omniture

Timberland Mengolah Semula Gaya Klasik untuk Pengembaraan Baharu

Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016 Perlihatkan Sentuhan Baharu terhadap nilai Estetika Warisan Jenama untuk Pengembaraan Setiap Hari
Timberland
2016-06-30 17:21 689

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Diinspirasikan daripada warisan dan trend gaya hidup bandar terkini, Timberland mengintepretasi semula dan memperbaharui warna, bahan serta gaya yang melonjakkan jenama tersebut sebagai sebuah ikon selama lebih 40 tahun. Sepanjang tempoh itu, Timberland meraikan pengembaraan saban hari menerusi Modern Trail, produk-produk yang mengilhamkan pengembaraan dan mereka yang membuka laluan bagi yang lain.

Timberland Mengolah Semula Gaya Klasik untuk Pengembaraan Baharu menerusi Modern Trail
Timberland Mengolah Semula Gaya Klasik untuk Pengembaraan Baharu menerusi Modern Trail

"Tunjang utama jenama kami, but klasik berwarna kuning– inspirasi buat pelbagai koleksi yang tidak terhitung banyaknya dan memberi ilham bagi setiap yang kami lakukan," jelas Jim Davey, naib presiden bahagian pemasaran jenama global Timberland. "Bagi musim kali ini, kami memberikan sentuhan baharu terhadap elemen yang menjadikan kami jenama yang ikonik dan mengolah semula elemen tersebut pada masa kini, bagi mempersiapkan pelanggan dengan segala kemungkinan yang akan berlaku seterusnya menerusi Modern Trail, sama ada di dalam atau di luar bandar."

Bagi memberi inspirasi kepada peminat kami untuk mencipta perubahan dan meneroka laluan baharu, koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016 Timberland yang merangkumi kasut, pakaian serta aksesori memberi kepelbagaian fungsi dan gaya bagi menghadapi segala kemungkinan yang tidak dijangkakan yang pasti akan muncul. Reka bentuk tahan lasak, sentuhan diperhalusi dan teknologi inovatif menawarkan gaya yang boleh disesuaikan, tersedia menerusi empat kapsul berbeza.

Koleksi 'Open Air Market'

Kapsul 'Open Air Market' (Pasar Terbuka) Timberland menggabungkan nilai seni tradisional dengan mutu kerja yang canggih bagi mencipta gaya adaptif yang diperlukan sepanjang perubahan musim. Gaya warisan tradisional dan bentuk yang klasik diintepretasikan semula buat era ini menerusi butiran rekaan yang ringkas, reka bentuk yang ringan dan hanya menggunakan bahan-bahan terbaik. Boleh didapati di gedung jualan mulai Julai 2016. Gambar produk bagi Koleksi 'The Open Air Market' ini boleh dimuat turun melalui https://we.tl/CYzfylAxrt

Koleksi Kasut Sensorflex™

Kehidupan melalui Modern Trail memerlukan seseorang untuk sentiasa bergerak. Kembara ini memerlukan anda untuk bersedia menghadapi apa jua kemungkinan, pada bila-bila masa, agar anda tidak ketinggalan. Sistem Keselesaan Sensorflex™ menyokong, melindungi dan memberi kelenturan pada setiap pergerakan. Sistem ini membolehkan anda melakukan kesemuanya, tanpa perlu mengorbankan apa-apa, agar anda sentiasa boleh bergerak. Sempena musim luruh kali ini, Timberland memperkenalkan koleksi hebat Kasut Sensorflex™, terdiri daripada kasut sniker yang menarik dan bergaya sukan, serta but formal yang sempurna. Teknologi di sebalik koleksi ini kekal sama: menyokong, melindungi dan memberi kelenturan pada setiap langkah.

Koleksi Harvest Gold

Diinspirasikan daripada but klasik berwarna kuning, Kapsul Harvest Gold pula meraikan warisan kulit berkualiti Timberland dengan mengolah semula bentuk ikonik menerusi bahan-bahan yang sukar dan termusnah, menonjolkan prestasi kemajuan dan gaya yang diperbaharui dengan penuh hati-hati, manakala tona warna perang yang berbeza-beza yang diperoleh daripada warna gandum digabungkan dalam seluruh koleksi. Intepretasi moden bagi gaya klasik ini merangkumi seni ketukangan, penelitian terhadap butiran dan bahan-bahan premium yang tercetus daripada but kuning tersebut.

Koleksi Sistem Lapisan yang Serasi

Bagi mempersiapkan diri anda untuk menghadapi cuaca pada musim sejuk kelak, Timberland dengan penuh bangga memperkenalkan Sistem Lapisan yang Serasi, iaitu pelapik dan jaket baharu kami yang serasi dan boleh disuai padan, juga boleh dipakai secara sendiri atau dilapiskan bersama bagi mencetuskan gaya yang sentiasa boleh disuaikan. Setiap satunya adalah unik dan boleh digayakan secara sendiri, namun kelihatan lebih hebat apabila dipakai bersama. Memandangkan kesemua pelapik serasi dengan semua jaket tersebut, seluruh sistem ini sememangnya boleh disuaikan, dan sentiasa bersedia menghadapi apa jua kemungkinan.

Untuk maklumat lanjut tentang Timberland®, sila layari www.timberland.com.my www.facebook.com/TimberlandMY atau www.instagram.com/timberlandmy .

Sebarang maklumat berkaitan media, sila hubungi:

Beyond PR Communications 
Sharmila Ramanath
Tel: +6012-6212022
emel: sharmila@beyondprasia.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160629/8521604273

Source: Timberland
Keywords: Fashion Retail New products/services