SAN FRANCISCO, 6 Julai 2016 /PRNewswire/ --
Neos Inc. bakal membangunkan sensor graviti gradiometri generasi baharu yang 20 kali lebih berkuasa berbanding teknologi kini dalam mencari minyak, gas dan mineral di bawah permukaan bumi.
Neos dan Lockheed Martin membangunkan sebuah sensor yang unik, yang begitu maju sehinggakan ia boleh mengesan bukit setinggi 10-meter di bawah permukaan bumi. Dengan erti kata lain, teknologi ini mampu mengesan trak perisai yang sarat dengan emas 20 meter di bawah permukaan bumi, hanya dengan menderia kesan emas yang disebarkan pada medan graviti setempat.
Teknologi baharu ini, yang dikenali sebagai Full Tensor Gradiometry (FTG) Plus, mempunyai tahap kesensitifan 20 kali lebih tinggi dan jalur lebar 10 kali lebih besar berbanding gradiometer graviti yang ada sekarang.
"FTG Plus mentransformasi perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang boleh dilihat dari udara," kata Pengerusi Neos Inc. Jonathan Faiman,"Pengesanan jarak jauh bakal mendominasi pasaran explorasi dan sensor Neos ini merupakan yang tercanggih di dunia. Ia bakal membolehkan kami mendapat imej sumber yang lebih bersih, cepat dan pada harga yang lebih rendah untuk pelanggan kami."
Lockheed Martin sedang membina protaip khusus untuk mengesan sumber asli dari kapal terbang yang dimiliki dan dikendalikan oleh Neos.
Neos memperoleh program FTG Plus sebagai sebahagian daripada pemerolehan aset daripada CGG SA yang diumumkan pada 29 April 2016.
"Kemajuan yang kami laksanakan ini merupakan sesuatu yang luarbiasa. Salah satu sebabnya ialah pada masa lalu, kami dan para pesaing menggunakan peralatan ketenteraan, yang diubahsuai untuk tujuan tinjauan geofizikal," kata Gregory Paleolog, ketua program FTG Plus Neos, "FTG Plus ialah sensor yang pertama kali dibina khusus oleh Lockheed Martin untuk kegunaan dan keperluan khas kami. Ia merupakan satu perubahan asas yang penting; ia satu rekaan baharu sepenuhnya untuk kami dan kami memiliki hak eksklusif penggunaannya."
Neos mempunyai hak eksklusif dalam menggunakan teknologi tersebut untuk aplikasi berkaitan minyak, gas dan perlombongan dan akan menggunakan FTG Plus dalam kapal terbangnya – sama ada Basler BT-67 Dwi-enjin, kapal terbang enjin turbin tunggal Cessna C-208B Caravan atau kapal terbang dua turbin Reims-Cessna F406. Sensor ini juga boleh digunakan di dalam helikopter.
Teknologi ini berpotensi untuk mengubah cara kerajaan, kementerian tenaga dan pasukan explorasi mencari sumber yang berharga, dan akhirnya menjurus kepada keputusan yang lebih pantas dan lebih termaklum tentang tempat untuk diteroka, disewa dan digali.
"Pada ketika begitu banyak peralatan seismos marin tidak lagi digunakan, kami dapat menggunakan teknologi bukan seismos dengan sensor baharu 20 kali lebih baik daripada apa yang pernah kami saksikan sebelum ini," kata Paleolog. "Ini bermakna kami boleh mencari lebih banyak sumber dengan lebih cepat dan tepat berbanding sebelum ini. Ia bakal mengubah industri."
NOTA KEPADA EDITOR