omniture

Vistra Ambil Alih Intro International di Singapura

Vistra
2016-07-05 15:59 963

SINGAPURA, 5 Julai 2016 /PRNewswire/ --

Vistra dengan sukacitanya mengumumkan pengambilalihan Intro International, sebuah syarikat yang menawarkan khidmat  korporat yang berpusat di Singapura.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150611/748772 )

Intro International  tersenarai dalam industri perkhidmatan korporat di Singapura dalammenyediakan perkhidmatan kesetiausahaan syarikat, perakaunan dan pematuhan cukai. Syarikat ini memiliki portfolio yang terdiri daripada pelanggan antarabangsa,kebanyakannya melibatkan syarikat-syarikat perdagangan dari UK dan juga Australia yang berhasrat untuk meluaskan pengaruh operasi ke Singapura. Pengambilalihan ini amat bertepatan dengan strategi Vistra untuk fokus terhadap perkhidmatan pengembangan antarabangsa, didorong oleh FDI dan sejajar dengan pengambilalihan lain yang dibuat dalam segmen ini sejak 12 bulan lalu.

Pengarah Urusan dan pengasas Intro International, Duncan Merrin, mengulas, "Saya berasa gembira kerana telah menyelesaikan urus niaga ini dan amat berharap dapat menjalin kerjasama yang baik dengan Vistra Group pada masa depan. Perniagaan kami berkembang dengan begitu pesat sejak beberapa tahun ini, memperlihatkan usaha kami dari segi pembangunan perniagaan dan orientasi khidmat pelanggan pasukan kami yang mantap. Gabungan bersama Vistra akan membolehkan kami memanfaatkan rangkaian Syarikat yang lebih luas dengan menjalin kerjasama dengan kakitangan mereka yang fokus dalam Perkhidmatan Pengembangan Antarabangsa."

Martin Crawford, Ketua Pegawai Eksekutif Vistra, berkata, "Intro International amat sesuai dengan fokus strategi Syarikat kami, khususnya bersama divisyen Perkhidmatan Peluasan Antarabangsa kami. Perkhidmatan pengurusan yang berpengalaman dan pengetahuan yang mendalam tentang bidang ini akan menjadi aset penting untuk pasukan global kami, dan akan mendorong evolusi tawaran perkhidmatan kami di Singapura."

Chris Burton, Pengarah Urusan Vistra Singapura berkata, "Urus niaga ini bukan sekadar mengukuhkan pengaruh pasaran kami, tetapi juga hubungan Intro International yang kukuh bersama pelbagai badan-badan perdagangan yang turut membantu kami untuk menembusi kumpulan pelanggan baharu yang akan meluaskan pengaruh rujukan perniagaan kami di Singapura."

Duncan Merrin serta Yati Merrin akan kekal bersama syarikat untuk masa mendatang, dan Duncan akan menjadi perunding Vistra selepas tempoh peralihan ini. Graham Harkness, yang kini memegang jawatan sebagai Pengarah Intro International, bakal menyandang jawatan Pengarah, Perkhidmatan Peluasan Antarabangsa, di Vistra Singapura, bagi memimpin usaha pembangunan perniagaan dalam bidang ini.

Latar Belakang Vistra Group    

http://www.vistragroup.com/about-us/editor-notes

Latar Belakang Intro International  

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.introinternational.com

Source: Vistra
Keywords: Banking/Financial Service Outsourcing Businesses Acquisitions, mergers, takeovers