omniture

Pacific Mutual: Peluang Membeli Saham Tempatan Pada Harga Menarik

RM8 juta agihan pendapatan untuk para pelabur Pacific Mutual
Pacific Mutual Fund Bhd
2016-07-04 11:00 572

PETALING JAYA, Malaysia, 4 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Dalam satu kenyataan hari ini, Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group, dengan sumber dalaman untuk mengurus kedua-dua pelaburan tempatan dan global untuk para pelanggannya, menjangka keadaan pasaran tempatan dan global akan semakin turun naik berikutan keputusan UK baru-baru ini untuk keluar dari European Union (EU).

Teh Chi-cheun Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Mutual Fund Bhd
Teh Chi-cheun Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Mutual Fund Bhd

Menurut Teh Chi-cheun, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Pacific Mutual, "Keputusan "Brexit" membawa kesan negatif kepada matawang Pound negara Britain, matawang Euro dan akan melembapkan pertumbuhan ekonomi di UK dalam tempoh jangka masa pendek ke sederhana. Pada asasnya, pasaran global tidak akan terlalu terjejas kerana UK hanya menyumbang 4% kepada KDNK global. Walau bagaimanapun, kerisauan pasaran bertumpu kepada sentimen para pelabur kerana Brexit boleh memulakan spekulasi terhadap calon-calon seterusnya yang akan memilih untuk keluar dari EU dan ini boleh mengancam kestabilan bloc Eropah.

"Pada nada yang lebih positif, bank-bank pusat (termasuk Malaysia) dijangka akan kekal akomodatif – di mana AS mungkin akan melambatkan kenaikan kadar faedah – untuk menampung risiko penyusutan pasaran akibat Brexit. Oleh sebab itu, penjualan saham besar-besaran baru-baru ini menawarkan peluang membeli saham pada nilai yang lebih rendah. Pada jangkaan persekitaran kadar faedah yang rendah, kami kekal bertumpu pada saham-saham yang membayar dividen, terutamanya saham yang menunjukkan potensi pertumbuhan."

Dalam kenyataan yang sama, Pacific Mutual juga mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM8 juta untuk tujuh Dananya untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2016:

Pacific Millennium Fund

3.00 sen seunit

Pacific Recovery Fund

4.00 sen seunit

Pacific SELECT Balance Fund

3.00 sen seunit

Pacific SELECT Income Fund

1.00 sen seunit

Pacific Cash Fund

0.40 sen seunit (agihan suku tahunan)

Pacific Islamic Cash Fund

1.00 sen seunit (agihan suku tahunan)

Pacific Emerging Market Bond Fund

1.04 sen seunit (agihan suku tahunan)

PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada awal bulan Julai 2016, Pacific Mutual mengurus hampir RM1.42 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian.

HUBUNGAN MEDIA:

Cindy Leong 03 - 7725 9877 sambungan 238, cindy@pacificmutual.com.my 
Cindy Thean 03 - 7725 9877 sambungan 226, cthean@pacificmutual.com.my

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160701/8521604340

Source: Pacific Mutual Fund Bhd
Keywords: Banking/Financial Service Dividends Survey, Polls & Research