omniture

Thomsons Online Benefits Peroleh Kedudukan Terbaik bagi Pertumbuhan Jangka Panjang Perniagaan SaaS

Thomsons Online Benefits
2016-07-11 22:08 716

LONDON, 11 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Darwin™ mantapkan kedudukan peneraju dalam pasaran HCM global bernilai $10bn yang pantas berkembang Thomsons Online Benefits ("Thomsons" atau "Syarikat"), penyedia SaaS (Perisian sebagai Perkhidmatan) bagi perisian faedah kakitangan global dan pengambilan pekerja, mengumumkan keputusan penilaian tahun penuh selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015.

Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150610/748352

Butiran penting operasi  

  • Darwin™ diiktiraf sebagai penyelesaian pengurusan faedah pekerja dan teknologi pengambilan pekerja peringkat global untuk pasaran Pengurusan Modal Insan (HCM)
    • Pengguna akhir Darwin™ meningkat 60%
    • Tujuh daripada 10 syarikat teknologi global dan enam daripada 10 jenama terbaik global menggunakan Darwin™
    • Darwin™ disediakan di lebih 80 buah negara menerusi 25 bahasa
  • Tiga daripada penyedia perkhidmatan HCM terbesar dan paling disegani kini merupakan rakan global utama: ADP, Xerox Global Benefits Services dan Mercer
  • 98% pengekalan pelanggan berjaya dikekalkan, dengan 100% terdiri daripada pelanggan Perusahaan
  • Hubungan lanjutan bersama NGA Human Resources, termasuk Perusahaan Eropahnya dan perniagaan di Asia.

Butiran penting kewangan 

  • Pendapatan sebanyak £32.4 juta (2014: £32.0 juta) memperlihatkan transformasi kepada perniagaan perkhidmatan berdasarkan langganan SaaS Global daripada perniagaan pembrokeran perkhidmatan penuh UK, teknologi serta pentadbiran
    • Pertumbuhan CAGR sebanyak 33% bagi pendapatan berkaitan perisian sejak tahun 2012
    • Pendapatan SaaS mencecah 36% - didorong oleh EMEA yang lebih luas dan pelanggan Perusahaan Global dari pelbagai negara
    • 50% daripada tempahan SaaS menerusi persetujuan Perusahaan Global dari pelbagai negara
    • Pendapatan antarabangsa mencecah sehingga 54% - kini mencakupi hampir 20% jumlah pendapatan
  • EBITDA* £4.5 juta (2014: £5.7 juta) memperlihatkan peralihan perniagaan
  • EBITDA* kadar tukaran tunai sebanyak 141%
  • Kunci kira-kira yang kukuh berserta jumlah tunai sebanyak £12.3 juta (2014: £12.6 juta)

Ramalan  

  • Rancangan tahun 2016 yang kukuh -- dalam kedua-dua EMEA dan Perusahaan Global
  • Kerjasama baharu mewujudkan skala dan menyediakan saluran baharu – mendorong jualan
  • Nilai hasil yang ketara** sebanyak £141 juta selama lima tahun akan datang, berdasarkan kadar pembaharuan semasa

*EBITDA ialah pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan

**Nilai hasil selama lima tahun akan datang terdiri daripada hasil berkontrak daripada pelanggan sedia ada, berdasarkan kadar pembaharuan pelanggan terdahulu, berserta hasil bayaran berulang bagi kontrak perkhidmatan yang akan dilaksanakan dengan para pelanggan ini, berdasarkan prestasi terdahulu  

Michael Whitfield, Ketua Pegawai Eksekutif mengulas:

"Hanya dalam tempoh tiga tahun, kami berjaya mengubah Thomsons daripada sebuah operasi domestik yang sebahagian besarnya berasaskan komisyen, kepada perniagaan SaaS multinasional yang berskala tinggi. Kami telah membuat pelaburan yang besar dalam perniagaan bagi menggalakkan peningkatan skala, kekal meraih keuntungan sepanjang proses peralihan kami dan mengukuhkan kedudukan platform kebanggaan kami, Darwin™ sebagai peneraju industri peringkat global.

"Tahun 2015 merupakan tahun yang hebat buat kami. Terdapat peningkatan ketara dari segi jumlah pelanggan kami yang melanjutkan penggunaan Darwin™ di peringkat antarabangsa. Ini memperlihatkan permintaan dari pihak kakitangan yang mahukan tawaran faedah mereka diberikan secara digital dengan cara yang amat mudah diakses, selamat dan menarik, serta permintaan majikan untuk mengawal risiko dan kos ketika perniagaan mereka berkembang pesat di luar wilayah asal mereka.  

"Tahun 2015 juga menyaksikan perubahan drastik dari segi strategi oleh rakan kongsi kami ketika kami memperoleh beberapa rakan kongsi pengedaran multinasional penting, yang dapat membantu menggalakkan pertumbuhan kami selama lima tahun akan datang. 

"Pasaran HCM masih terus tertarik dengan teknologi berasaskan awan bagi mendorong tahap kecekapan melalui pengautomatan, penyediaan pengalaman pekerja tahap pengguna dan juga analitik berpusat.

"Faedah pekerja ialah satu kategori yang membolehkan sesebuah organisasi memperoleh kelebihan daya saing yang signifikan, dan Darwin™ telah menjadi peneraju pasaran terbaik dalam menyediakan penyelesaian yang diperlukan ini.  

"Kami memiliki momentum sebenar, dengan rancangan jualan yang mantap yang kami jangkakan dapat terus berkembang dengan pesat dan menghasilkan tempahan baharu, khususnya apabila rakan kongsi kami mendapat sambutan dan kami pula dapat meningkatkan jumlah kejayaan perniagaan baharu menerusi mereka." 

"Perisian Darwin™ Thomsons telah mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia sebagai produk terbaik. Menerusi rekod kewangan kami yang kukuh, penuh stabil dengan logo terbaik dunia berserta strategi SaaS yang berskala tinggi dan mantap, kami kini bersedia untuk menikmati fasa yang paling berjaya setakat ini."

Nota untuk Editor 

Thomsons merupakan penyedia global bagi faedah pekerja dan perisian pengambilan kakitangan peringkat global. Perisian kami yang merangkul anugerah, Darwin™, ialah platform utama global yang menyediakan urusan pentadbiran faedah kakitangan secara menyeluruh dan automatik. Perisian ini menghubungkan kakitangan dengan faedah yang diterima oleh mereka sepanjang kehidupan mereka, di lebih 80 buah negara dan 25 bahasa, selain dimanfaatkan oleh majikan utama dunia, termasuk tujuh daripada sepuluh syarikat teknologi terbaik.

Darwin™ menyediakan penyelesaian khusus bagi memenuhi pelbagai keperluan faedah pekerja dan ganjaran termasuk penglibatan pekerja, pengurusan risiko, pengawalan kos, dan penyelarasan urusan pentadbiran faedah.

Thomsons telah menerima anugerah industri kali ke-103nya, termasuk anugerah emas Brandon Hall Group yang berprestij bagi kategori Kemajuan Terbaik dalam Teknologi Ganjaran dan Pengiktirafan.

Thomsons memiliki beberapa buah pasukan di UK, Romania, Singapura dan juga AS bagi memudahkan penyediaan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan globalnya.

Sebarang Pertanyaan:

Thomsons Online Benefits
+44 (0) 203 328 4000
Michael Whitfield, Ketua Pegawai Eksekutif
Paul Smolinski, Ketua Pegawai Kewangan

Instinctif Partners
+44 (0) 207 457 2020
Adrian Duffield / Lauren Foster

Sumber: Thomsons Online Benefits

Source: Thomsons Online Benefits
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Earnings Earnings projections or forecasts