omniture

Huawei Berkongsi Wawasannya ke arah Kolaborasi Terbuka bersama Industri di Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai 2016

Memacu Transformasi Digital Global menerusi Ekosistem Digital yang Mantap
Huawei
2016-06-30 22:12 938

SHANGHAI, 30 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Minggu ini, sempena Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai (MWC Shanghai) 2016, Huawei akan berkongsi pandangannya tentang era yang terhubung sepenuhnya, didorong oleh ciri-ciri keterbukaan, kolaborasi dan kejayaan bersama. Sebagai rakan platinum bagi acara tersebut, Huawei akan menggariskan strateginya sebagai usaha untuk mempercepatkan pelaksanaan transformasi digital dalam industri, dan sejauh mana ia berkolaborasi dengan penggiat industri bagi menggalakkan pembangunan ekonomi digital yang berkembang maju.

Pembangunan industri mudah alih yang pesat mendorong ketersambungan merata yang mengubah cara kita melihat dunia, memperbaharui cara perniagaan beroperasi dan mengubah sistem pentadbiran di bandar dan negara. Memandangkan Internet mempengaruhi seluruh dunia, inilah saatnya untuk pihak pengendali memikirkan semula tentang perniagaan teras mereka dan menentukan semula peranan mereka dalam dunia baharu yang terhubung ini. Huawei percaya syarikat-syarikat telekomunikasi bakal menerajui rantaian bekalan dan menjadi pendorong penting dalam pertumbuhan ekonomi menerusi pelaksanaan transformasi digital yang berjaya.

"Hari ini, setelah Internet Semua Benda (IoT) dan teknologi awan mencapai tahap kematangan, manakala video pula menjadi medium utama dalam komunikasi, transformasi digital menjadi keutamaan tertinggi dalam seluruh industri dan juga kerajaan. Era baharu ini ditentukan oleh integrasi yang belum pernah berlaku antara industri saling terhubung, manakala perubahan serta evolusi yang berterusan terhadap model perniagaan, selain memperlihatkan pelbagai cabaran, turut juga namun menyediakan banyak peluang hebat," kata Zou Zhilei, Presiden Carrier Business Group Huawei. "Huawei komited dalam meneroka peluang baharu daripada teknologi berorientasikan masa depan dan membangunkan ekosistem industri yang mantap bersama rakan kerjasama kami, agar dapat menyediakan sokongan yang komprehensif kepada pengendali telekomunikasi di seluruh dunia dalam usaha transformasi digital mereka dan bagi menjamin kejayaan komersial."

Tema Huawei tahun ini sempena MWC Shanghai ialah "ROADS Terbuka bagi Dunia yang Terhubung Lebih Baik". Menerusi beberapa forum, sidang kemuncak dan sesi industri yang berprofil tinggi, dianjurkan oleh Huawei sendiri atau dengan kerjasama GSMA, pakar-pakar Huawei akan berkongsi pandangan mereka tentang trend teknologi, model perniagaan dan tahap kemajuan pembangunan ekosistem dalam bidang-bidang utama seperti 5G, video mudah alih dan juga IoT. Menerusi perbincangan yang mendalam, Huawei berhasrat untuk membantu pihak pengendali mempercepatkan usaha transformasi digital mereka dan merangka semula peranan mereka dalam sektor ekonomi dan industri.

Bagi menyokong usaha transformasi digital pihak pengendali ini, Huawei menyandarkan inovasinya pada wawasan tinggi yang diperoleh daripada keperluan dari segi perniagaan dan teknologi di sebalik strategi pendigitan pengendali. Matlamat Huawei adalah untuk menyediakan sokongan dan perkhidmatan berkaitan transformasi yang menyeluruh kepada pihak pengendali dalam empat bidang utama: perniagaan, operasi, seni bina dan rangkaian.

Meneroka perkhidmatan digital adalah matlamat strategik Huawei dalam usaha menyokong transformasi pengendali dalam bidang perniagaan. Kejayaan pencapaian matlamat ini bergantung kepada inovasi perniagaan digital baharu dalam tiga bidang utama: video, IoT dan perkhidmatan awan. Huawei menyokong pelaksanaan piawaian U-vMOS bagi menjamin pengalaman menonton video yang hebat, dan bakal membangunkan ekosistem video secara kolaboratif bagi membantu pihak pengendali menyediakan perkhidmatan video dengan pengalaman pengguna terbaik. Menerusi strategi IoT "1+2+1", Huawei mewujudkan penyelesaian perniagaan secara menyeluruh bagi senario utama penggunaan IoT termasuk kenderaan terhubung, kediaman pintar dan aplikasi IoT jalur Sempit (NB-IoT)  khusus untuk industri, bagi membantu pihak pengendali menembusi pasaran IoT dengan tujuan mencipta peluang perniagaan yang lebih banyak. Bagi pasaran perkhidmatan awan, Huawei menyediakan penyelesaian ICT bersepadu dengan sinergi antara awan dan rangkaian yang dipertingkat, bagi membantu pengendali beroleh taraf yang lebih baik demi memanfaatkan perkhidmatan B2B selaku pendorong pertumbuhan baharu dalam era digital.

Huawei memahami kepentingan transformasi operasi digital buat pihak pengendali di seluruh dunia. Hasilnya, Huawei melancarkan sistem pengendalian digital generasi seterusnya yang pertama dalam industri, iaitu Telco OS, seni bina dan penyelesaian berasaskan platform, serta turut bekerjasama dengan rakan industri bagi membangunkan ekosistem perniagaan digital secara bersama, dengan tujuan membantu merealisasikan operasi digital sepenuhnya. Dengan menawarkan rangkaian BEST (bermanfaat, berkesan, berorientasikan perkhidmatan dan transformatif) berasaskan persepsi pengguna yang mendorong operasi bernilai, Huawei membantu pihak pengendali mengukuhkan daya saing mereka dalam pasaran menerusi perkhidmatan suara dan video berkualiti tinggi, selain pengurusan pengalaman pelanggan yang berkesan.

Rangkaian serta infrastruktur kekal sebagai aset penting untuk pengendali, namun syarikat telekomunikasi berhadapan dengan tekanan yang semakin membebankan dalam usaha mengubah rangkaian mereka menjadi rangkaian ICT tertumpu merata bagi memenuhi kehendak ekonomi digital serta memastikan daya saing mereka pada masa depan dalam era Internet. Bagi rangkaian mudah alih, Huawei mengguna pakai teknologi 5G dan 4.5G yang utama bagi menyediakan pengguna dengan kelajuan setinggi 1 Gbit/s selain membantu pihak pengendali mengukuhkan tawaran jalur lebar mudah alih mereka, memperluas perkhidmatan bagi merangkumkan kediaman serta industri vertikal, selain memungkinkan aplikasi IoT baharu. Setelah rangkaian tetap dan mudah alih dihimpunkan dengan lebih lancar berbanding sebelum ini, Huawei akan menyokong pihak pengendali agar mampu memperoleh operasi dipacu FMC 2.0, tertumpu dan berkhidmat penuh bagi membuka lebih banyak peluang perniagaan. Bagi meningkatkan ketangkasan serta kecekapan pula, pihak pengendali kini mula membangunkan strategi evolusi rangkaian yang boleh digunakan pada masa depan, iaitu Network 2020. Sebagai penginovasi dan pengamal SDN dan NFV yang aktif, Huawei akan bekerjasama erat dengan syarikat-syarikat telekomunikasi bagi membangunkan keupayaan rangkaian tentuan perisian dan memungkinkan inovasi perkhidmatan yang lebih pantas, dengan menerajui usaha transformasi rangkaian operator yang komprehensif.

Peranti mudah alih merupakan bahagian penting dalam ekosistem ICT. Bagi memperlihatkan komitmennya terhadap "MAKE it POSSIBLE", Huawei bekerjasama erat dengan rakan industri dan terus meningkatkan kepakarannya dalam bidang ini agar dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik. Bagi industri vertikal, Huawei menyediakan penyelesaian peranti khusus bagi memenuhi keperluannya yang tersendiri, seperti penyelesaian peranti keselamatan dan penyelesaian penjagaan kesihatan mudah alih. Buat pelanggan pula, Huawei menyediakan peranti tinggi kualiti seperti telefon pintar P9 dan Mate 8, MateBook serta jam tangan pintar yang menggunakan teknologi terkini.

Huawei berharap dapat menjalin kerjasama dengan rakan industri dan pengguna akhir untuk mewujudkan dan membangunkan Dunia yang Terhubung Lebih Baik. Di reruai 'Innovation City', yang terletak di Dewan N3, Huawei akan berkongsi pandangannya tentang 'Pengalaman Kehidupan Terhubung', menekankan sejauh mana teknologi pintar dan IoT dapat memperkayakan kehidupan dan mencetus peluang baharu dari pagi hingga malam, dari rumah serta kawasan awam. Penggunaan senario dalam kehidupan harian akan dipaparkan termasuk di kediaman dan di pejabat, semasa melancong, membeli belah, di pusat rawatan kesihatan dan juga di bandar-bandar selamat. Pameran ini akan turut mendemonstrasikan kesan ketara pembangunan ICT terhadap perkhidmatan di bandar, perkhidmatan awam dan industri pintar.

Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai 2016 diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC), China, mulai 29 Jun hingga 1 Julai. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaian terkini di reruai utama, yang berada di Dewan N1 A40 serta reruai "Innovation City" di Dewan Hall N3 A40. Untuk butiran lanjut, sila layari http://www.huawei.com/en/events/mwcshanghai#Agenda

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang terkemuka di peringkat global. Didorong oleh inovasi yang mengutamakan pelanggan dan juga kerjasama terbuka, Huawei menyediakan portfolio penyelesaian ICT secara menyeluruh yang memberi kelebihan daya saing buat pelanggan untuk rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti serta pengkomputeran awan.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Trade show news