omniture

DAMAC Properties Perkenalkan AKOYA Imagine Sasarkan Generasi Milenia

AED 1.2 juta bagi sebuah vila dengan tiga buah bilik tidur, boleh dibayar selama tiga tahun dengan caj perkhidmatan percuma selama lima tahun
DAMAC Properties
2016-07-04 07:35 809

Dubai, Emiriah Arab Bersatu, 04 Julai 2016 Hari ini, DAMAC Properties memperkenalkan AKOYA Imagine, kluster kediaman yang dikelilingi kawasan yang hijau serta laluan ke padang golf bertaraf antarabangsa. Dibangunkan di tengah-tengah kawasan pembangunan induk AKOYA Oxygen, AKOYA Imagine menyediakan beberapa buah vila yang berwarna warni yang menyasarkan pasangan muda dan mereka yang berkeluarga, sebagai kediaman tetap yang sempurna mahupun kediaman percutian.

Bagi Fasa I, vila dengan tiga buah bilik tidur ini akan mula dijual dengan harga AED 1.2 juta, dalam satu pelan pembayaran selama tiga tahun yang menarik. Kediaman ini juga turut disediakan faedah menerusi caj perkhidmatan secara percuma selama lima tahun. Unit kediaman ini akan mula dijual pada Sabtu, 9 Julai di Dubai, di DAMAC Maison Canal Views, Al Abraj Street bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.

Sebagai sebuah komuniti yang terletak dalam suasana hijau yang indah, AKOYA Imagine merupakan kawasan kejiranan buat mereka yang gemarkan gaya hidup yang kontemporari dan santai. Bahagian dalaman dan luarannya diatur dengan amat teliti agar dapat menyediakan gaya hidup kasual yang menggabungkan fungsi sosial, kehidupan bersama keluarga dan pelbagai tona warna yang berseni. Bahagian dalamannya adalah terbuka, lapang dan diserikan dengan warna-warna yang ceria, yang memberi keseimbangan antara kenyamanan dengan tona yang menenangkan, tenaga dengan kedamaian, dan ruang yang menggamit keintiman.

Ziad El Chaar, Pengarah Urusan, DAMAC Properties, berkata: "AKOYA Imagine menyasarkan kumpulan pembeli yang baharu iaitu golongan muda, profesional, arif tentang gaya hidup dan mampu dari segi kewangan untuk membeli hartanah dalam komuniti padang golf bertaraf antarabangsa. Kumpulan komuniti ini terbukti menghasilkan pulangan yang lebih tinggi secara tekal berbanding kawasan kediaman semata-mata dan jumlahnya adalah terhad di Dubai. Digabungkan dengan elemen Tiger Woods Design, vila di AKOYA Imagine memperlihatkan pelaburan yang amat menguntungkan, selain kediaman yang amat menarik."

Menyokong kenyataan oleh El Chaar, seperti yang dinyatakan oleh firma penasihat KPMG dalam satu laporan terkini bahawa biasanya padang golf meningkatkan nilaian hartanah di kawasan berdekatan sehingga 20% apabila dibandingkan dengan hartanah yang serupa di kawasan kejiranan yang tidak memiliki komponen padang golf.

AKOYA Oxygen merupakan pembangunan induk dengan keluasan 55 juta kaki persegi yang akan menyediakan persekitaran kehidupan paling hijau di Dubai. Turut menempatkan padang golf bertaraf kejohanan dengan 18 lubang oleh Tiger Woods Design, pembangunan yang amat dinanti-nantikan ini menawarkan akses mudah ke lebuh raya utama Dubai; namun cukup jauh dari kesibukan bandar bagi menyediakan gaya hidup yang penuh ketenangan dalam suasana hijau yang indah. 

Maklumat lanjut disediakan di www.damacproperties.com

Nota untuk editor: DAMAC Properties telah mempelopori pasaran hartanah mewah di Timur Tengah sejak tahun 2002 bagi membawakan pengalaman gaya hidup mewah kepada penduduk dari serata dunia. Bagi mencipta nama untuk kehidupan bergaya yang paling mewah, DAMAC Properties mengukuhkan kedudukannya sebagai pemaju mewah utama di rantau ini, menawarkan rekaan ikonik serta kualiti terhebat. Pengaruh syarikat ini kini berkembang melangkaui kawasan Timur Tengah, menerusi projek-projek yang dijalankan di UAE, Qatar, Arab Saudi, Jordan dan juga Lubnan.

Setakat 31 Mac 2016, DAMAC Properties telah menyediakan lebih 15,800 buah kediaman termasuk kira-kira 2,000 buah unit hotel. Syarikat ini memiliki portfolio pembangunan yang terdiri daripada lebih 44,000 buah unit yang berada dalam pelbagai peringkat perancangan dan kemajuan, merangkumi lebih 13,000 bilik hotel, pangsapuri berservis dan vila hotel, yang akan diurus oleh cabang hospitalitinya, DAMAC Hotels & Resorts. Menerusi wawasan dan momentumnya, DAMAC Properties membangunkan kehidupan yang serba mewah di Timur Tengah untuk generasi akan datang.

Ikuti DAMAC Properties melalui Facebook, Twitter(@DAMACOfficial) dan YouTube.

Source: DAMAC Properties
Keywords: Real Estate