omniture

Rangkaian Restoran Jepun Icho Tingkatkan Pengalaman Menjamu Selera Melalui Pesanan Kendiri dengan Wi-Fi 4ipnet

4ipnet
2016-06-30 14:04 700

TAIPEI, Taiwan, 30 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Yorozuya Corporation mengendalikan rangkaian restoran & bar Jepun secara besar-besaran di rantau utara Kantou, Jepun, rangkaian "Icho", yang turut berada di wilayah Gunma, Saitama, Tochigi, serta Nagano. Setiap 40 lokasi Icho ini dihiasi penuh anggun dengan kira-kira 80 buah bilik peribadi dan menyediakan pelbagai hidangan menarik buat para pengunjung. Bagi memendekkan masa menunggu dan meningkatkan pengalaman menikmati hidangan, Icho memperkenalkan sistem pesanan kendiri yang membolehkan pelanggan membuat pesanan di bilik mereka melalui tablet tanpa-wayar. Walau bagaimanapun, penyediaan isyarat Wi-Fi yang stabil untuk sistem ini adalah amat mencabar disebabkan susun atur setiap rangkaian restoran yang kompleks ini.

"Sistem pesanan sering kali kurang stabil pada waktu merarau apabila restoran tersebut sesak dan isyarat tidak dapat sampai ke bilik peribadi lebih jauh. Kami tidak lama selepas itu kami mula menerima aduan dan berhadapan dengan masalah reputasi buruk," kata Toshinobu Tabei, ketua pembinaan sistem IT, Icho.

Pasukan pengurusan Icho menjadikan perkara ini satu keutamaan untuk En. Tabei mencari penyelesaian Wi-Fi yang stabil yang mampu menyokong persekitaran rangkaian yang mencabar. Semasa berkunjung ke Pameran Hotel & Restoran HOTERES, En. Tabei mendapati penyelesaian WLAN bergred perusahaan yang dipamerkan untuk kegunaan di kawasan awam yang tinggi kepadatan di hotel-hotel, juga boleh diguna pakai untuk restoran-restoran Icho. Beliau berbincang dengan NTT Advanced Technology (NTT-AT), rakan tempatan 4ipnet di Jepun dan setelah mendapatkan maklumat penyelesaian yang terperinci, beliau yakin 4ipnet dapat membantu beliau mengatasi masalah rangkaian tanpa-wayar yang dihadapi.

Sebelum mengguna pakai rangkaian tersebut, NTT-AT mengadakan tinjauan lokasi secara menyeluruh di setiap lokasi Icho, untuk mengambil kira susun atur pelan lantai dan halangan fizikal yang memberi kesan terhadap sambungan tanpa-wayar. NTT-AT menyimpulkan, dengan meletakkan titik akses di bahagian atas cucur atap berhias pada bilik peribadi dapat memberikan gabungan terbaik antara nilai estetika dan prestasi, dan hal ini dipersetujui oleh En. Tabei. Menerusi kepakaran NTT-AT, Icho dengan jayanya dapat menyediakan 140 set titik akses EAP757 dan EAP767 di dalam bangunan untuk seluruh rangkaian restoran dan benar-benar meningkatkan prestasi ketumpatan tinggi dan keandalan sistem pesanan kendiri.

Setelah penggunaan isyarat Wi-Fi baharu dilancarkan, Icho amat berpuas hati dengan penyelesaian daripada 4ipnet, seperti yang diperkatakan oleh En. Tabei, "Dengan 4ipnet, sistem pesanan kendiri dapat ditingkatkan dengan mendadak dan akhirnya kami dapat mengendalikan rangkaian restoran dengan lebih mudah ketika rangkaian Bar Icho terus membuka lebih banyak rangkaian restoran & bar. Selain itu, para tetamu akhirnya dapat menikmati pengalaman menjamu selera tanpa sebarang gangguan."

Latar Belakang 4ipnet

Diasaskan pada tahun 2002, 4ipnet membangunkan dan menyediakan penyelesaian serta perkhidmatan yang dapat memacu rangkaian tanpa-wayar generasi seterusnya. Syarikat ini fokus dalam menyediakan pendekatan yang dikhususkan serta terkini bagi memenuhi keperluan persekitaran Wi-Fi yang kompleks, memastikan pengalaman tanpa-wayar yang berprestasi tinggi, fleksibel dan berkesan kos. Berserta penguatkuasaan polisi pengguna yang bersepadu, maklumat berkaitan media sosial dan maklumat pengebilan kawasan khas, platform 4ipnet membantu syarikat-syarikat perusahaan dengan menyediakan peluang baharu dari segi perkhidmatan bernilai tambah dan pengewangan Wi-Fi.

Sebarang maklumat lanjut, sila kunjungi:
Laman Sesawang: http://www.4ipnet.com/
Facebook: https://www.facebook.com/4ipnet/   
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/4ipnet
Twitter: https://twitter.com/4ipnet   

Source: 4ipnet
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Food/Beverages Internet Technology Restaurants