omniture

Telkomsel Pilih Spam Shield Xura bagi Pengesanan dan Penapisan Spam SMS yang Canggih

Xura, Inc.
2016-07-11 19:29 525

WAKEFIELD, Massachusetts, 11 July 2016 /PRNewswire/ --

Teknik pengesanan mesej yang canggih mampu mengesan sehingga lapan kali ganda lebih banyak spam berkaitan mesej SMS berbanding sebelum ini agar dapat melindungi pelanggan dengan lebih baik daripada spam dan penipuan 

Hari ini, Xura, Inc. (NASDAQ: MESG), penyedia utama bagi perkhidmatan komunikasi digital, mengumumkan jalinan kerjasamanya dengan Telkomsel, peneraju pasaran bagi perkhidmatan telekomunikasi di Indonesia, bagi membantu melindungi seramai 153 juta pelanggan bagi pihak pengendali daripada spam SMS. Telkomsel memilih Spam Shield daripada Xura untuk mengawal perkhidmatan pemesejan dalam rangkaian mereka, bagi mengesan kempen pemesejan yang tidak diminta secara automatik dan menyekat mesej yang tidak diingini, bagi melindungi pelanggan daripada kebanyakan ancaman menerusi teknik pengesanan yang dinamik.

Lambakan spam dan trafik penipuan didapati semakin bertambah dan berubah-ubah, yang terbukti sukar untuk dikesan serta dikawal oleh pihak pengendali. Dengan hanya sistem penapisan SMS asas yang disediakan, 30% daripada mesej spam sebelum ini tidak dapat dikesan menerusi rangkaian Telkomsel dan keupayaan pengesanan yang lebih canggih terhadap mesej yang tidak diminta ini adalah amat penting bagi menurunkan angka ini.

Spam Shield menyediakan fungsi pengesanan spam dan kawalan polisi yang dinamik, menerusi proses pembelajaran yang sentiasa beradaptasi dengan cabaran yang terus berubah-ubah yang dicetuskan oleh spam kepada pelanggan dan juga jenama serta reputasi pengendali. Proses pembelajaran ini memberikan penyelesaian yang semakin bertambah baik dan berkesan serta berubah-ubah pada masa sebenar, seperti mana ciri-ciri yang dimiliki oleh spam, bagi mengubah suai penapis spam dan juga kawalan polisi seperti yang diperlukan.

Xura telah pun menjalin kerjasama yang kukuh bersama Telkomsel, menerusi pemasangan SMSC dan MMSC untuk pihak pengendali sebelum ini, selain menyediakan perkhidmatan penjana hasil yang meraih anugerah dan inovatif seperti Collect SMS yang diperkenalkan oleh rangkaian. Spam Shield dengan ciri-ciri pengurusan laluan kelabu dipilih berikutan kejayaan Bukti Konsep bagi kemampuannya untuk mengurus kedua-dua perlindungan spam daripada perkhidmatan mudah alih dan yang dihentikan oleh perkhidmatan mudah alih di seluruh negara, menerusi penyelesaiannya yang tinggi prestasi.  

Naib Presiden IT VAS Telkomsel dan Penyelesaian serta Pengurusan Perkhidmatan Korporat, Asep Y Septiana berkata: "Spam Shield dapat memudahkan proses dan mengurangkan campur tangan manusia yang sebelum ini diperlukan untuk mengendalikan dan mengurus proses penapisan, memandangkan tiada keperluan untuk mengkonfigurasi peraturan penapisan secara manual. Ini juga memudahkan pihak Telkomsel untuk melindungi pelanggan, selain memastikan penghantaran perkhidmatan pemesejan penting yang tepat pada masanya, seperti pemberitahuan PIN, sambil menjalankan pengewangan penggunaan pemesejan secara komersial dengan betul. Kemampuan Spam Shield untuk menyaring mesej laluan kelabu membolehkan kami menjual iklan SMS menerusi saluran yang sesuai, dan mengewangkan mesej berkaitan OTT melalui saluran borong yang betul. Ini bukan sahaja dapat membuka aliran pendapatan baharu buat kami, malah turut memberikan pengalaman keseluruhan yang lebih baik dan kepuasan yang lebih hebat buat pelanggan."

"Menerusi Spam Shield daripada Xura, Telkomsel mampu melaksanakan fungsi penapisan mesej yang canggih, yang boleh mengesan sehingga lapan kali ganda mesej berkaitan spam berbanding teknik penapisan biasa yang disediakan dalam pasaran, termasuk juga spam yang diterima melalui perkhidmatan pemesejan IP/OTT. Produk ini menyediakan ciri-ciri kefleksibelan yang diperlukan untuk mengasingkan mesej spam positif yang palsu, menawarkan teknik pengesanan kempen SMS yang automatik dan sekatan spam berasaskan algoritma heuristik pada sistem yang diperlukan untuk mengatasi serangan spam yang dinamik," kata David Khoo, Naib Presiden Kanan & Pengarah Urusan APAC di Xura. "Kesemua maklumat ini boleh dilihat dan dikesan melalui instrumen pelaporan spam kami, Xura Analytics, agar Telkomsel dapat menganalisis serta bertindak seperti yang diperlukan pada masa sebenar."

Telkomsel turut mengguna pakai Xura Analytics yang menyediakan GUI yang fleksibel untuk tujuan pelaporan dan analisis. Spam Shield mula digunakan dalam rangkaian Telkomsel pada Mei tahun ini, dalam jadual penempatan sepanjang empat bulan, bagi menyediakan liputan ke seluruh negara buat 153 juta pelanggan prabayar dan pascabayar Telkomsel.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang produk keselamatan rangkaian Xura termasuk Spam Shield dan Signaling Fraud Management, sila layari http://www.xura.com atau emelkan kepada: contactxura@xura.com.

Latar Belakang Xura, Inc.  

Xura, Inc (NASDAQ: MESG) menawarkan portfolio penyelesaian perkhidmatan digital yang memungkinkan komunikasi global menerusi pelbagai peranti mudah alih dan platform. Kami membantu penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP) dan syarikat-syarikat perusahaan menavigasi dan meraih keuntungan daripada ekosistem digital bagi mewujudkan pengalaman yang inovatif dan baharu melalui tawaran berasaskan awan daripada kami. Penyelesaian kami memberi manfaat kepada lebih tiga bilion individu menerusi lebih 350 penyedia perkhidmatan dan syarikat-syarikat perusahaan di lebih 140 buah negara. Kunjungi kami di Xura.com.

Latar Belakang Telkomsel (http://www.telkomsel.com)
Telkomsel ialah pengendali perkhidmatan mudah alih terbesar di Indonesia, yang memiliki lebih 153 juta pelanggan. Bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kami di seluruh Indonesia, termasuk kawasan pedalaman, pulau-pulau di sekitarnya dan kawasan sempadan, Telkomsel membangunkan lebih 116,000 BTS. Telkomsel melaksanakan pelan hala tuju teknologi secara tekal yang melibatkan 3G, HSDPA, HSPA +, selain merupakan pengendali perkhidmatan mudah alih pertama di Indonesia yang melancarkan perkhidmatan LTE 4G secara komersial. Bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik buat pelanggan, Telkomsel mengendalikan pusat panggilan selama 24 jam dan lebih 400 pusat khidmat GraPARI di seluruh Indonesia.

Kenyataan Jangkaan 

Siaran media ini mengandungi "kenyataan jangkaan". Kenyataan jangkaan termasuk kenyataan berkaitan rancangan dan objektif bagi operasi masa depan, kenyataan tentang prestasi ekonomi masa depan serta kenyataan tentang andaian yang berkaitan dengannya. Dalam beberapa keadaan, kenyataan jangkaan boleh dikenal pasti dengan penggunaan istilah seperti "mungkin," "menjangka", "merancang", "menganggarkan", "mengira-ngira", "percaya", "berpotensi", "mengunjurkan", "meramalkan", "berhasrat", mahupun maksud berlawanan atau istilah yang seerti dengannya. Secara umumnya, kenyataan jangkaan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian serta faktor-faktor penting yang lain, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, prestasi dan jangka masa kejadian berbeza dengan ketara daripada yang dijangkakan, dinyatakan atau dipertimbangkan oleh kenyataan jangkaan dalam siaran media ini. Risiko dan ketidakpastian yang dibincangkan di atas, seperti mana aspek-aspek lain turut dibincangkan dengan lebih terperinci dalam fail kami bersama SEC. Dokumen dan laporan yang kami failkan dengan SEC boleh diperoleh daripada kami, atau melalui laman sesawang kami, http://www.Xura.com, ataupun melalui sistem Pengumpulan, Analisis dan Dapatan Semula Data Elektronik SEC (EDGAR) melalui http://www.sec.gov.

Sumber: Xura, Inc.

Source: Xura, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:MESG
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology VoIP Licensing/marketing agreements