omniture

Pengembara Dunia Kini Boleh Meneroka Intensiti Pulau dengan Pelancaran Johnnie Walker Island Green di Kawasan Bebas Cukai

Diageo GTME
2016-07-04 15:00 935

SINGAPURA, 4 Julai 2016 /PRNewswire/ --

Johnnie Walker memperkenalkan Adunan Wiski Scotch Malt pertama yang eksklusif buat pengembara dunia   

Terdorong untuk meneroka dunia Wiski Scotch Malt Tunggal yang mengujakan, tetapi terlalu banyak pilihan? Johnnie Walker, jenama Wiski Scotch No. 1 dunia memperkenalkan penyelesaian terbaik menerusi tambahan produk baharu yang menarik ke dalam portfolionya yang terkenal di dunia - Johnnie Walker Island Green.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160630/385460 )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160630/385461 )

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160630/385462 )

Adunan unik wiski malt tunggal yang diperkaya daripada empat kawasan di Scotland, Johnnie Walker Island Green memberikan pengalaman rasa yang tersendiri buat peminum alkohol, membolehkan mereka mencuba elemen daripada malt yang diraikan ini dengan gaya Johnnie Walker yang terkenal. Produk bebas cukai yang eksklusif, Johnnie Walker Island Green disediakan khusus buat pengembara, menjadikannya lebih eksklusif.

Aroma asap kayu, lada hitam dan rempah diadunkan dengan beberapa buah di kebun, vanila yang lembut serta cendana manakala pengalaman rasanya menyediakan kesemua elemen dalam satu malt, namun dengan keamatan dan kompleks yang lebih tinggi, diperkuatkan oleh gaya Pulau yang tersendiri.

Menyediakan kepakaran adunan malt yang sama seperti mana Johnnie Walker Green yang mendapat pujian pengkritik, rasa ekskusif Johnnie Walker Island Green menawarkan ekspresi yang lebih kuat dengan elemen wiski malt maritim berasap yang lebih hebat. Adunan ini diimbangi dengan malt Highland dengan rasa buah yang hebat termasuk Clynelish™, malt Lowland yang lebih ringan oleh Glenkinchie™ dan gaya Speyside dengan ciri-ciri yang manis dan wangi, Cardhu™.

Jim Beveridge, Pakar Pengadun Johnnie Walker, berkata: "Sebagai pembuat minuman wiski, kami amat mementingkan rasa. Kami memberikan gaya malt matang yang tersendiri daripada empat kawasan wiski utama di Scotland, bagi memastikan Johnnie Walker Island Green dapat memberikan kesemua elemen dalam satu malt, namun dengan pengalaman rasa yang lebih diperkaya."

Doug Bagley, Pengarah Urusan Diageo Global Travel and Middle East, berkata: "Johnnie Walker Island Green ialah produk belian terbaik oleh peminat tradisional Johnnie Walker atau mereka yang ingin mencuba dunia malt Scotch."

"Adunan tersebut menerima anugerah 'Master' di The Global Scotch Whisky Masters 2016 yang diadakan baru-baru ini, penarafan tertinggi setakat ini dalam pertandingan peringkat antarabangsa, yang membuktikan betapa istimewanya minuman wiski ini. Selain itu, sebagai produk eksklusif buat pengembara yang tidak boleh dibeli di luar kawasan bebas cukai, ini benar-benar satu tambahan yang unik untuk rangkaian produk Johnnie Walker."

Paling enak dinikmati sama ada tanpa ais atau dengan ais, pengembara dunia kini dapat meneroka intensiti pulau sebenar melalui keenakan rasa Johnnie Walker Island Green. Belilah sebotol sekarang di lapangan terbang terpilih dan juga di gedung jualan bebas cukai seluruh dunia bermula pada Julai 2016.

Bagi mendapatkan sumber global kami yang menggalakkan amalan minum secara berhemah menerusi perkongsian bahan amalan terbaik, maklumat dan inisiatif, sila layari DRINKiQ.com.  

Raikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Nota untuk Editor
JOHNNIE WALKER ISLAND GREEN memiliki RRP bernilai $60
JOHNNIE WALKER ISLAND GREEN memiliki ABV sebanyak 43%
JOHNNIE WALKER ISLAND GREEN disediakan dalam botol 1L

 

 

Source: Diageo GTME
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages