omniture

Miral Meterai MoU Dengan skyTran bagi Merevolusikan Pengangkutan Pulau Yas Abu Dhabi

Miral Asset Management
2016-06-29 23:31 754

ABU DHABI, UAE, 29 Jun 2016 /PRNewswire/ --

skyTran, sebuah Syarikat NASA Space Act, bakal memperkenalkan sistem transit aliran peribadi generasi seterusnya yang inovatif buat pertama kali di Timur Tengah 

Hari ini, Miral mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan skyTran™ Inc., sebuah syarikat NASA Space Act yang beribu pejabat di Pusat Penyelidikan Ames NASA dekat Mountain View, California. Persetujuan tersebut akan memulakan kajian dan pelaksanaan skyTran, sistem transit aliran peribadi (PRT) buat pertama kalinya di Timur Tengah, Pulau Yas, Abu Dhabi.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7871551-miral-signs-mou-skytran-yas-island/

Kenderaan skyTran yang "seakan jet" dengan muatan 2 orang dan dikawal oleh komputer ini mengguna pakai teknologi Pengangkatan Magnet skyTran (STML) yang unik dan tercanggih berbanding roda. Sistem PRT berpaten yang berkelajuan tinggi, berkos rendah, ditempatkan di kawasan tinggi, dan dibangunkan di Pusat Penyelidikan Ames NASA ini, akan menyaksikan kereta berkelajuan tinggi dipandu di atas trafik menggunakan laluan bermagnet dari satu destinasi ke destinasi yang lain, dalam keadaan yang selamat, pantas dan menjimatkan tenaga di seluruh Pulau tersebut. Objektif projek tersebut adalah untuk menghubungkan destinasi semasa dan akan datang di Pulau Yas, seterusnya menghubungkannya dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi.

Mengulas tentang MoU tersebut, Mohamed Abdulla Al Zaabi, Ketua Pegawai Eksekutif Miral, berkata: "Inovasi terus menjadi asas bagi segala yang kami lakukan di Pulau Yas. Ketika kami berusaha untuk terus membangunkan destinasi bertaraf dunia dan menambah keluasan Pulau Yas, penting untuk kami melaksanakan penyelesaian pengangkutan bandar yang bukan sekadar mampu menjimatkan tenaga, malah memberi keterujaan baharu untuk pengalaman pengunjung kami. Dengan skyTran, kami memiliki rakan kerjasama yang bukan sahaja mempunyai matlamat yang sama dari segi inovasi di Abu Dhabi, tetapi turut membangunkan perkhidmatan yang akan mentransformasikan pengalaman di Pulau Yas, seraya terus memperluas pengaruh kami buat berjuta-juta penduduk dan pelancong yang mengunjungi kami dari UAE dan serata dunia."

Penyelesaian skyTran yang inovatif untuk pengangkutan ini menjadi pelengkap bagi wawasan Miral bagi mewujudkan pengalaman yang unik dan menarik buat para penduduk serta pelancong yang berkunjung ke Pulau Yas dari seluruh dunia. Ketika jumlah kunjungan ke Pulau Yas meningkat, reka bentuk skyTran yang inovatif ini akan menggalakkan perluasan rangkaiannya dengan mudah, dengan lebih banyak landasan dipasang dan kenderaan tambahan disediakan untuk rangkaian tersebut bagi memenuhi peningkatan permintaan. Penggunaan rangkaian komputer yang sofistikated membolehkan kenderaan dipandu pada kelajuan dan jarak yang optimum dalam keadaan yang selamat serta berkesan, mengikut permintaan penumpang.

"skyTran sememangnya penyelesaian pengangkutan pintar untuk bandar-bandar pintar dan kami berbangga dapat membawakan teknologi yang inovatif ini ke Timur Tengah buat pertama kalinya. Dengan akses kami terhadap teknologi dan kepakaran terkini milik NASA, kami mampu memperkenalkan satu penyelesaian di Pulau Yas yang akan memudahkan Abu Dhabi menentukan mod pengangkutan yang inovatif di Timur Tengah pada masa depan," kata Jerry Sanders, Ketua Pegawai Eksekutif, skyTran.

Kini, Pulau Yas mampu menarik lebih 25 juta pengunjung setiap tahun bagi mengunjungi destinasi tarikan yang disediakan termasuk Ferrari World Abu Dhabi, Yas Waterworld, dan juga litar Formula 1 Yas Marina. Menjelang pembukaan rasmi taman tema Warner Bros. pada tahun 2018, pelawat yang berkunjung ke Pulau Yas dari serata dunia bakal meningkat melebihi 30 juta orang.

Latar Belakang Miral  

Miral ialah ialah pencipta destinasi Abu Dhabi, menyatukan orang ramai dan lokasi menerusi pengalaman yang unik, imersif dan menarik. Bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan Pulau Yas, aset Miral terdiri daripada hiburan, hospitaliti, riadah, sukan, restoran, gedung beli belah dan destinasi hartanah. Kini, Pulau Yas menempatkan Ferrari World Abu Dhabi, Yas Waterworld, Yas Links Golf Course, Yas Mall, Yas Marina Circuit, Yas Marina dan juga tujuh buah hotel, termasuk Yas Viceroy yang terkenal. Maklumat lanjut tentang Miral, sila layari http://www.miral.ae.

Latar Belakang Skytran 

skyTran Inc., beribu pejabat di Pusat Penyelidikan Ames NASA di Taman Penyelidikan NASA, Mountain View, California merupakan pencipta dan pemaju sistem transit aliran peribadi STMagLev™ pertama dan satu-satunya yang berkelajuan tinggi, terletak di kawasan tinggi serta memiliki pemandangan alam sekitar yang menarik.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160628/384170 )
Video: 
     http://www.multivu.com/players/uk/7871551-miral-signs-mou-skytran-yas-island/

Sumber: Miral Asset Management

Source: Miral Asset Management
Keywords: Aerospace/Defense Travel Contracts