omniture

G2A.COM Limited Diumumkan Pasukan Khidmat Pelanggan Cemerlang menerusi Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global 2015

G2A.com
2016-06-27 23:45 589

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 27 Jun 2016 /PRNewswire/ --

'Pelanggan Gembira Wujudkan Pasaran G2A'

G2A.COM Limited diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pasukan Khidmat Pelanggan Cemerlang sempena Anugerah Kecemerlangan Perniagaan 2016. Ini menjadikannya anugerah peringkat Antarabangsa keenam bagi tahun 2016 ketika usaha inovasi dan pertumbuhan G2A berkembang dengan pesat.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160626/383421 )

Mengulas tentang G2A.COM selaku pemenang bagi kategori Pasukan Khidmat Pelanggan Cemerlang, pengerusi barisan hakim berkata: "Syarikat pasaran permainan digital G2A.com berusaha memenuhi kehendak 6.4 juta pelanggannya di seluruh dunia dengan membuat pelaburan yang besar terhadap pasukan khidmat pelanggan yang berprestasi tinggi dan terdiri daripada pelbagai bahasa. Pasukan tersebut layak menerima ucapan tahniah kerana menyediakan perkhidmatan sepanjang waktu dalam 8 bahasa. Selain itu, mereka turut menghantar 200,000 emel yang luar biasa setiap hari dan mencapai waktu respons selama 10 minit bagi emel dan lima minit bagi sembang 'langsung', yang merupakan suatu yang agak luar biasa. Dengan memberi sokongan kepada kakitangan khidmat pelanggan dengan mengadakan program gaya hidup yang sihat dan latihan secara berterusan, G2A.com berjaya menubuhkan sebuah pasukan hebat dengan reputasi yang cemerlang."

G2A.COM ialah sebuah syarikat transformasi yang meraih pelbagai anugerah, juga merupakan pasaran permainan digital paling pantas berkembang di dunia, menawarkan lebih 30 produk permainan digital dalam satu laman sesawang: http://www.g2a.com http://stevieawards.com/ http://www.gbeawards.com/. G2A menggajikan lebih 580 kakitangan profesional daripada 30 buah negara berbeza, yang bertutur dalam 24 bahasa. G2A menyediakan perkhidmatan kepada 10 juta pelanggan dan menerima 250 ribu pelanggan baharu setiap bulan. G2A membangunkan 100 pilihan kaedah pembayaran global menerusi G2A Pay dan memastikan jaminan 100% menerusi G2A Shield. G2A.COM menyediakan sokongan sepanjang masa bersama penutur asli manakala pengalaman pelanggan pelbagai budaya disediakan turut disediakan sepanjang waktu. https://uk.trustpilot.com/review/g2a.com, http://stores.ebay.de/g2astore. Hasil daripada inovasi ini dan juga tumpuan terhadap pelanggan, G2A berjaya merangkul Anugerah Kecemerlangan Global bagi kategori Pelanggan Pantas Berkembang yang Cemerlang pada tahun 2016. http://www.gbeawards.com/previous_winners.asp

Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global berbangga dengan sejumlah besar barisan hakim antarabangsa yang bebas dan pakar, bagi memilih pemenang berdasarkan kriteria yang ketat untuk setiap kategori dan sektor; fokus terhadap keputusan kewangan, inovasi, pelanggan, kakitangan, pelabur dan faedah untuk komuniti.

Ketika menerima Anugerah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif G2A.COM, Bartosz Skwarczek berkata: "Ini merupakan satu penghormatan yang besar buat G2A. Kami amat berbesar hati kerana barisan hakim antarabangsa mengiktiraf kerja keras kami yang berterusan bagi menyediakan khidmat pelanggan terbaik di dunia. Ini merupakan berita yang sangat hebat. Pelanggan yang gembira wujudkan Pasaran G2A https://www.g2a.co/press"

Ketua Bahagian Sokongan Global G2A.COM, Jacek Chmielecki, menjelaskan: "Kami berusaha melakukan segala yang mampu bagi memastikan kegembiraan pelanggan kami dan bagi menyediakan pelanggan kami dengan pengalaman yang luar biasa. Anugerah ini memberi motivasi kepada kami untuk berusaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan tahap kemajuan masing-masing dan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik."

Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global merupakan salah satu anugerah berprofil tertinggi di dunia dan kejayaan meraih anugerah ini benar-benar memperlihatkan kualiti kerja kami. Memandangkan Anugerah ini memiliki profil tinggi, ia menarik perhatian sejumlah besar penyertaan dari seluruh dunia, bermula dengan PLC antarabangsa bersaiz besar dan organisasi-organisasi dalam sektor awam, kepada SME yang dinamik serta inovatif. Kesemua pemenang mempunyai satu persamaan, iaitu mereka benar-benar memperlihatkan kecemerlangan menerusi usaha yang mereka lakukan dan G2A.com Limited berjaya membuktikan hal ini dengan merangkul Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Global 2016.

PAUTAN PEMBENTANGAN

Pengarang: Jacqueline Purcell - jpurcell@G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology Awards