omniture

Pengendali Rangkaian Mudah Alih Menilai CLX Communications sebagai Penyedia Perkhidmatan SMS A2P Global Tahap 1 Buat Tahun Kedua Berturut-turut

CLX Communications
2016-07-05 19:00 797

STOCKHOLM, 5 Julai 2016 /PRNewswire/ -- CLX Communications (Nasdaq Stockholm: CLX), penyedia bertaraf global bagi perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi berasaskan awan, diiktiraf sebagai vendor SMS A2P Tahap 1 di dunia buat kali kedua, menurut satu kaji selidik pengendali rangkaian mudah alih yang dijalankan oleh Roaming Consulting Company (ROCCO).

Kaji selidik ini menilai persepsi pengendali rangkaian mudah alih (MNO) terhadap penyedia SMS perusahaan berkaitan lebih 35 KPI prestasi dan kepimpinan. Sebanyak 192 responden yang mewakili 260 MNO (termasuk persepsi daripada 7 responden MNO Syarikat Kumpulan) di 188 buah negara turut mengambil bahagian dalam kajian tersebut yang kini memasuki tahun keduanya. Sebanyak 32 vendor SMS A2P dinilai dalam laporan ini, dan hanya 5 vendor yang berjaya mencapai status Tahap 1 yang berprestij.

Kaji selidik tersebut meletakkan CLX pada kedudukan tertinggi berbanding pesaing dalam segmen-segmen utama termasuk: Khidmat Pelanggan, Kualiti Perkhidmatan, Prestasi Masa Operasi, Kepakaran Industri, antara lain. Menerusi seluruh KPI, gabungan skor CLX adalah paling tinggi berbanding semua vendor lain, dan tidak syak lagi, ini menjadikannya sebagai peneraju pasaran.

"Kami amat berbangga kerana dinobatkan sebagai penyedia SMS A2P Tahap 1 terbaik selama dua tahun berturut-turut," kata Johan Hedberg, Ketua Pegawai Eksekutif CLX Communications. "Kami telah berusaha dengan amat gigih sepanjang tahun lalu bagi memastikan kami mengekalkan standard perkhidmatan, sokongan dan teknologi yang tinggi, dengan tujuan membantu perkembangan perniagaan CLX Communications selain memastikan pelanggan kami beroleh penyelesaian yang terbaik."

Laporan tersebut juga meletakkan Mblox, pemerolehan terkini CLX sebagai vendor Tahap 1 bagi tahun kedua. "Kami sentiasa yakin pemerolehan Mblox menjadi aset strategi yang hebat buat CLX dan keputusan ini menunjukkan syarikat gabungan tersebut akan menyediakan pelanggan dengan penyelesaian, perkhidmatan dan tahap kecekapan terbaik yang terdapat dalam pasaran," sambung Johan.

Jason Bryan, Ketua Pegawai Eksekutif ROCCO menambah, "Menerusi pasaran Pemesejan SMS A2P, usaha mencari vendor yang boleh dipercayai adalah agak sukar. Sebagai sebuah syarikat penyelidikan ROCCO berusaha mendapatkan maklum balas yang amat andal daripada MNO tentang Vendor terbaik. Dengan 32 buah syarikat yang terlibat dalam kajian Pemesejan SMS A2P ROCCO, kami amat berbesar hati apabila MNO memberikan pandangan yang tekal selama lebih dua tahun tentang CLX dan Mblox. Kedua-duanya dilihat sebagai penyedia Tahap 1 dalam laporan kami dan merupakan antara 5 Vendor terbaik selama dua tahun berturut-turut yang jelas menunjukkan Pengendali Mudah Alih yakin dengan prestasi dan kepimpinan vendor ini dalam pasaran tersebut."

Latar Belakang CLX Communications (http://www.clxcommunications.com)

CLX Communications (CLX) ialah penyedia bertaraf global bagi perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi berasaskan awan untuk syarikat perusahaan dan pengendali rangkaian mudah alih. Perkhidmatan komunikasi mudah alih daripada CLX memungkinkan syarikat perusahaan berkomunikasi di seluruh dunia bersama orang ramai dan peranti terhubung (Internet Semua Benda, IoT) dengan pantas, selamat dan menjimatkan kos. Penyelesaian CLX menyediakan komunikasi yang penting dalam perniagaan ke seluruh dunia melalui perkhidmatan pesanan ringkas mudah alih (SMS), perkhidmatan suara dan perkhidmatan ketersambungan IoT mudah alih. Syarikat ini beribu pejabat di Stockholm, Sweden dan mempunyai beberapa pejabat jualan di lebih 10 buah negara.

Latar Belakang Roaming Consulting Company (http://www.roamingconsulting.com)

ROCCO ialah sebuah Syarikat Penyelidikan, Strategi dan Pendidikan yang 100% neutral, berpangkalan di UK. Selama 3.5 tahun kami telah menyediakan kajian tentang Vendor Perayauan dan Saling Hubung bagi pihak Pengendali Rangkaian Mudah Alih yang berminat untuk membuat keputusan berkaitan Vendor yang terbaik, selain semua topik penting yang menarik minat mereka. Lebih 500 MNO menyumbang kepada kajian kami setiap tahun.

Maklumat lanjut tentang kaji selidik ROCCO dan laporan penuh boleh dilihat di sini.

Hubungi

Kristian Männik, CMO, CLX Communications
+46-8-32-75-10
pr@clxcommunications.com

Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160704/385887LOGO

Source: CLX Communications
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Awards