omniture

360 Security Catat Skor Sempurna Dalam Penilaian Keselamatan Mudah Alih, AV-TEST

- 360 Security terima skor komposit sempurna dalam Penilaian Produk Keselamatan Mudah Alih Bulan Mei
- Berasaskan kepandaian buatan, enjin anti-virusnya mengesan perisian hasad bentuk baharu dengan kadar pengesanan 100%
360 Mobile Security Limited
2016-06-23 12:06 1059

BEIJING, 23 Jun 2016 /PRNewswire/ -- 360 Security, satu aplikasi antivirus dan pengoptimuman peranti mudah alih terkenal global menerima perakuan daripada AV-TEST apabila mencatatkan skor komposit sempurna dalam penilaian akhir AV-TEST (https://www.av-test.org/en/antivirus/mobile-devices/android/may-2016/qihoo-360-360-security-3.6-161820/).

360 Security Peroleh Catat Rekod Skor Sempurna dalam Penilaian Mudah Alih, AV-TEST
360 Security Peroleh Catat Rekod Skor Sempurna dalam Penilaian Mudah Alih, AV-TEST

 

360 Security Peroleh Catat Rekod Skor Sempurna dalam Penilaian Mudah Alih, AV-TEST
360 Security Peroleh Catat Rekod Skor Sempurna dalam Penilaian Mudah Alih, AV-TEST

AV-TEST menilai 26 perisian antivirus peranti mudah alih seluruh dunia berdasarkan "Perlindungan", "Kebolehgunaan", dan "Ciri" yang ada pada mereka.

360 Security menerima skor sempurna dalam kategori "Perlindungan", melalui fungsi pengesan perisian hasad masa nyata dan kadar pengesanan 100% terhadap sampel perisian hasad sepanjang 4 minggu ujian itu. Enjin pengesan virus 360 Security adalah satu teknologi proprietari yang dikenali sebagai QVM (Qihoo Support Vector Machine). Ia menggunakan algoritma kepandaian buatan untuk mengesan dan mengenal pasti perisian hasad berbentuk baharu.

Perlu diberi perhatian bahawa, 360 Security juga mencatatkan skor yang tinggi dalam kategori "Kebolehgunaan" (penilaian impak perisian hasad terhadap kelajuan peranti) dan "Ciri" (anti-kecurian, penapis spam, dan ciri tambahan)

Ketua Pegawai Teknologi 360 Security, Xu Xin berkata, "Kami berbesar hati kerana mencatatkan skor sempurna dalam ujian AV-TEST dan diperakui sebagai satu rujukan untuk perisian anti-virus global."  "360 Security banyak menerima reaksi positif terhadap enjin antivirus yang menganalisis data besar dalam masa nyata serta memiliki asas kepandaian buatan yang membolehkan ia mempelajari, mengesan, dan bertindak balas terhadap perisian hasad baharu."

Kini digunakan oleh lebih 450 juta pengguna di seluruh dunia, 360 Security adalah satu aplikasi keselamatan semua-dalam-satu yang mengungguli carta muat turun di 96 negara. 360 Security membawa fungsi Anti-virus, Melajukan, dan Membersihkan secara percuma untuk mengoptimumkan tahap keselamatan dan prestasi telefon pintar dan lain-lain peranti mudah alih pengguna.

Hubungi:

Jean-Baptiste Carpentier
Emel: jeanbaptiste@mobimagic.com 
Telefon:(+86) 158 1157 3307

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160622/0861606112-a
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160622/0861606112-b

Source: 360 Mobile Security Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology