omniture

Honeywell dan Pusat Angkasa & Roket A.S. Nyalakan Keghairahan Guru-guru Malaysia dalam Pendidikan STEM

Honeywell
2016-07-08 09:44 605

Program ini memberikan inspirasi kepada 2,576 guru sains dan matematik sekolah menengah dari 56 negara dan 52 negeri dan wilayah A.S. sejak 2004, mendekati lebih 3 juta pelajar

KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Julai 2016 /PRNewswire/ --  Pusat Angkasa & Roket A.S. (USSRC) dan rakan kongsi jangka panjangnya Honeywell (NYSE: HON) menjadi tuan rumah kepada lebih 200 orang guru dari 25 negara dan 36 negeri dan wilayah A.S. di Honeywell Educators at Space Academy (HESA), selama dua minggu berturut-turut pada bulan Jun 2016.  Enam guru dari Malaysia menghadiri program pada tahun ini.

Program penajaan biasiswa yang memenangi anugerah ini dicipta oleh Honeywell Hometown Solutions dengan kerjasama USSRC direka bagi membantu guru-guru sains dan matematik sekolah menengah untuk menjadi lebih berkesan dalam pengajaran subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).  Sejak ia ditubuhkan pada 2004, HESA telah mentauliahkan 2,576 pendidik dari 56 negara dan 52 negeri dan wilayah A.S.

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Honeywell dalam menawarkan program ini kepada guru-guru dari seluruh dunia pada setiap tahun," kata Dr. Deborah Barnhart, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Pusat Roket.  "Program ini memberikan guru-guru peralatan inovatif yang diperlukan untuk menarik minat para pelajar dan mendorong mereka ke arah kejayaan di dalam bilik darjah dan di tempat kerja.  Para pendidik yang menghadiri HESA menyatakan program ini mengubah cara pengajaran mereka dan membangkitkan semula keghairahan mereka dalam tugas.  Penerima faedah daripada kolaborasi ini tentulah tidak lain dan tidak bukan jutaan kanak-kanak yang menjadi pelajar dalam kelas guru-guru ini."

Guru-guru yang mengambil bahagian terlibat dalam 45 jam pembelajaran dalam kelas dan makmal yang berfokus kepada eksplorasi sains dan angkasa.  Sesi-sesi ini termasuk latihan ala angkasawan seperti simulasi jet berprestasi tinggi, misi angkasa berasaskan scenario, latihan ikhtiar hidup darat dan laut serta program penerbangan dinamik interaktif.

"Honeywell Educators at Space Academy merupakan satu program menarik dan sungguh luarbiasa yang membuka mata berbanding apa yang kami pelajari di sepanjang latihan menjadi guru sebelum ini," kata seorang graduan Malaysia 2016 Chin Shin Ong. "Saya akan menyampaikan pengetahuan yang saya perolehi ini kepada para pelajar saya dan akan memberikan galakan kepada mereka dalam subjek sains dan matematik terutamanya berkaitan aeroangkasa."

"Sebagai peneraju global dalam setiap kumpulan perniagaan kami – Aeroangkasa, Penyelesaian dan Kawalan Automasi, dan Bahan dan Teknologi Prestasi – Honeywell memahami kepentingan untuk memberikan inspirasi kepada saintis dan jurutera generasi akan datang,"  kata Briand Greer, presiden Honeywell Asia Tenggara. "Untuk itu, kami komited dalam menyediakan guru-guru dengan teknik terkini yang membangkitkan keghairahan mereka untuk mengajar subjek yang mencabar seperti sains dan matematik dengan cara yang akan membangkitkan semangat pelajar kini untuk menjadi peneraju STEM di masa hadapan."

Calon-calon HESA melengkapkan proses permohonan yang mencabar.  Guru-guru yang layak diberikaan tajaan tiket penerbangan pergi dan balik, yuran pengajian, makanan dan penginapan, oleh Honeywell dan stafnya yang bermurah hati.

Sehingga hari ini, lebih 3 juta pelajar telah mendapat manfaat daripada teknik pengajaran yang diperoleh dari HESA.  Untuk maklumat lanjut tentang HESA, lawati: https://educators.honeywell.com/

Source: Honeywell
Keywords: Aerospace/Defense Computer/Electronics Education Socially Responsible Investing