omniture

Hotel Sunrise Kempinski, Beijing & Pulau Yanqi Berjaya Laksanakan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga G20 China 2016

Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island
2016-07-11 08:57 672

BEIJING, 11 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga G20 China 2016 berjaya disempurnakan di Hotel Sunrise Kempinski, Beijing & Pulau Yanqi dari 29 -30 Jun 2016. Ini merupakan kejayaan ketiga pasukan Kempinski melaksanakan misi mereka menganjurkan forum global selepas APEC 2014 dan "Persidangan Mengenali China" pada 2015.

Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga G20 China 2016
Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga G20 China 2016

Hotel Sunrise Kempinski Beijing & Pulau Yanqi, sebagai destinasi forum persidangan antarabangsa baharu, telah terpilih untuk melaksanakan persidangan ke-11 G20. Kempinski mempunyai sejarah 100 tahun, 23 daripadanya dalam pasaran China, menjadikan Kempinski begitu memahami China dan budayanya.  Keseluruhan pasukan pengurusan memastikan misi G20 2016 berjaya dilaksanakan.

Di Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga G20, lebih 300 perwakilan dari ahli G20, negara-negara jemputan, serta organisasi antarabangsa menghadiri mesyuarat ini.  Setiausaha Agung PBB Shamshad Akhtar dan beberapa Pemimpin Kanan Cina turut mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut.

Acara ini mendapat penilaian dan penghargaan yang tinggi kerana ia teratur dan tersusun rapi.

"Kami diberikan penilaian dan penghargaan yang tinggi oleh semua tetamu kehormat antarabangsa dan pemimpin daripada kerajaan Beijing kerana perkhidmatan yang berkualiti tinggi yang diberikan oleh pasukan Kempinski kami," kata Brice Pean.

Kejayaan Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga G20, yang diadakan di destinasi ini dan diuruskan oleh Kempinski, menjadi satu lagi kejayaan Kempinski selama 23 tahun berada di China.

Hotel Sunrise Kempinski, Beijing & Pulau Yanqi telah sekali lagi membuktikan kepada dunia yang kami berupaya menyampaikan citarasa Eropah yang disulami kemewahan.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160706/0861606769

 

Source: Sunrise Kempinski Hotel, Beijing & Yanqi Island
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel