omniture

Mewujudkan Kuasa Asia Baharu, Global OConnect Buka Gedung Pameran Utama Di Vietnam

Global OConnect
2016-06-29 23:10 743

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 29 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Pada 30 Jun 2016, Global OConnect yang beribu pejabat di Hong Kong dengan fokus untuk menggalakkan perdagangan dan pertukaran antarabangsa akan membuka gedung pamerannya di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam. Ini merupakan gedung pertama seumpamanya di Vietnam dan terletak di pusat ekonomi negara tersebut yang menjana 1/3 KDNK negara. Ia turut menjadi kemudahan utama yang demonstratif untuk Global OConnect. Syarikat tersebut turut merancang untuk membangunkan gedung kedua di Hanoi pada akhir tahun ini.

Dengan matlamat untuk menggalakkan perdagangan global, Global OConnect memanfaatkan platform penyumberan dalam talian dan menyediakan perkhidmatan luar talian menerusi gudang pamerannya yang membolehkan pembeli yang berminat untuk melihat sendiri produk sasaran, manakala pembekal Cina pula disediakan dengan ruang simpanan serta khidmat rundingan berkaitan perdagangan antarabangsa. Gedung pameran ini dibangunkan dan dikendalikan di serata dunia. Setakat ini, Global OConnect berjaya melebarkan sayapnya di Moscow, Rusia; Dubai, Emiriah Arab Bersatu; dan Warsaw, Poland.

Vietnam merupakan ekonomi paling penting dan berkembang paling pantas dalam Persatuan Negara-negara Asia Tenggara, hasil daripada keadaan politik yang stabil dan lokasi geografi yang strategik di Semenanjung Indo-China. Ekonomi negara Vietnam berkembang dengan stabil hampir 7 peratus pada tahun ini yang menjadikannya antara pasaran berkembang paling pantas di dunia. Permintaan tempatan turut meningkat dan pelaburan langsung asing semakin bercambah.

Bagi mengiktiraf sepenuhnya peningkatan kepentingan Vietnam dan potensinya dalam sektor ekonomi di dunia, Global OConnect memilih untuk membangunkan kemudahan utamanya di negara tersebut.

Setelah siap, Global OConnect akan bertindak sebagai agen yang menghubungkan syarikat-syarikat di Vietnam dengan pembekal serta pembeli global. Syarikat-syarikat Vietnam ditawarkan dengan pelbagai pilihan produk yang dikeluarkan di China serta di negara-negara lain sebagai sebahagian daripada faedah rantaian bekalan sedunia Global OConnect. Menerusi model B2Bnya, faedah-faedah lain turut disediakan untuk syarikat-syarikat tempatan termasuk kos yang rendah, kecekapan operasi perjanjian dan lebih banyak peluang untuk PKS tempatan, berbanding ancaman yang dibawa oleh model B2C. Kesemua produk yang dipamerkan di gedung pameran Global OConnect diperiksa dengan teliti oleh bahagian kastam Vietnam bagi menjamin kualiti dan ketulenan. Pada masa yang sama, memandangkan negara Vietnam hebat dalam sektor pengeluaran, ia memberi peluang untuk syarikat-syarikat Vietnam mempamerkan produk-produk mereka kepada para pembeli dari China dan juga dari negara-negara lain.

Pada masa ini, barangan elektronik, perabot, pakaian dan kasut buatan Vietnam berjaya menembusi pasaran pengguna China, manakala produk pertanian turut diimport dari Vietnam ke China.

Memandangkan pasaran Vietnam memperlihatkan permintaan yang tinggi terhadap produk lampu, dan disebabkan oleh infrastruktur negara yang rendah kuasa selain peningkatan bencana yang berpunca daripada perubahan iklim global, kerajaan Vietnam memberi sokongan terhadap penggunaan produk LED. Dengan itu, pada awalnya, gedung pameran Global OConnect sebahagiannya akan dipenuhi dengan produk LED. Produk untuk peralatan tempat tidur hotel dan perkakas bakal menjadi satu lagi sektor yang difokuskan oleh Global OConnect, memandangkan industri pelancongan merupakan salah satu penyumbang KDNK utama negara Vietnam.

Dengan kedudukan negaranya yang terletak berhampiran China, Hanoi akan menjadi lokasi kedua bagi kemudahan Global OConnect dan menjadi bahagian penting dalam pelan syarikat yang lebih luas untuk memfrancaiskan perniagaannya di Vietnam.

Latar Belakang Global OConnect

Ditubuhkan pada tahun 2015 dan sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan, Global OConnect Cross-Border E-commerce Co. Ltd. merupakan komponen penting dan organik dalam strategi ekonomi negara China ke peringkat antarabangsa. Matlamat syarikat adalah untuk memperkenalkan produk buatan China ke seluruh dunia melalui cara yang lebih interaktif dan berkesan.

Source: Global OConnect
Keywords: Banking/Financial Service Electronic Commerce Retail Corporate Expansion