omniture

Presiden Israel ke-9 Shimon Peres dan Dr. Mike Evans Bertemu Yang Mulia Pope Francis, dan Mengucapkan Terima Kasih Atas Persahabatan dan Sokongan yang Diberikan kepada Penduduk Yahudi dan Negara Israel

Friends of Zion
2016-06-23 09:00 803

ROME, 23 Jun 2016 /PRNewswire/ --

Peres menyatakan, "Tiada apa yang lebih hebat berbanding persahabatan dalam kalangan manusia."

Yang Mulia Pope Francis, Presiden Israel ke-9 Shimon Peres, Pengerusi Lembaga Antarabangsa muzium Friends of Zion di Jerusalem dan Dr. Mike Evans, Pengasas Muzium tersebut membuat kenyataan bersama bagi tujuan menggalakkan keamanan dan menyeru menamatkan segala tindakan keganasan atas nama agama. Peres turut menyampaikan satu karya seni yang unik daripada Galeri Pengasas Friends of Zion kepada Yang Mulia Pope Francis. Karya seni tersebut menggambarkan babak seakan mimpi dalam kitab Bible, ketika Ibrahim mentaati satu perintah yang sukar dengan perkataan Ibrani Hinneni, yang bermaksud Saya Taat.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160621/381702
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160621/381703 )

Peres dan Evans turut berkongsi kisah Irena Sendler, salah seorang wira yang dipaparkan dalam muzium tersebut. Sendler, seorang jururawat muda berfahaman Katolik, menyeludup keluar kira-kira 2,500 orang kanak-kanak berbangsa Yahudi dari Warsaw Ghetto, kemudian memberikan mereka dokumen identiti palsu serta tempat tinggal di luar Ghetto. Pada tahun 1965, Sendler diiktiraf oleh negara Israel sebagai salah seorang Penegak Kebenaran Antara Bangsa. Dr. Mike Evans, pengasas muzium FOZ berucap tentang kepentingan persahabatan antara orang ramai dan negara, yang dilihat semakin penting pada masa kini, ketika wujudnya isu anti-Semitisme di seluruh dunia.

Muzium FOZ merupakan salah satu tarikan terkini di tengah-tengah bandar Jerusalem, menarik para pelancong dari serata dunia untuk mengetahui sendiri kisah-kisah keberanian mereka yang setia menyokong orang Yahudi dan negara Israel sejak 200 tahun lalu. Dikisahkan dengan amat baik, muzium tersebut menggunakan teknologi tercanggih yang membolehkan pengunjung mengalami kisah yang diceritakan, seolah-olah kembali ke masa lampau. Bermula dengan persembahan 3D dan skrin sentuh gergasi, hinggalah tayangan yang menayangkan ukiran unik serta animasi skop roto kompleks, yang mengubah rakaman video aksi sebenar menjadi media catan.

Wira-wira yang dipamerkan di muzium tersebut termasuk Presiden AS Harry Truman, Perdana Menteri Britain Winston Churchill, Prof. George W. Bush, Orde Wingate dan Penegak Kebenaran Antara Bangsa seperti Oskar Schindler, Raoul Wallenberg, Irena Sendler serta keluarga Ten Boom yang mempertaruhkan nyawa mereka bagi menyelamatkan orang-orang Yahudi yang teraniaya di seluruh dunia.

Muzium Friends of Zion mula dibuka di Jerusalem pada September lalu dan bermatlamat untuk menjadi penghubung bagi menyatukan orang ramai di seluruh dunia selain memberi motivasi kepada lebih banyak komuniti untuk menyokong Israel.

Alamat Muzium: Muzium Friends of Zion, 20 Yosef Rivlin Street, Jerusalem. Kini, Muzium tersebut boleh dikunjungi oleh pelawat, tempahan digalakkan dibuat di laman sesawang Muzium: http://www.fozmuseum.com atau dengan menghantar emel kepada jabatan tempahan kami melalui reservations@fozhc.com atau +972-2-532-9400.

Source: Friends of Zion
Keywords: Art Entertainment Religion