omniture

Vivid Sydney Menjulang Lebih Tinggi

Rakaman pesawat tanpa pemandu setinggi langit, imej dari udara yang amat tinggi, keputusan yang amat mengagumkan menampilkan festival cahaya, muzik dan idea terbesar di dunia
Destination NSW
2016-06-20 20:10 1017

SYDNEY, 20 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Vivid Sydney 2016 telah pun berakhir buat tahun ini. Sempena meraikan festival cahaya, muzik dan idea terbesar dunia selama 23 malam, Destination NSW menyiarkan rakaman melalui dron baharu yang memperlihatkan festival tersebut daripada ketinggian terbaik. Klik di sini bagi melihat rakaman pandangan berkenaan.

Vivid Sydney 2016 - Sydney Harbour, sumber: Destination NSW
Vivid Sydney 2016 - Sydney Harbour, sumber: Destination NSW

Dengan menawarkan pandangan dari atas yang luar biasa terhadap Vivid Sydney yang bergemerlapan, para penonton dibawa menerokai seluruh Pelabuhan Sydney, menerusi pameran hiasan lampu Cathedral of Light di Taman Botani Diraja Sydney, sehingga ke kawasan paling liar di Vivid Sydney, Zoo Taronga.

Vivid Sydney dimiliki, dikendalikan dan dianjurkan oleh Destination NSW, sebuah agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan Negeri. Festival yang diadakan setiap tahun ini ialah sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan, menarik artis-artis dan juga para pengunjung luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Eksekutif Destination NSW Vivid Sydney, Sandra Chipchase, berkata: "Vivid Sydney digemari oleh pengunjung dari dalam dan luar negara. Beribu-ribu pengunjung telah menikmati acara utama tahun ini termasuk Cathedral of Light, pameran hiasan lampu sepanjang 60 meter yang menyediakan lebih 75,000 LED serta love-o-meter yang interaktif, I LOVE YOU, pameran hiasan lampu paling romatik di Vivid Sydney. Di Zoo Taronga, para tetamu kagum dengan patung harimau berlampu yang interaktif, setinggi 4.3 meter, yang bernama Jumilah bersempena Harimau Sumatera betina yang terdapat di Zoo tersebut."

Kini dalam tahun kelapan, festival Vivid Sydney yang diadakan setiap tahun ini mengubah latar langit bandar menjadi sebuah kanvas cahaya yang berwarna warni. Pameran lampu dan pancaran cahaya yang menakjubkan telah dihasilkan oleh seramai 150 artis dari 23 buah negara dari serata dunia. Pada tahun 2015, Vivid Sydney berjaya menarik 1.7 juta pengunjung.

Tahun ini, Vivid Sydney menyaksikan lebih 90 pameran cahaya lampu dan juga pancaran cahaya muncul di seluruh bandar tersebut, manakala 190 acara Vivid Music diadakan selain lebih 658 penceramah hadir sebagai sebahagian daripada 183 acara Vivid Ideas.

Vivid Sydney berjaya mencipta Rekod Dunia Guinness menerusi pameran cahaya lampu 'Dress Circle' yang diiktiraf sebagai paparan interaktif terbesar di dunia, dan turut meraikan pencapaian penting menerusi ulang tahun ke-100 Zoo Taronga dan juga ulang tahun ke-200 Taman Botani Diraja Sydney.

Layari www.vividsydney.com.

Bahan Media: 

  •          Rakaman dron disediakan di sini.
  •          Imej dari udara sedia dimuat turun di sini.
  •          Rakaman siaran berkualiti gulung-b disediakan di sini.

Nota untuk Editor:

Harap maklum bahawa keputusan akhir Vivid Sydney bakal diumumkan beberapa minggu akan datang.

Vivid Sydney 2016 - jembatan Sydney Harbour Destination NSW
Vivid Sydney 2016 - jembatan Sydney Harbour Destination NSW

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160619/8521604002-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160619/8521604002-b

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Leisure/Travel/Hotels Music Travel