omniture

Lebih 300 Tablet Pen Wacom Dipasang di 126 Cawangan Citibank Korea bagi Urusan Pemprosesan Dokumen Elektronik

Wacom
2016-07-14 11:00 808

Penyelesaian tablet pen digital Wacom yang terbukti dapat meningkatkan kepuasan pelanggan dengan memendekkan tempoh pemprosesan

SEOUL, Korea Selatan, 14 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Wacom Co., Ltd. hari ini mengumumkan sebanyak 317 unit DTU-1141 telah dipasang di cawangan-cawangan Citibank Korea Inc. bagi urusan pemprosesan dokumen elektronik termasuk tandatangan digital, agar dapat meneruskan inisiatif syarikat ke arah perkhidmatan tanpa kertas sepenuhnya dan memendekkan tempoh pemprosesan demi mewujudkan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Wacom DTU-1141 dilaksanakan di Citibank Korea
Wacom DTU-1141 dilaksanakan di Citibank Korea

Citibank Korea Inc. kini menawarkan "Perkhidmatan Aplikasi Jarak Jauh Citi", iaitu perkhidmatan tanpa kertas terbaik yang membolehkan pelanggan memohon pembukaan akaun baharu dan pengeluaran kad sebelum mengunjungi cawangan Citibank. Pelanggan boleh mengisi borang permohonan terlebih dahulu melalui PC atau telefon pintar dan seterusnya mengunjungi cawangan terdekat bagi menandatangani dokumen pada tablet Wacom. Setelah melalui proses pengesahan identiti peribadi yang mudah, pengguna boleh terus menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Dengan memperkenalkan penyelesaian tanpa kertas, Citibank Korea bukan sahaja dapat meningkatkan pengalaman pengguna menerusi tempoh pemprosesan yang lebih singkat serta tahap keselamatan yang lebih baik, malah dapat mengurangkan kos penyimpanan serta pengurusan dokumen kertas.

"Inisiatif CitiBank Korea bagi menjalankan operasi tanpa kertas adalah suatu yang menempa sejarah dalam industri kewangan di Korea, dan kami amat teruja kerana penyelesaian Wacom dipilih untuk sistem ini," kata Shigeki Komiyama, Naib Presiden Eksekutif Wacom Co., Ltd. "Dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran kami selama berpuluh-puluh tahun dalam penyelesaian tanpa kertas, kami berhasrat untuk memperluaskan pengaruh e-dokumentasi ke seluruh Asia."

Selama hampir tiga dekad, Wacom telah menyediakan penyelesaian tanpa kertas yang dapat menjimatkan kos serta masa, selain meningkatkan tahap keselamatan untuk pelbagai industri termasuk sektor penjagaan kesihatan, hospitaliti & pelancongan, insurans dan juga sektor awam.

DTU-1141 Wacom yang disediakan untuk Citibank Korea ialah tablet pen baharu dengan LCD warna terang 10.6" yang mampu menyokong pelbagai resolusi, termasuk HD penuh (1920x1080). Skrinnya yang berkualiti premium membolehkan pelanggan melihat dokumen dengan jelas dan berasa yakin apabila menurunkan tandatangan. Permukaan skrin yang bersadur keras dan antisilau memberikan kemudahan yang seakan-akan pen pada kertas untuk pengguna selain mampu berfungsi dalam keadaan pencahayaan yang berbeza. Selain itu, penyulitan RSA/AES yang terkini turut disertakan bagi memastikan urus niaga yang akan dijalankan adalah selamat dan terjamin. Hasil daripada saiznya yang kompak, DTU-1141 mudah dikonfigurasikan menerusi pelbagai keadaan.

Tonton video
Baca kajian kes

Latar Belakang Wacom

Diasaskan pada tahun 1983, Wacom ialah sebuah syarikat bertaraf global yang berpusat di Jepun (Bursa Saham Tokyo 6727) yang mempunyai beberapa buah anak syarikat dan pejabat bersekutu di serata dunia bagi menyokong usaha pemasaran dan juga pengedaran di lebih 150 buah negara. Wawasan Wacom untuk lebih mengeratkan antara manusia dan teknologi melalui teknologi antara muka semula jadi telah menjadikannya sebagai pengeluar utama dunia bagi tablet dan paparan pen interaktif, selain stilus dan penyelesaian digital bagi tujuan menyimpan dan juga memproses tandatangan digital. Teknologi termaju pada peranti input Wacom yang intuitif digunakan untuk mencipta antara seni digital paling menarik, filem, kesan khas, fesyen dan juga rekaan di seluruh dunia, selain memberikan teknologi antara muka utama kepada syarikat dan pengguna di kediaman bagi mengekspresikan personaliti mereka. Penyelesaian e-Tandatangan daripada Wacom dimanfaatkan oleh pelbagai segmen aplikasi yang amat mementingkan pencapaian aliran kerja digital dengan tahap keselamatan yang tinggi, seperti: POS, e-Pembayaran, pasport elektronik, insurans, perbankan dan daftar masuk hotel.

Sebarang maklumat lanjut tentang penyelesaian kami, sila kunjungi http://business.wacom.com.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Kelly Chung
Wacom Singapore
Tel: +65-9232-9627
E-mel: kelly.chung@wacom.com.sg

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160712/8521604499
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160607/8521603701LOGO-b

Source: Wacom
Related Stocks:
OTC:WACMY Tokyo:6727
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce