omniture

V E Hotel & Residence Bangsar South, Hotel Kemegahan 4 Bintang Baharu Dibuka Di Kuala Lumpur, Malaysia

Menyediakan kemudahan, keselesaan dan akses mudah buat pelancong perniagaan di Bangsar South, sebuah hab komersial dan gaya hidup yang kian berkembang maju di kota KL
V E Hotel & Residence Bangsar South
2016-07-11 14:40 1209

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Julai 2016 /PRNewswire/ -- V E Hotel & Residence Bangsar South (V E Bangsar South) ialah jenama hotel 4 Bintang baharu yang pertama kali diperkenalkan di hab komersial dan gaya hidup dinamik Kuala Lumpur - Bandar Bangsar South. Dengan sejumlah 337 buah bilik mewah dan bilik suite penjuru yang serba lengkap berserta 90 bilik kediaman hotel berservis dan berkelengkapan penuh yang mempunyai satu serta dua buah bilik tidur, hotel ini merupakan satu pilihan tambahan yang amat tepat buat kawasan yang semakin berkembang maju di tengah-tengah kota KL ini.

Amat sesuai untuk pelancong komersial dan kumpulan perniagaan yang bijak, V E Bangsar South direka dengan ciri-ciri kepekaan moden yang memberi tumpuan terhadap penyediaan keperluan yang tepat, seperti katil yang besar, sambungan WiFi yang bagus, kemudahan dan ameniti yang amat teliti, perkhidmatan yang penuh perhatian serta lokasi yang strategik. Terletak berdekatan dengan KL Sentral, stesen Transit Aliran Ringan utama di bandar ini yang menghubungkan terus ke kereta api ekspres yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hotel ini menyediakan kemudahan dan keselesaan untuk bergerak.

Direka dengan penuh teliti, V E Bangsar Selatan menampilkan ruang lobi yang luas berserta tiga kaunter penyambut tetamu bagi menjamin proses daftar masuk yang pantas. Tetamu boleh memilih bilik mewah, bilik suit atau bilik mewah perniagaan yang menyediakan akses kepada kemudahan istirehat yang bersifat peribadi. Selain itu, para tetamu boleh menempah kediaman hotel yang mempunyai satu atau dua buah bilik tidur dengan kemudahan daftar masuk dan lif yang berasingan.

Ruang lobi yang luas direka dengan warna-warna hangat, mengelilingi skrin buluh yang elegan
Ruang lobi yang luas direka dengan warna-warna hangat, mengelilingi skrin buluh yang elegan
Bilik-bilik direka dengan penuh keselesaan dalam palet yang menenangkan agar tetamu boleh berehat & bersantai
Bilik-bilik direka dengan penuh keselesaan dalam palet yang menenangkan agar tetamu boleh berehat & bersantai

Untuk menjamu selera, menikmati hiburan dan kesejahteraan, hotel tersebut turut menyediakan podium gaya hidup yang terletak di tingkat 5. Direka dengan gaya pancuran air yang mengagumkan, podium ini menempatkan restoran hotel untuk menjamu selera sepanjang hari, dikenali sebagai The Straits Estate, berserta 3 bilik menjamu selera peribadi, sebuah bar kawasan terbuka dan ruang istirehat, kolam yang amat luas, serta gimnasium yang serba lengkap dan dibuka 24 jam. Reka bentuk podium ini memperlihatkan elemen praktikal pintar yang menyediakan segala kemudahan pintar dengan capaian mudah pada satu tingkat agar para tetamu dapat mengakses pelbagai kemudahan hotel tersebut dengan mudah.

Pandangan panorama dari kolam hotel yang amat luas
Pandangan panorama dari kolam hotel yang amat luas

Untuk mengadakan mesyuarat dan sebarang acara, V E Bangsar South terletak berhampiran dengan Pusat Persidangan & Acara Connexion, pengurus acara yang terkemuka yang mengurus kemudahan yang memiliki pelbagai fungsi menarik dan mampu memuatkan sehingga 2,000 peserta, selain mudah diakses terus dari hotel.

Ketahui lebih lanjut di
www.vehotel.com
facebook.com/VEBangsarSouth
Instagram.com/VEBangsarSouth

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160705/8521604388-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160705/8521604388-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160705/8521604388-c

Source: V E Hotel & Residence Bangsar South
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion New products/services