omniture

Pengendali Mudah Alih Tahap 1 dan Accedian yang Pertama Menyediakan Jaminan Prestasi Maya Sepenuhnya

Accedian Networks Inc.
2016-06-29 18:16 502

Pengendali mudah alih hangatkan 'Perang Kualiti', menggunakan prestasi bagi mendapatkan pelanggan daripada rangkaian yang 'cukup bagus'.

LONDON, 29 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Accedian, pakar prestasi rangkaian hujung-ke-hujung, hari ini mengumumkan platform pemantauan rangkaian mudah alih yang bersifat maya sepenuhnya merupakan yang pertama digunakan bagi menjamin kualiti rangkaian LTE. Beberapa pengendali Asia Tahap 1 - antara yang terbesar di rantau ini - kini menyediakan keterlihatan lengkap bagi kualiti perkhidmatan (QoS) rangkaian dan pengalaman pengguna pada masa sebenar daripada satu sistem berpusat. Pengaturan penggunaan menjadi asas bagi memastikan kualiti rangkaian terbaik yang mengubah model 'de facto' persaingan merebut pelanggan menerusi prestasi 'harga terendah, cukup bagus'.

Dengan matlamat untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna, pengendali menggunakan penyelesaian Accedian untuk memantau pelbagai metrik prestasi, yang dikumpulkan daripada beratus-ratus ribu nod rangkaian pada setiap saat. Paparan situasi rangkaian pada masa sebenar ini disepadukan terus ke dalam platform analitik data besar, bagi menyediakan maklumat unik berkaitan prestasi suara, video, aplikasi mudah alih dan jalur lebar.

Penyelesaian Accedian turut digunakan untuk memantau rangkaian mudah alih yang utama di dunia. Pengaturan penggunaan LTE terkini ini adalah yang pertama menggunakan versi Platform Prestasi SkyLIGHT Accedian bersifat maya sepenuhnya. Prob maya VCX SkyLIGHT, yang setiap satunya mampu memantau berpuluh-puluh ribu sesi bagi menjamin seluruh rantau rangkaian, boleh dibangunkan menerusi pelayan tersedia komersial (COTS) hanya dalam masa beberapa minit. Kaedah berpaten membolehkan metrik rangkaian sehala yang kritikal diukur bagi mendapatkan kepersisan setiap mikrosaat – beratus-ratus kali lebih tepat berbanding mana-mana penyelesaian yang ada.

Bagi tujuan pengaturan ini, pengendali menggunakan platform SkyLIGHT untuk memantau prestasi angkut balik rangkaian mudah alih berdasarkan beberapa keutamaan perkhidmatan, dan menyediakan keterlihatan kualiti pengalaman (QoE) secara langsung untuk kualiti suara VoLTE, tahap kependaman aplikasi dan prestasi penstriman media. Petunjuk prestasi utama (KPI) juga boleh digunakan untuk mengurangkan isu putus panggilan, selain ketersambungan, perayauan, dan juga isu serahan antara sel.

Pengaturan skala seperti ini termasuk pemantauan terhadap setiap stesen pangkalan dan penghala pada tapak sel – lebih satu perempat juta titik akhir pada mana-mana rangkaian. Pasukan perkhidmatan profesional Accedian bekerjasama rapat dengan pengendali mudah alih untuk menyiapkan rangkaian nasional secara sepenuhnya hanya dalam tempoh lapan minggu. Menerusi satu integrasi, platform SkyLIGHT kini dapat menstrim lebih 20 bilion ukuran sehari untuk sistem analitik data besar pengendali. Pengaturan ini tidak lama lagi akan dilanjutkan bagi memantau jaringan pengangkutan dan rangkaian asas, selain ketersambungan pengguna akhir dan juga pengalaman aplikasi.

Kelebihan instrumentasi maya ini mampu membawa perubahan untuk pengendali rangkaian mudah alih. Selain penjimatan kos yang hebat melebihi 70%, rangkaian nasional yang lengkap kini boleh disiapkan dalam tempoh beberapa minggu dan bukannya beberapa bulan, selain dapat meningkatkan kualiti ketepatan dan ketumpatan yang biasanya dilihat mustahil menggunakan prob perkakas fizikal. Ketika rangkaian LTE mengalami pertumbuhan pantas dari segi kadar trafik, penggunaan aplikasi, dan ketumpatan rangkaian, prob baharu dapat disediakan mengikut permintaan. CPU, memori dan kapasiti simpanan mesin maya juga dapat ditingkatkan bagi menyediakan kapasiti tambahan apabila diperlukan.

"Sepanjang 12 tahun, Accedian telah menjadi perintis bagi penyelesaian pemantauan paling terperinci, tepat dan boleh diskala, menyediakan maklumat masa sebenar yang boleh dilaksanakan untuk pengendali rangkaian berskala besar di seluruh dunia," jelas Claude Robitaille, Ketua Pegawai Teknologi Accedian. "Versi penyelesaian bergred pembawa dan bersifat maya sepenuhnya yang kami perkenalkan ini menyediakan peluang serba baharu untuk pihak pengendali agar dapat meningkatkan prestasi rangkaian secara mendadak, memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik, dan membezakannya daripada pasaran yang amat berdaya saing. Instrumentasi maya merupakan komponen asas dalam strategi pengendali ini bagi membangunkan rangkaian pintar didorong analitik yang dapat menyediakan pengalaman yang sentiasa optimum."

Latar Belakang Accedian
Accedian memberikan keterlihatan prestasi rangkaian menyeluruh yang luar biasa, sebagai kawalan bagi menyediakan pengalaman pengguna terbaik. Dengan memberikan paparan keadaan rangkaian paling lengkap dan terkini, Accedian dapat meningkatkan keterlihatan secara dramatik menerusi maklumat yang boleh dilaksanakan bagi menjamin keandalan puncak dan kualiti perkhidmatan (QoS). Accedian menyediakan kawalan untuk rangkaian yang semakin kompleks dari segi ketangkasan dan mampu mengurangkan kos. Paling utama, menerusi rangkaian yang dioptimumkan sepenuhnya dan jaminan prestasi, Accedian secara proaktif memastikan masa operasi yang maksimum dan kualiti pengalaman (QoE) terbaik.

Sejak tahun 2005, Accedian memberi jaminan kepada beratus-ratus ribu rangkaian dan perkhidmatan di seluruh dunia, mengubah prestasi menjadi pembeza utama yang kompetitif. Accedian.com. Twitter: @Accedian

HUBUNGI: Untuk maklumat lanjut, maklumat perhubungan media Accedian: Paul Nolan atau Alex Sowden, CCgroup, T: +44 (0)203 824 9200, E: Accedian@ccgrouppr.com atau PR@Accedian.com

Source: Accedian Networks Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services