omniture

Thailand Tingkatkan Mutu e-Pembayaran ke Peringkat Global

Ascend Group Co.,Ltd.
2016-07-14 11:00 604

BANGKOK, 14 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Pembayaran Elektronik atau e-Pembayaran mungkin agak baru bagi ramai orang namun ia semakin mendapat tempat disebabkan oleh ciri-ciri kemudahan dan keselamatannya. Kerajaan Thailand tidak terkecuali menggunakan perkhidmatan ini dan melancarkan Pelan Induk e-Pembayaran Nasional bagi meningkatkan taraf hidup penduduk Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutif Ascend Group Punnamas Vichitkulwongsa, selaku pengerusi Persatuan e-Pembayaran Thailand (TEPA)
Ketua Pegawai Eksekutif Ascend Group Punnamas Vichitkulwongsa, selaku pengerusi Persatuan e-Pembayaran Thailand (TEPA)

Ketua Pegawai Eksekutif Ascend Group Punnamas Vichitkulwongsa, selaku pengerusi Persatuan e-Pembayaran Thailand (TEPA), berkata Thailand kini sedang menuju era pembayaran digital. Tunai dalam bentuk digital telah menjadi perkara biasa bagi negara-negara maju seperti yang dapat dilihat di Sweden, iaitu hanya 4.4% penduduknya menggunakan wang tunai, Kanada sebanyak 19.5%, Amerika Syarikat sebanyak 29.0%, malah Singapura sebanyak 30.5%. Sebaliknya, negara-negara sedang membangun kebanyakannya masih menggunakan wang tunai, dengan Filipina sebanyak 98.1%, Indonesia sebanyak 99.9%, India sebanyak 99.78%, manakala Thailand sebanyak 98.5%.   

Penggunaan tunai yang tinggi mencetuskan kos pengurusan yang besar serta cabaran terhadap akses kepada wang tunai. Wang tunai yang dibawa dalam jumlah yang terlalu banyak untuk membuat pembayaran akan menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan dan wang tunai boleh membawa kepada rasuah memandangkan penggunaannya boleh mengelakkan cukai. Selain itu, urus niaga tunai memerlukan dokumentasi seraya mengehadkan kecekapan dalam pengurusan kewangan.

Hasilnya, pelbagai sektor telah bergabung tenaga demi mendorong pelaksanaan Pelan Induk e-Pembayaran Nasional yang melibatkan 5 faktor utama:

  1. PromptPay membolehkan orang ramai membuat pemindahan wang dengan hanya menggunakan 13 digit nombor kad pengenalan. Pendaftaran bermula pada suku ketiga tahun 2016 dan akan turut melibatkan pendaftaran nombor telefon tidak lama lagi.
  2. Menggantikan penggunaan tunai dengan kad dan e-Pembayaran dengan menyediakan sistem Rakam Data Elektronik (EDC) untuk kedai-kedai di seluruh negara menjelang suku ketiga tahun ini.
  3. Sebaik sahaja e-Pembayaran semakin banyak digunakan, audit cukai akan menjadi lebih cekap dan keperluan terhadap dokumen pula semakin berkurangan, dengan ini segala urusan dapat diselaraskan. Usaha ini harus diperkenalkan pada suku keempat.
  4. Sistem e-Pembayaran negeri akan digunakan untuk memberi wang kebajikan melalui kempen PromptPay.
  5. Pendidikan dan sokongan terhadap urus niaga elektronik adalah usaha penting untuk membantu rakyat Thailand mengetahui, memahami dan menggunakan perkhidmatan e-Pembayaran dengan berkesan.

Pada separuh kedua tahun 2016, pemindahan wang boleh dibuat melalui skim PromptPay. Pemindahan wang rentas wilayah yang dahulunya dijalankan di bank-bank komersial, selain membuang masa dan wang, kini digantikan dengan Perbankan Internet, namun masih berhadapan dengan kekangan akses. Kini, PromptPay akan memudahkan proses tersebut dan memastikan kos urus niaga yang amat rendah buat pengguna dan juga bank komersial.

Ini merupakan perubahan besar terhadap sistem kewangan Thailand, namun perkara yang turut diperlukan ialah pengemaskinian kaedah-kaedah dan peraturan yang mengawal sektor ini, pembangunan pelbagai infrastruktur dan sistem sokongan, selain jaminan terhadap keselamatan teknologi yang akan digunakan.

e-Pembayaran merupakan satu agenda negara yang memerlukan jalinan kerjasama daripada semua pihak. Semuanya bermula melalui pendaftaran untuk PromptPay pada Julai ini. Ini akan membuka jalan untuk membawa pembaharuan ke Thailand dan mencetuskan perubahan positif untuk membantu membawa negara ini menuju era digital.

Maklumat Perhubungan:

Saengduan Sidaeng
Ascend Group Co.,Ltd.
Tel. +668-5805-8550 
E-mel: Saengduan.sid@ascendcorp.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160712/8521604506

Source: Ascend Group Co.,Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service