omniture

Neos Inc. dan Lockheed Martin bangunkan Sensor 'Generasi Baharu' - Kemajuan Besar dalam Kebolehan Mencari Minyak, Gas & Mineral dari Udara


Neos Inc.
Lockheed Martin
2016-07-06 23:30 778

SAN FRANCISCO, 6 Julai 2016 /PRNewswire/ --

Neos Inc. bakal membangunkan sensor graviti gradiometri generasi baharu yang 20 kali lebih berkuasa berbanding teknologi kini dalam mencari minyak, gas dan mineral di bawah permukaan bumi.

Neos dan Lockheed Martin membangunkan sebuah sensor yang unik, yang begitu maju sehinggakan ia boleh mengesan bukit setinggi 10-meter di bawah permukaan bumi.  Dengan erti kata lain, teknologi ini mampu mengesan trak perisai yang sarat dengan emas 20 meter di bawah permukaan bumi, hanya dengan menderia kesan emas yang disebarkan pada medan graviti setempat.

Teknologi baharu ini, yang dikenali sebagai Full Tensor Gradiometry (FTG) Plus, mempunyai tahap kesensitifan 20 kali lebih tinggi dan jalur lebar 10 kali lebih besar berbanding gradiometer graviti yang ada sekarang.

"FTG Plus mentransformasi perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang boleh dilihat dari udara," kata Pengerusi Neos Inc. Jonathan Faiman,"Pengesanan jarak jauh bakal mendominasi pasaran explorasi dan sensor Neos ini merupakan yang tercanggih di dunia.  Ia bakal membolehkan kami mendapat imej sumber yang lebih bersih, cepat dan pada harga yang lebih rendah untuk pelanggan kami."

Lockheed Martin sedang membina protaip khusus untuk mengesan sumber asli dari kapal terbang yang dimiliki dan dikendalikan oleh Neos.

Neos memperoleh program FTG Plus sebagai sebahagian daripada pemerolehan aset daripada CGG SA yang diumumkan pada 29 April 2016.

"Kemajuan yang kami laksanakan ini merupakan sesuatu yang luarbiasa.  Salah satu sebabnya ialah pada masa lalu, kami dan para pesaing menggunakan peralatan ketenteraan, yang diubahsuai untuk tujuan tinjauan geofizikal," kata Gregory Paleolog, ketua program FTG Plus Neos, "FTG Plus ialah sensor yang pertama kali dibina khusus oleh Lockheed Martin untuk kegunaan dan keperluan khas kami.  Ia merupakan satu perubahan asas yang penting; ia satu rekaan baharu sepenuhnya untuk kami dan kami memiliki hak eksklusif penggunaannya."

Neos mempunyai hak eksklusif dalam menggunakan teknologi tersebut untuk aplikasi berkaitan minyak, gas dan perlombongan dan akan menggunakan FTG Plus dalam kapal terbangnya – sama ada Basler BT-67 Dwi-enjin, kapal terbang enjin turbin tunggal Cessna C-208B Caravan atau kapal terbang dua turbin Reims-Cessna F406.  Sensor ini juga boleh digunakan di dalam helikopter.

Teknologi ini berpotensi untuk mengubah cara kerajaan, kementerian tenaga dan pasukan explorasi mencari sumber yang berharga, dan akhirnya menjurus kepada keputusan yang lebih pantas dan lebih termaklum tentang tempat untuk diteroka, disewa dan digali.

"Pada ketika begitu banyak peralatan seismos marin tidak lagi digunakan, kami dapat menggunakan teknologi bukan seismos dengan sensor baharu 20 kali lebih baik daripada apa yang pernah kami saksikan sebelum ini," kata Paleolog. "Ini bermakna kami boleh mencari lebih banyak sumber dengan lebih cepat dan tepat berbanding sebelum ini.  Ia bakal mengubah industri."

NOTA KEPADA EDITOR

  1. CGG dan Neos: Pada 29 April 2016, Neos mengumumkan persetujuan dengan CGG SA untuk memperoleh kumpulan perniagaan Berbilang Fiziknya, kumpulan General Geophysics Italy dan pustaka datanya untuk jumlah yang tidak didedahkan.  Program FTG Plus diperoleh sebagai sebahagian daripada urusniaga itu, selain kapal-kapal terbang yang digunakan dalam tugas-tugas bukan seismos termasuk juga kapal terbang yang bakal menggunakan sensor FTG.
  2. Greg Paleolog dan pasukan FTG berpangkalan di Toronto, Kanada dan di Melbourne dan Perth, Australia, dan penerbangan menggunakan sensor sedia ada dan yang bakal dibangunkan dibuat ke seluruh dunia. Akses media penerbangan disediakan: Sila hubungi David Yelland di KTPdavid@kitchentablepartners.com atau +44-207-652-4348
  3. Neos membantu kerajaan, kementerian tenaga dan pasukan eksplorasi dalam industri sumber asli membuat keputusan yang lebih pantas dan lebih termaklum tentang tempat untuk dijelajah, disewa dan digali.  Dalam kerjasama dengan pelanggannya, Neos memperoleh dan menafsir pelbagai set data geologi, seismos, bukan seismos dan geokimia serentak bagi mengenalpasti sumber bernilai di bawah permukaan, termasuk hidrokarbon, mineral dan air bawah tanah.
  4. Jonathan Faiman melabur dalam Neos pada May 2015 dan menjadi Pengerusi dengan kawalan keseluruhan syarikat.  Sebelum menjadi Pengerusi di Neos, Jonathan merupakan pengasas bersama Ocado PLC, sebuah syarikat di U.K yang ditubuhkan pada 2000. Para pelabur Neos termasuklah Jonathan, Goldman Sachs, Kleiner Perkins Caufield & Byers dan Passport Capital.
    Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.neosgeo.com 

    Jonathan Faiman dan Greg Paleolog boleh dihubungi melalui David Yelland di KTP atau Pasukan Komunikasi Neos (Courtney Ford: Pejabat +1-925-738-2168, cford@neosgeo.com ) atau hubungan Lockheed Martin Jim Archibald, Pengurus Perniagaan Sistem Graviti, +1-716-298-6952.
  5. FTG bermaksud Full Tensor Gradiometry. FTG, seperti mana kebanyakan sensor yang digunakan dalam kerja bukan seismos, pada asalnya digunakan untuk tujuan ketenteraan.
  6. Neos pada dasarnya merupakan sebuah syarikat bukan seismos tetapi ia juga turut mempunyai kumpulan pemprosesan seismos.  Satu perbezaan ketara antara keduanya ialah kerja seismos, yang merupakan tunjang utama industri minyak dan gas selama bertahun-tahun, dan sering melibatkan penggunaan kapal menggunakan teknologi lama untuk mengesan sumber.  Kerja bukan seismos sama ada di darat atau laut, menggunakan teknologi termaju untuk memetakan sumber yang ada di bawah permukaan bumi.
  7. Pasukan digital Neos meningkatkan kelebihan daya saing syarikat dalam pasaran dengan menganalisa data untuk menghasilkan peta yang menunjukkan kedudukan sumber.  Neos mempunyai rekod yang meneraju dunia dalam pemetaan ini.
  8. Walau bagaimanapun, gabungan sensor baharu Lockheed Martin dan kemajuan dalam analisa bakal menghasilkan peta yang akan mengatasi semua peta yang dihasilkan sekarang.
Source:
Neos Inc.
Lockheed Martin
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Gas Mining/Metals Oil/Energy New products/services