omniture

NEXCOM dan AuroLED Jalin Kerjasama bagi Menyediakan Penyelesaian ITS Dalam Bas untuk Pasaran Membangun

Nexcom
2016-06-28 09:00 610

TAIPEI, Taiwan, 28 Jun 2016 /PRNewswire/ -- NEXCOM dan AuroLED berkolaborasi bagi menawarkan perjalanan bas yang selamat dan cekap menerusi penyelesaian sistem pengangkutan pintar dalam bas (OBITS) yang dapat disepadukan dengan rapi di dalam bas bagi memberikan kombinasi aplikasi antara pengawasan keselamatan, pengurusan kenderaan, konsol pemandu bas dan juga sistem maklumat penumpang untuk bas pengangkutan awam. Dengan menyasarkan pemandu bas yang memiliki pengalaman IT yang sedikit, penyelesaian OBITS didatangkan dalam pakej semua dalam satu, melibatkan perkakas tahan lasak NEXCOM serta perisian aplikasi komprehensif AuroLED yang bertujuan untuk meningkatkan amalan keselamatan dan juga kecekapan operasi pengangkutan awam melalui sedikit penglibatan dan usaha IT.

"Keperluan penyelesaian yang amat pelbagai dan kekurangan penyelesaian tersedia yang komersial (COTS) menjadikan usaha untuk melaksanakan projek ini satu tugas yang sukar. Untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik buat pelanggan, kolaborasi ini memanfaatkan kepakaran perkakas NEXCOM dalam pengkomputeran mudah alih, serta kehebatan perisian bagi pengurusan kenderaan daripada AuroLED dan memperoleh penyelesaian semua dalam satu yang dapat menyediakan fungsi aplikasi, daya ketahanan sistem serta kemudahan pemasangan," kata Leo Chang, Pengarah Unit Perniagaan Penyelesaian Pengkomputeran Mudah Alih NEXCOM.

Udit Patel, Pengarah Teknikal AuroLED berkata, "Auro mengiktiraf kualiti yang hebat dalam produk NEXCOM. Komputer lekapan kenderaan (VMC) NEXCOM kini merupakan perkakas pengkomputeran mudah alih yang paling andal, kompak dan mudah dipasang, yang digunakan dalam projek OBITS yang kompleks di India. VMC menunjukkan prestasi yang amat mengagumkan dalam keadaan iklim yang melampau di India. Reka bentuknya adalah modular bagi membantu fungsi penyesuaian mengikut keperluan pelanggan yang pelbagai. Sokongan pembangunan aplikasi daripada NEXCOM adalah amat pantas dan mampu membantu mempercepatkan tempoh untuk dipasarkan."

"Penyelesaian OBITS meliputi pelbagai aplikasi yang biasa ditugaskan untuk sistem diskret. AuroLED memanfaatkan dengan baik kelebihan VMC dari segi prestasinya yang tinggi, komunikasi melalui suara dan teks pada masa sebenar, pengesanan GPS serta pemerolehan telematik kenderaan, selain mencipta penyelesaian OBITS semua dalam satu yang dapat memenuhi keperluan pengawasan keselamatan, pengurusan kenderaan, konsol pemandu bas dan PIS menerusi hanya satu sistem VMC. Analisis terperinci yang terhasil daripada penyelesaian OBITS diaplikasikan bagi menjalankan penilaian tingkah laku pemandu, pencegahan risiko, kecekapan operasi dan jadual perjalanan. Tidak lama lagi bas-bas sekolah akan menjadi demonstrasi seterusnya bagi menunjukkan sejauh mana NEXCOM dan AuroLED yang bergandingan, dapat memberi kemudahan kepada pengguna, termasuk sekolah, guru, ibu bapa dan juga pelajar. Menerusi usaha bersama ini, kami percaya kami dapat meluaskan capaian kami ke dalam pasaran dunia," tambah Chang.

Beroperasi menerusi komputer lekapan kenderaan semua dalam satu NEXCOM setinggi 10.4 inci, penyelesaian OBITS ini telah dipasang dalam lebih 500 buah bas bandar di beberapa buah negeri di India, di bawah Misi Pembaharuan Bandar Nasional Jawaharlal Nehru (JnNURM) yang bertujuan untuk menggalakkan usaha pembaharuan dan pembangunan secara terancang yang pantas bagi bandar-bandar yang dikenal pasti. Menerusi misi ini, beribu-ribu bas pengangkutan awam dengan penyelesaian OBITS dan dilengkapi paparan IPS, butang kecemasan, kamera keselamatan dan pengesanan GPS, keupayaan pemantauan keadaan kenderaan akan dijalankan di atas jalan raya beberapa tahun akan datang.

Latar Belakang NEXCOM: NEXCOM memiliki enam segmen perniagaan: Penyelesaian Automasi IoT, Keselamatan Digital Pintar, Internet Semua Benda, Platform Papan Tanda Interaktif, Penyelesaian Pengkomputeran Mudah Alih serta Penyelesaian Rangkaian dan Komunikasi. Menerusi trend mega IoT, NEXCOM memperluas tawarannya menerusi penyelesaian berkaitan aplikasi baharu termasuk IoT, robot, kereta terhubung, Industri 4.0 dan keselamatan industri. www.nexcom.com

Latar Belakang AuroLED: Segmen perniagaan AuroLED: Penyelesaian Pengangkutan Mudah Alih berasaskan IoT untuk pengangkutan awam, Penyelesaian Kewangan Mudah Alih, Penyelesaian Bas Sekolah berasaskan IoT, Sistem Maklumat Penumpang LED untuk Pengangkutan, penyelesaian Paparan LED Warna Penuh untuk acara sukan. AuroLED memperluas tawarannya menerusi penyelesaian untuk Perlombongan IoT, Perisian pelayan bahagian belakang untuk Perancangan serta Penjadualan dan juga Analitik. www.aurodisplay.com

Liyin Lin
Pengarah Pemasaran
E-mel: liyinlin@nexcom.com.tw
Tel: +886 2 8226 7786 samb. 2110  

Source: Nexcom
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Transportation Trucking and Road Transportation Contracts Licensing/marketing agreements