omniture

Emerio Malaysia Lantik Pengarah Urusan Baharu

Michael Warren bertanggungjawab membawa transformasi serba baharu di Malaysia
Emerio (Malaysia) Sdn Bhd
2016-06-28 12:01 616

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, Emerio mengumumkan pelantikan Michael Warren sebagai Pengarah Urusan Emerio Malaysia. Beliau akan melapor diri kepada Harish Nim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Emerio.

Michael Warren, Pengarah Urusan baharu Emerio Malaysia
Michael Warren, Pengarah Urusan baharu Emerio Malaysia

"Kami berbesar hati mengalu-alukan Michael ke dalam syarikat kami. Menerusi rekod prestasi yang terbukti dalam industri ini, saya yakin beliau mampu memperjuangkan matlamat perniagaan dan kemasyarakatan kami di Malaysia serta di rantau ini," kata Harish Nim.

Michael akan memimpin syarikat menerusi program transformasi yang bertujuan untuk menyediakan aplikasi, penyelesaian dan perkhidmatan terkini, di samping terus mengukuhkan kerjasama perniagaan sedia ada dan baharu berkaitan amalan perkhidmatan operasi IT utama Emerio.

"Terdapat peluang yang amat besar untuk Emerio memanfaatkan legasi teknologi di rantau ini dan NTT Jepun demi memperkenalkan penyelesaian dan perkhidmatan baharu di Malaysia. Kami bermatlamat untuk membantu pelanggan dan rakan kerjasama Malaysia mencapai rantaian nilai pengetahuan yang lebih baik, melengkapi wawasan negara Malaysia iaitu untuk memperluas ekosistem digital negara ini," kata Michael.

Michael mempunyai pengalaman industri dan kepimpinan selama lebih 30 tahun dari seluruh rantau Asia Pasifik. Beliau menyasarkan untuk terus meningkatkan kedudukan Emerio dengan memanfaatkan hubungan bersama kerajaan dan jaringan komersial yang luas di seluruh rantau ini.

Sebelum menyertai Emerio Malaysia, Michael pernah bertugas untuk Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan menyandang jawatan Naib Presiden bagi kluster Perkhidmatan Perniagaan Global. Menerusi jawatan terdahulu, beliau memainkan peranan penting dalam membantu agensi ICT di Malaysia membawa masuk pelaburan langsung asing yang strategik dan bernilai tinggi, serta menyediakan pekerjaan, di samping berjaya mendorong industri penyumberan luar tempatan menjadi salah satu peneraju pasaran yang diiktiraf di seluruh dunia.

Michael Warren berkelulusan ijazah dalam bidang Sains Komputer & Pengurusan daripada Universiti Waikato di New Zealand.

Latar Belakang Emerio (Malaysia) Sdn Bhd 

Emerio (Malaysia) Sdn Bhd diberikan status MSC pada tahun 2003 dan merupakan sebahagian daripada EMERIO, sebuah syarikat NTT Communications. Ditubuhkan pada tahun 1997 dan beribu pejabat di Singapura, EMERIO terus membangun dan berkembang sebagai penyedia perkhidmatan Aplikasi, Infrastruktur dan Profesional yang berjaya merangkul Anugerah. Kini, EMERIO memiliki lebih 2,200 kakitangan yang berada di 11 buah negara manakala pusat-pusat penghantarannya terletak di Malaysia, Indonesia, India, Filipina, Thailand dan juga Singapura.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160623/8521604134

Source: Emerio (Malaysia) Sdn Bhd
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Personnel announcements