omniture

Huawei Melancarkan Penyelesaian NB-IoT Hujung-ke-Hujung sempena Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai 2016

Penyelesaian bakal Dikomersialkan secara Besar-besaran menjelang Akhir Tahun 2016
Huawei
2016-07-02 04:44 966

SHANGHAI, 2 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Sempena Sidang Kemuncak Internet Semua Benda (IoT) yang diadakan hari ini semasa Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai (MWC Shanghai) 2016, Huawei melancarkan Penyelesaian IoT jalur Sempit (NB-IoT) hujung-ke-hujung bagi membantu pihak pengendali memperluas perkhidmatan IoT mereka ke dalam pasaran baharu. Huawei komited dalam menyediakan teknologi dan perkhidmatan sokongan perniagaan yang komprehensif sempena pengkomersialan IoT secara besar-besaran yang akan datang dan membolehkan pengendali telekomunikasi mengubah IoT menjadi satu perkhidmatan asas pada masa depan.

Penyelesaian NB-IoT hujung-ke-hujung melibatkan: Penyelesaian Peranti Pintar yang beroperasi menerusi Huawei LiteOS dan Set Cip NB-IoT; stesen pangkalan eNodeB dapat beralih kepada NB-IoT dengan lancar; Teras Paket IoT yang dapat menyokong pengaturan Teras dalam Kotak secara fleksibel serta virtualisasi fungsi rangkaian (NFV); dan juga Platform Pengurusan Sambungan IoT berasaskan awan dengan keupayaan data besar. Penyelesaian ini diwujudkan bagi memenuhi kehendak pihak pengendali bagi mendapatkan perkhidmatan IoT dengan liputan berkuasa rendah dan kawasan yang luas (LPWA). Dibangunkan berdasarkan standard 3GPP, penyelesaian ini mendasari rangkaian yang fleksibel dalam pelbagai industri dan senario penggunaan. Selain itu, peranti dan platform penyelesaian ini boleh diakses dengan mudah pada peranti dan aplikasi NB-IoT rakan kongsi, yang memungkinkannya untuk mengusahakan inovasi perniagaan serta penyesuaian berasaskan senario dengan pantas.

Penyelesaian NB-IoT akan mula disediakan pada September 2016. Huawei merancang untuk menjalankan ujian percubaan komersial secara besar-besaran pada suku keempat tahun ini dan melancarkan penyelesaian tersebut untuk kegunaan komersial secara besar-besaran pada akhir Disember.

"Jumlah sambungan IoT selular di seluruh dunia bakal meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada tiga hingga empat tahun akan datang. NB-IoT akan menjadi pemangkin utama bagi trend ini dan juga bakal menjadi salah satu pasaran yang belum diterokai oleh pihak pengendali," kata Jiang Wangcheng, Naib Presiden, Jabatan Pemasaran & Penyelesaian, di bawah divisyen Produk dan Penyelesaian Huawei. "Pada tahun 2015, Huawei melancarkan Strategi ICT IoT '1+2+1'. Memandangkan pengaturan secara komersial semakin mendapat permintaan, Penyelesaian NB-IoT hujung-ke-hujung kami akan menjadi sebahagian daripada strategi IoT utama kami dan mendorong pengkomersialan aplikasi IoT. Selain itu, kami juga turut membangunkan ekosistem yang mantap dengan tujuan untuk meninjau peluang perniagaan baharu bersama pelanggan dan rakan kerjasama daripada syarikat telekomunikasi. Di Huawei, kami amat yakin dan bersedia sepenuhnya untuk menembusi era pengkomersialan IoT baharu."

Sebagai sebahagian daripada Strategi ICT IoT "1+2+1" Huawei, Penyelesaian NB-IoT hujung-ke-hujung menyediakan pelbagai kelebihan untuk perkhidmatan IoT pengendali.

  • Menjamin liputan rangkaian penuh NB-IoT yang pesat: Penyelesaian tersebut memberi tumpuan terhadap infrastruktur IoT pengendali. Seni bina SingleRAN akan membolehkan pihak pengendali memperbaharui rangkaian mereka, mengurangkan kos rangkaian, memperluas sambungan NB-IoT ke seluruh dunia selain mengembangkan bahagian pasaran. Menerusi seni bina awan berasaskan NFV, Teras Paket IoT menyokong pengaturan elemen rangkaian fizikal secara fleksibel. Ciri-ciri kefleksibelan ini memendekkan tempoh untuk dipasarkan, mengurangkan beban kerja pengendalian dan penyelenggaraan, serta mengurangkan penggunaan tenaga, kesemuanya amat penting dalam penyediakan perkhidmatan IoT.  
  • Membolehkan fungsi peranti NB-IoT pintar khusus untuk industri: Huawei LiteOS menyediakan susunan protokol dengan penggunaan kuasa rendah yang boleh terus digunakan oleh pihak pembangun. Huawei LiteOS juga berfungsi dengan cip NB-IoT serta platform IoT Huawei dan juga pihak ketiga bagi memendekkan tempoh untuk memasarkan peranti NB-IoT pintar.
  • Memperluas dan membolehkan fungsi aplikasi khusus untuk industri bagi memaksimumkan kelebihan ketersambungan: Bersama agen IoT, Platform Pengurusan Sambungan IoT berasaskan awan memungkinkan pengurusan sambungan secara terbuka, memperluas keupayaan data besar, dan inovasi terbuka untuk aplikasi bagi industri tertentu. Fungsi-fungsi ini mampu menyokong pengaturan NB-IoT yang lebih pantas merentasi industri, selain memaksimumkan kelebihan ketersambungan untuk pihak pengendali dan juga pelanggan industri.

Selain mengusahakan inovasi berteknologi dan membangunkan penyelesaian utama, Huawei turut membina ekosistem NB-IoT yang mantap secara proaktif sebagai sebahagian daripada matlamatnya bagi mendorong kemajuan dalam industri IoT. Setakat ini, Huawei telah membantu pihak pengendali membina makmal terbuka NB-IoT bagi tujuan mempercepatkan pembangunan peranti dan aplikasi NB-IoT pintar. Pada suku ketiga tahun 2016, Huawei akan melancarkan SoftRadio, suit perisian yang membolehkan pembangun mengakses makmal NB-IoT menerusi Internet bagi mengusahakan inovasi dan memberi pentauliahan jarak jauh. Huawei juga akan menerbitkan kertas putih makmal terbuka IoT dengan tujuan menyediakan panduan dan sokongan terperinci untuk pihak pembangun bagi mengakses dan menggunakan makmal terbuka tersebut.

Huawei juga telah mencapai kemajuan penting dalam pembangunan perniagaan IoT. Sebelum piawaian NB-IoT dimuktamadkan, Huawei telah menjalin kerjasama dengan rakan kerjasama global bagi menjalankan perkhidmatan pra-standard dan pengujian aplikasi agar dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik, memangkinkan inovasi industri, serta mengoptimumkan penyelesaian teknikal. Hanya dalam tempoh separuh pertama tahun 2016, Huawei berjaya menyiapkan berbilang projek kerjasama dengan pihak pelanggan. Sebagai contoh, Huawei bekerjasama dengan Etisalat bagi menguji perkhidmatan dan aplikasi meletak kenderaan pintar; bergabung tenaga dengan South East Water (Australia) serta operator Australia (VHA dan Optus) bagi menjalankan ujian untuk sistem pengurusan air pintar NB-IoT; selain memeterai perkongsian strategik dengan China Telecom dan juga Shenzhen Water Group bagi memungkinkan pengurusan air secara pintar menjadi kenyataan.

Di Sidang Kemuncak IoT, Jiang Wangcheng menyampaikan ucaptama yang bertajuk 'Membina Penyelesaian dan Ekosistem NB-IoT Terbuka'. Sempena MWC Shanghai, reruai pameran IoT Huawei akan mendemonstrasikan Penyelesaian NB-IoT, termasuk butiran teknikal, senario penggunaan serta rancangan pengkomersialan.

Kongres Dunia Mudah Alih Shanghai 2016 diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC), China, mulai 29 Jun hingga 1 Julai. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaian terkini di reruai utama, yang berada di Dewan N1 A40 serta reruai "Innovation City" di Dewan N3 A40. Untuk butiran lanjut, sila layari http://www.huawei.com/en/events/mwcshanghai#Agenda

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) utama di peringkat global.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news