurut Ketua E-Perniagaan OCBC Bank Encik Roy Heong, semakan baki akaun membentuk lebih separuh daripada urus niaga dalam talian.

"Memandangkan kebanyakan urus niaga perbankan mudah alih membabitkan semakan baki akaun, kami menyifatkan pelancaran OCBC OneTouch sebagai satu usaha penting untuk memenuhi keperluan utama pelanggan dalam persekitaran digital semasa. OCBC OneTouch menandakan satu mercu jaya penting dalam usaha kami memberikan lebih kesenangan dan keselamatan, dua elemen penting yang ada kalanya bertentangan, tetapi diperlukan oleh pelanggan masa kini untuk mengemaskinikan kewangan mereka," katanya.

Untuk permulaan, pelanggan perlu mengaktifkan aplikasi sekali sahaja dengan memasukkan ID log masuk Perbankan Mudah Alih OCBC dan kata laluan masing-masing. Selepas itu, menerusi aplikasi Perbankan Mudah Alih, pelanggan hanya perlu meletakkan jari mereka pada butang 'home' untuk menyemak baki akaun mereka.

Semua nombor akaun dilindungi sebahagian dengan hanya 4 digit terakhir diperlihatkan. Bank tidak menyimpan sebarang maklumat akaun seperti nombor, baki dan maklumat lain yang berkaitan pada telefon. Sekiranya pelanggan ingin menjalankan urusan perbankan selain pertanyaan baki, mereka boleh log masuk ke dalam Perbankan Mudah Alih dengan menggunakan ID login dan kata laluan mereka.

OCBC OneTouch boleh didapati melalui peranti iOS yang mempunyai sensor cap jari Touch ID (ID Sentuh) Apple. Ini termasuk iPhone 5S, iPhone 6, dan iPhone 6Plus dengan sistem operasi iOS 8.

Sebagai aplikasi terbaru dalam siri inovasi digital, OCBC OneTouch sudah beroperasi apabila OCBC Bank melancarkan aplikasi perbankan mudah alihnya melalui platform iOS & Android pada 2015. Ini disertakan dengan OCBC Money Insights, alat pengurus kewangan peribadi yang memudahkan pelanggan memantau perbelanjaan mereka, menetapkan belanjawan dan menabung untuk mencapai matlamat mereka.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Eleanor Danker

Vice President

Corporate Communications

OCBC Bank (Malaysia) Berhad

Tel:      03 - 2783 3642

Hp:      012 - 259 7349

Fax:     03 - 2693 5694

Email:  EleanorD@ocbc.com

Paul Chan

Assistant Vice President

Corporate Communications

OCBC Bank (Malaysia) Berhad

Tel:     03 - 2783 3661

Hp:      012 - 259 6313

Fax:    03-2693 5694

Email: CKChanPaul@ocbc.com

Julius Evanson

Head

Corporate Communications

OCBC Bank (Malaysia) Berhad

Tel:      03 - 2783 3655

Hp:      012 - 243 4348

Fax:     03 - 2693 5694

Email:  juliusevanson@ocbc.com

Source: OCBC Bank
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Web Site New products/services