omniture

MAKE UP FOR EVER, ICONA POP & COLBY SMITH BERSIAP SEDIA MEMPERKENALKANGINCU ARTIST ROUGE

MAKE UP FOR EVER
2016-06-21 10:30 755

PARIS, 21 Jun 2016 /PRNewswire/ --

PENGHASILAN BERSAMA YANG UNIK BAGI KANDUNGAN ARTISTIK DAN PENUH SEMANGAT ANTARA DUNIA SOLEKAN DAN MUZIK

#myArtistRouge @makeupforeverofficial @iconapop @colbymakeup 

Didorong oleh minat tinggi yang dikongsi terhadap persembahan pentas, MAKE UP FOR EVER, digandingkan dengan jenama yang mengungguli kedudukan di Sweden, ICONA POP serta selebriti jurusolek artis COLBY SMITH bersama-sama membawakan dunia solekan dan muzik bagi memperkenalkan kempen ARTIST ROUGE baharu. Hasil kombinasi wawasan para artis dan kepakaran jenama tersebut, MAKE UP FOR EVER dan ICONA POP berganding bahu menghasilkan kandungan video yang eksklusif serta penuh semangat untuk "Emergency" yang menjadi hit, yang menonjolkan kuasa transformatif yang dibawakan oleh gincu ARTIST ROUGE. Tontoni video muzik di sini: https://youtu.be/Z5d7VsvLoj0

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/de/7857351-gardena-steuerte-garten-fern/

"Solekan adalah amat penting buat kami apabila kami berada di atas pentas bagi mempersembahkan suatu yang menyeronokkan buat orang ramai. Anda boleh menjadi seorang  'superwoman' dengan hanya mengenakan sedikit pemerah pipi dan gincu berwarna hitam. Kami mengekspresikan diri kami melalui muzik, juga melalui cara pemakaian kami serta cara kami mengenakan solekan. MAKE UP FOR EVER amat sempurna buat kami kerana ia bersifat berani dan bergaya, selain terdapat banyak warna berbeza yang boleh dicuba!" -  ICONA POP

Bagi mengatasi keadaan yang ekstrem ketika membuat persembahan secara langsung dan memperlihatkan personaliti mereka yang penuh semangat, ARTIST ROUGE menjadi keperluan penting untuk ICONA POP. Kumpulan dari Sweden itu, ICONA POP terdiri daripada Caroline Hjelt dan Aino Jawo, yang mendapat inspirasi daripada muzik tarian elektronik, punk dan indie pop. Kedua-dua penyanyi itu menjadi terkenal di peringkat antarabangsa menerusi lagu hit "I Love It" yang tiga kali menerima pengiktirafan RIAA platinum, menampilkan penyanyi Charli XCX, dan membuat persembahan pertama bagi jelajah konsert Katy Perry, Miley Cyrus dan juga One Direction. Kembali membuat persembahan menerusi lagu single "Emergency" 2015, kedua-dua penyanyi ini bergabung tenaga bersama MAKE UP FOR EVER menerusi kesemua hasil ciptaan yang artistik dan persembahan pentas, dengan kerjasama jurusolek artis bagi kumpulan itu, COLBY SMITH.

"Ini merupakan jenama yang meraikan karya seni, daya kreativiti serta ekspresi diri yang berani, dan kerjasama unik antara ICONA POP, saya sendiri dan juga koleksi Artist Rouge benar-benar menghidupkan semua nilai ini." -  COLBY SMITH, Jurusolek Artis, ICONA POP.

Menampilkan 46 warna terang - 31 warna krim dan 15 warna kusam, GINCU ARTIST ROUGE memberikan gaya pemakaian gincu yang hebat dan keselesaan yang mengagumkan. MAKE UP FOR EVER bakal melancarkan dua gincu edisi terhad dengan autograf daripada ICONA POP. Caroline memilih warna merah gelap kusam seakan baldu (#M401), manakala Aino memilih warna krim biru gelap (#C603).

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160620/381056 

Source: MAKE UP FOR EVER
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Music Licensing/marketing agreements