MADRID, Sepanyol, 6 Julai 2016 /PRNewswire/ -- TP-LINK, peneraju global bagi produk perangkaian, memperkenalkan telefon pintar Neffos Y5L. Ini merupakan peranti pertama dalam Siri Y, rangkaian peranti mudah alih kedua daripada TP-LINK, setelah melancarkan peranti Siri Neffos C5 pada Februari lalu.
Neffos Y5L mewujudkan pengalaman mengambil gambar yang sempurna dengan ciri kebolehan melakukan berbilang tugas, dwi-SIM, dwi-siap sedia serta versi Android terkini disediakan untuk golongan lebih muda.
"Kami sentiasa komited untuk menyediakan teknologi yang pintar dan ringkas kepada semua golongan, termasuk mereka yang baru mencuba," kata Jeffrey Chao, presiden TP-LINK. "Komitmen tersebut selari dengan matlamat kami untuk menyediakan kehidupan yang lebih mudah buat pengguna."
Pengalaman Mengambil Gambar yang Hebat
Neffos mempunyai kamera belakang 5 megapiksel dengan ciri fokus automatik yang mampu merakam kenangan manis dengan mudah berserta perincian yang sempurna. Ciri-ciri seperti HDR memberikan pengguna lebih kemudahan untuk menghasilkan gambar yang lebih baik berbanding apa yang mereka jangkakan.
Kamera hadapan 2 megapiksel Y5L pula mampu mengambil gambar selfie yang mengagumkan. Gunakan ciri Penapis seperti "Beauty" dan kualiti gambar anda yang terbaik boleh ditingkatkan dengan cara yang mudah.
Dicipta untuk Melakukan Berbilang Tugas
Mengapa miliki kamera yang hebat tetapi peranti tidak beroperasi dengan lancar? Dengan Neffos Y5L TP-LINK, kebolehan melakukan berbilang tugas bukanlah suatu masalah. Pemproses Qualcomm Snapdragon MSM8209 ARM Cortex-A7 quad-teras 64-bit beroperasi pada 1.1GHz, digandingkan dengan 1GB RAM, dicipta bagi mengendalikan berbilang aplikasi yang beroperasi serentak.
Pengguna tidak perlu bimbang untuk memuat turun lebih banyak aplikasi dan fail lain, memandangkan ruang telefon pintar 8GB ROM ini boleh ditambah sehingga 32GB menggunakan kad mikroSD.
Dwi-SIM, Dwi-Siap Sedia
Neffos Y5L membolehkan pengguna menikmati ciri mudah alih dengan cara mereka sendiri. Menerusi gaya hidup yang serba pantas masa kini, perhatian pengguna amat mudah terganggu.
Walau bagaimanapun, ciri-ciri dwi-SIM dan dwi-siap sedia pada peranti mudah alih ini membolehkan tugasan dan kehidupan seharian dipisahkan. Pengguna dapat mengurus hal perniagaan dan mesej peribadi dengan lebih cekap, selain mampu menghubungi dua nombor daripada telefon yang sama. Pengguna juga boleh melanggan pelan mudah alih berbeza jika mereka mahu.
Versi Android Termaju
Neffos Y5L daripada TP-LINK beroperasi menerusi Android 6.0 Marshmallow, sistem pengendalian mudah alih Google paling maju setakat ini. Ini mampu melanjutkan hayat bateri sebanyak lebih dua kali ganda, memandangkan Marshmallow membantu menjimatkan kuasa dengan menyediakan mod yang membolehkan telefon pintar tersebut untuk padam sendiri apabila tidak digunakan. Sementara itu, ciri Aplikasi Siap Sedia Marshmallow mengehadkan kesan aplikasi yang jarang digunakan terhadap hayat bateri.
Android 6.0 juga menyediakan ciri-ciri kawalan dan keselamatan yang lebih baik. Dengan masalah keselamatan yang kian menghantui pengguna sejak kebelakangan ini, pengguna akan berasa lebih selamat memandangkan Y5L mampu memberi kebenaran berbeza untuk aplikasi berbeza.
Ketersediaan
Neffos Y5L 4.5 inci ini merupakan telefon pintar keempat yang diperkenalkan oleh TP-LINK setelah melancarkan Neffos C5, C5 Max, dan C5L pada Februari lalu. Produk ini tersedia dalam warna putih, hitam dan kuning di Eropah Barat dan Timur, Asia Selatan dan Asia Tenggara serta Timur Tengah-Afrika.
Latar Belakang TP-LINK
TP-LINK ialah penginovasi dan pembekal bertaraf global bagi produk perangkaian pengguna serta SMB, merangkumi penghala tanpa-wayar, suis, gerbang kabel/DSL, penyesuai talian kuasa, penyambung rangkaian, kamera awan, titik akses perniagaan, dan penyelesaian tanpa-wayar kawasan luar untuk kediaman pintar.
Syarikat ini sentiasa komited untuk menawarkan masyarakat awam dengan akses rangkaian kawasan setempat dan internet dengan cara paling mudah, bagi memenuhi keperluan rangkaian pengguna dalam kehidupan seharian, ketika bekerja, dan untuk berhibur menerusi perkhidmatan yang tinggi kualiti. Hasil jualannya mencecah US$2 bilion pada tahun 2015
Kini, TP-LINK memiliki beberapa buah anak syarikat atau pejabat perwakilan yang berada di 40 buah negara dan kawasan, manakala perantinya digunakan di lebih 120 buah negara.
Latar Belakang Neffos
Neffos ialah jenama telefon pintar yang bergandingan dengan TP-LINK, bermatlamat untuk membawakan gaya hidup pintar dan bijak yang sebenar dari segenap segi dengan cara menaik taraf dan membangunkan produk secara tekal.
Ketahui lebih lanjut melalui: http://www.neffos.com/en/product/details/Y5L
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160704/0861606439-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160704/0861606439-b