omniture

GS4 GAC Motor Raih Anugerah "Rekaan Kereta Pengeluaran Terbaik" daripada CAR STYLING

GAC Motor
2016-07-04 10:43 616

TOKYO, 4 Julai 2016 /PRNewswire/ -- GS4, model SUV terkenal yang dikeluarkan oleh pembuat kereta terbaik China, GAC Motor, baru-baru ini diumumkan sebagai "Rekaan Kereta Pengeluaran Terbaik di China" oleh majalah rekaan kenderaan antarabangsa utama CAR STYLING pada 25 Jun di Tokyo. Ini merupakan kali pertama anugerah yang menjadi rebutan ini diberikan kepada jenama kereta Cina, memperlihatkan teknik tercanggih GAC Motor dan semangat profesional dalam industri pembuatan moden.

Zhang Fan, Naib Presiden Institut Kejuruteraan GAC dan Li Jian, Timbalan Pengarah PR GAC Motor, menerima anugerah "Rekaan Kereta Pengeluaran Terbaik di China" daripada CAR STYLING di atas pentas.
Zhang Fan, Naib Presiden Institut Kejuruteraan GAC dan Li Jian, Timbalan Pengarah PR GAC Motor, menerima anugerah "Rekaan Kereta Pengeluaran Terbaik di China" daripada CAR STYLING di atas pentas.

Anugerah tahunan ini dikenali secara meluas sebagai pengiktirafan paling berprestij untuk pembuat kereta yang mencipta produk yang mampu menarik perhatian dan minat pembeli kenderaan di China.

CAR STYLING menilai GS4 sebagai produk buatan Cina yang menyerlah dalam pasaran SUV. Menurut majalah tersebut, tujuh jenama Cina adalah antara 10 jenama SUV terbaik dalam pasaran Cina pada tahun 2015, manakala GS4 muncul berbeza menerusi pengaruh pasaran yang mengagumkan. Jualan bagi GS4 telah mencecah lebih 20,000 unit sebulan sejak Oktober tahun lalu. Pada bulan Mei, model kereta ini merekodkan jumlah jualan melebihi 26,000 buah kenderaan, menyaksikan peningkatan 329.5% berbanding tahun sebelumnya.

CAR STYLING, dianggap sebagai 'panduan rekaan kereta', menyediakan penilaian paling teliti dari segi teknik pembuatan kereta. Penerima anugerah daripada majalan tersebut ditentukan berdasarkan tinjauan setara dan data persepi pengguna daripada kajian yang menyeluruh.

"Model GS4 ialah hasil rekaan bertaraf antarabangsa, yang berbangga dengan kualitinya yang tinggi berbanding model yang serupa," kata Hiro Matsunaga, ketua editor CAR STYLING yang mengadakan lawatan ke GAC Motor pada Januari lalu. "Jenama-jenama Cina kini lebih baik dari segi rekaan dan kualitinya. Saya berpendapat model GS4 akan dapat dilihat di jalan raya sekitar Jepun pada masa terdekat."

Akira Fujimoto, pengasas bersama CAR STYLING turut menyatakan, "GAC Motor telah menjadi jenama terkenal di China. Saya percaya GAC Motor bakal menjadi tumpuan dalam pasaran kereta di peringkat dunia."

"Kami teruja model GS4 menerima pengiktirafan daripada CAR STYLING," kata wakil PR GAC Motor. "Dengan mencipta rekaan gaya dengan fokus terhadap kualiti dan nilai yang inovatif, kami mengolah kereta menjadi suatu yang bersifat baharu dan menarik, bagi menunjukkan kepada orang ramai secara sekali pandang bahawa kereta ini dibuat oleh GAC Motor."

GS4 GAC Motor, penanda aras baharu bagi pembuat kereta China, mula diperkenalkan sempena Pameran Kereta Amerika Utara 2015 pada bulan Januari lalu, merangkul anugerah "Inovasi Masa Depan" daripada Yahoo! Finance. Beberapa syarikat media antarabangsa yang terkenal termasuk CNN dan Bloomberg turut memuji GAC Motor sebagai salah satu jenama kereta Cina terbaik dan paling pantas berkembang.

Pada masa kini, GAC Motor mencipta sistem antara bidang termaju yang serba lengkap, yang bukan hanya dapat mengurangkan kos R&D dan pembuatan, malah turut menyediakan susun atur yang pantas untuk rangkaian produknya selain menyediakan daya penggerak utama bagi menjamin pembangunan mampan untuk jenama proprietari tersebut. Tiga model "kemenangan" syarikat, iaitu model GA8, GM8 dan GS8 yang baru-baru ini dilancarkan sempena Pameran Kereta Beijing pada April lalu, kesemuanya dihasilkan menerusi asas seni bina modular rentas platform (CPMA) dengan sistem cesi gantungan paling berkualiti serta i-4WD 4MATIC.

Latar Belakang GAC Motor

GAC Motor ialah sebuah anak syarikat GAC Group yang komited membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti yang bertaraf dunia. GAC Motor berkedudukan ke-8, setaraf dengan GAC Toyota dalam kalangan semua jenama menurut Kajian Kualiti Awal China 2015, J.D. Power Asia Pasifik, yang merupakan kedudukan tertinggi yang diraih antara semua jenama Cina selama tiga tahun berturut-turut.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160701/0861606595  

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Awards