omniture

Pertanian Organik Lebih Baik Berbanding Pertanian Konvensional di Kawasan Tropika

Biovision Foundation
2016-06-30 08:37 840

ZURICH, 30 Jun 2016/PRNewswire/ -- Satu kajian jangka panjang yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan untuk Pertanian Organik (FiBL) Switzerland di Kenya jelas menunjukkan pertanian organik bukan sahaja memberikan hasil yang setanding, malah turut menjana lebih pendapatan kepada petani berbanding kaedah konvensional.

Kajian 10 tahun di Thika dan Chuka telah dijalankan bersama rakan kongsi tempatan sejak tahun 2007. Ia bercanggah dengan mitos yang menyatakan pertanian organik memerlukan lebih ruang demi mendapatkan hasil yang sama. Dengan kos input pertanian organik yang lebih rendah dan harga yang tinggi dalam pasaran, pendapatan petani organik mula meningkat setelah lima tahun dan memperoleh keuntungan 63% lebih tinggi pada tahun keenam.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160624/383319LOGO )

Satu lagi faktor penting yang didapati daripada kajian tersebut ialah tahap kesuburan tanah yang lebih baik dalam pertanian organik. Selain itu, ketiadaan input bahan kimia dalam sistem pertanian organik mempunyai kesan yang baik terhadap ekosistem, serta kesihatan orang ramai memandangkan tiada sisa bahan kimia berbahaya yang terkandung di dalamnya.

Kajian setara di India berkaitan pengeluaran kapas dan Bolivia bagi pengeluaran kopi menunjukkan keputusan positif yang serupa bagi pendekatan organik. Perbandingan Sistem Pertanian jangka panjang di Kawasan Tropika (SysCom) bertujuan untuk menyediakan bukti saintifik berkaitan kelebihan dan kekurangan sistem pertanian organik berbanding sistem pertanian konvensional. Matlamatnya adalah untuk menyokong pembangunan dasar dan strategi yang menggalakkan penerapan amalan penggunaan tanah yang lestari di peringkat tempatan, rantau dan antarabangsa.

Kajian tersebut jelas menunjukkan pendekatan organik merupakan strategi yang berdaya maju di kawasan tropika, manakala penyebaran ilmu pengetahuan dan latihan dalam pertanian organik menjadi salah satu cabaran penting. Penyebaran ilmu pengetahuan menjadi teras utama bagi usaha yang dijalankan oleh Yayasan Biovision dalam menyokong para pekebun kecil di Afrika Timur bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Yayasan Biovision turut menyediakan dana untuk kajian jangka panjang yang dijalankan di Kenya, bersama-sama Swiss Agency for Development and Cooperation, Liechtenstein Development Service dan juga rangkaian pasar raya Switzerland, Coop.

Selain kajian jangka panjang yang masih akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2019, pendekatan partisipatori bagi kajian di ladang digunakan untuk membangunkan serta menggalakkan penerapan amalan pertanian di kawasan setempat bagi menjamin pertanian lestari. Bersama petani tempatan dan pihak berkepentingan lain, ujian lapangan lain dijalankan bagi menguji dan menganalisis amalan inovatif yang berbeza di ladang dan juga di kawasan kajian.

Bagi mendapatkan maklumat tambahan, graf dan gambar yang boleh dimuat turun, sila ke:
(http://www.systems-comparison.fibl.org)

http://www.biovision.ch

Source: Biovision Foundation
Related Links:
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Survey, Polls & Research