omniture

Teknologi Disruptif, sebagai Alternatif untuk Meningkatkan Produktiviti dan Daya Saing Tenaga Kerja

WIEF
2016-06-29 19:46 660

JAKARTA, Indonesia, 29 Jun 2016 /PRNewswire/ -- The Habibie Center (THC) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Republik Indonesia serta Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) mengadakan dialog umum bertajuk "Merebut Kelebihan Teknologi Disruptif kepada Pihak Pengeluar bagi Meningkatkan Produktiviti Tenaga Kerja" pada hari ini di THC, Jakarta. Dialog umum ini merupakan sebahagian daripada beberapa siri acara sempena WIEF kali ke-12 yang akan menjadi acara kemuncak Forum tersebut pada 2 - 4 Ogos 2016 di Jakarta.

Berucap semasa acara tersebut, Penyelidik Kanan Ekonomi daripada Institut Sains Indonesia, Dr. Zamroni Salim berkata, "Teknologi disruptif tidak semestinya berlawanan dengan operasi konvensional menerusi tenaga kerja yang ramai. Operasi pengeluaran seperti data besar dan Internet Semua Benda membantu menganalisis butiran berkaitan operasi, data masa nyata daripada inventori pembekal, selain permintaan pelanggan hiliran."

Hakikatnya, teknologi disruptif dapat menjadi alternatif buat Indonesia dan negara-negara ASEAN lain untuk meningkatkan margin keuntungan dan merendahkan kos pengeluaran, seraya berpotensi memberi kesan ekonomi ASEAN dalam lingkungan US$25 hingga US$45 bilion setiap tahun menjelang tahun 2030.

Pembangunan inovasi dan teknologi disruptif masih fokus terhadap negara-negara yang memberi komitmen tinggi dan memiliki sejumlah pakar dalam penyelidikan dan pembangunan seperti China, Jepun, India dan juga Korea Selatan. Namun begitu, negara-negara ASEAN berpeluang untuk menarik lebih banyak pengeluar dari seluruh dunia yang mementingkan kos dan terlibat dengan lebih menyeluruh dalam rantaian bekalan global. Salah satu alasannya adalah berpunca daripada kenaikan KDNK China per kapita dan peralihannya daripada ekonomi yang didorong oleh eksport kepada model yang dipacu penggunaan yang menyebabkan berlakunya kenaikan upah di negara tersebut.

Di Indonesia, yang kebanyakan tenaga kerjanya diambil bekerja oleh PKS, inovasi dalam bidang digital khususnya dilihat akan membuka lebih banyak peluang. Pengenalpastian teknologi yang betul dan pengalaman yang relevan seraya menjadi faktor utama yang mendorong PKS di Indonesia berkembang ke peringkat global. Peluang-peluang sedemikian disediakan menerusi acara perangkaian B2B global seperti WIEF ke-12 yang bakal diadakan tidak lama lagi yang membolehkan sinergi B2B menjadi kenyataan. WIEF kali ke-12 ini bertemakan "Pengagihan Pertumbuhan, Pemerkasaan Perniagaan Masa Depan".

Latar Belakang WIEF   

Yayasan WIEF, sebuah pertubuhan tanpa untung yang berpangkalan di Kuala Lumpur, menganjurkan WIEF pada setiap tahun, iaitu sebuah platform perniagaan bertaraf dunia yang menampilkan peluang-peluang perniagaan dalam dunia Islam, dan menjalankan program-program hasil pelbagai inisiatif Yayasan itu yang mengukuhkan perkongsian serta pertukaran pengetahuan antara masyarakat Islam dan juga bukan Islam. Sebarang maklumat lanjut: http://wief.org/forum/12/

Maklumat perhubungan media: 

Wai Fai Lo waifai@wief.org atau +6012-209-0068
Fannie Waldhani fannie.waldhani@edelman.com atau +62-21-7215-9000

Source: WIEF
Keywords: Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research