omniture

Ringkasan Cadangan Forum Ekonomi Astana 2016

Astana Economic Forum
2016-07-01 00:44 680

ASTANA, Kazakhstan, 1 Julai 2016 /PRNewswire/ --

Forum Ekonomi Astana ialah sebuah acara yang diadakan setiap tahun di Astana, ibu negara Republik Kazakhstan, yang menghimpunkan wakil-wakil daripada komuniti ekonomi dunia, ketua-ketua negara dan juga mantan ketua-ketua negara, penerima Hadiah Nobel, tokoh-tokoh terkemuka daripada dunia saintifik serta ahli-ahli perniagaan. Forum ini amat dikenali sebagai sebuah platform untuk mengadakan dialog antarabangsa yang menggalakkan perbincangan membina berkaitan isu-isu pembangunan ekonomi di rantau Asia Tengah dan seluruh dunia berkaitan perubahan yang dilihat dalam ekonomi dunia.

Bagi melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7872751-recommendations-astana-economic-forum/

Tahun ini, Forum Ekonomi Astana 2016 diadakan pada 25-26 Mei di Astana, Kazakhstan menerusi tema "Realiti ekonomi baharu: kepelbagaian, inovasi dan pengetahuan berkaitan ekonomi." Agenda Forum ini seperti biasa melibatkan isu-isu paling terkini berkaitan pembangunan ekonomi.

Dapatan daripada AEF 2016 melibatkan beberapa cadangan akhir, menerusi ringkasan yang disediakan seperti di bawah:

  • Dalam tempoh jangka masa pendek, tindakan dasar perlu menumpu kepada pembinaan daya tahan terhadap kekangan yang timbul daripada risiko pertumbuhan. Risiko ini melibatkan kelembapan ekonomi utama yang baharu dan membangun, kegawatan dalam sektor kewangan walaupun terdapatnya syarat peminjaman global yang lebih ketat dan harga komoditi yang sentiasa rendah. Ketika mana kelembapan kitaran didapati berlaku dan terdapatnya peluang tindakan dasar yang mencukupi, fiskal menentang kitaran dan rangsangan kewangan boleh digunakan bagi menyokong aktiviti tersebut. Dasar berkitar perlu diperkukuhkan menerusi langkah-langkah struktur jangka panjang. Ini semua perlu fokus terhadap pengurangan kekangan dari segi penawaran, dan mengimbangi keadaan demografi yang tidak menentu di negara-negara sedang membangun yang agak tinggi pendapatannya, dengan kumpulan populasi yang masih dalam usia bekerja didapati semakin berkurang.
  • Kepelbagaian daripada industri minyak akan memerlukan penambahbaikan lanjut dalam sektor perniagaan, insentif yang lebih kukuh bagi memajukan sektor swasta (termasuk dengan mengurangkan jurang gaji antara sektor awam dan swasta) dan menyelaraskan pendidikan dan kemahiran mengikut kehendak pasaran. Kerajaan perlu digalakkan untuk mencari pekerja dalam sektor swasta, manakala syarikat-syarikat digalakkan untuk membangunkan model perniagaan yang tidak bergantung pada aktiviti yang didorong oleh kerajaan sahaja. Galakan pembangunan dan rangkuman kewangan adalah penting khususnya bagi menyalurkan sumber kepada aktiviti yang produktif. Penyediaan peluang yang bermanfaat dan merangkumkan pertumbuhan akan membantu mengurangkan tekanan sosial, khususnya, memandangkan semakin ramai golongan muda terlibat dalam pasaran buruh.
  • Pembaharuan berstruktur yang lebih baik adalah penting bagi menggalakkan usaha kepelbagaian dan pertumbuhan sektor bukan minyak dengan tujuan mewujudkan peluang pekerjaan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang bertambah. Mewujudkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan di negara-negara pengeksport minyak di rantau ini akan memberi kesan limpahan positif yang penting untuk rakan dagangan, yang akan mendapat manfaat daripada perdagangan dan juga kiriman wang yang lebih tinggi.

Sila layari http://forum-astana.org/en/page/rekomendacii-aef-20164 bagi mendapatkan teks cadangan penuh.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160629/384775
Video: http://www.multivu.com/players/uk/7872751-recommendations-astana-economic-forum/

Source: Astana Economic Forum
Keywords: Banking/Financial Service Not for profit