omniture

Lanson Place Perkenal Hartanah Kelima di Zon Perdagangan Bebas Waigaoqiao Shanghai

One Sunland Serviced Suites diuruskan oleh Lanson Place
Lanson Place Hospitality Management Limited
2016-07-14 19:33 854

HONG KONG, 14 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hospitality Management Limited ("Lanson Place"), sebuah jenama pengurusan hospitaliti mewah Asia yang berpangkalan di Hong Kong, dengan bangganya mengumumkan perasmian One Sunland Serviced Suites yang diuruskan oleh Lanson Place yang terletak di Zon Perdagangan Bebas Waigaoqiao di Pudong, Shanghai.

Kediaman Satu Bilik Tidur One Sunland Serviced Suites diuruskan oleh Lanson Place
Kediaman Satu Bilik Tidur One Sunland Serviced Suites diuruskan oleh Lanson Place

Terletak hanya beberapa minit dari kawasan Waigaoqiao yang semakin pesat membangun, One Sunland Serviced Suites diuruskan oleh Lanson Place menyediakan penginapan gaya moden yang amat sempurna buat golongan ekspatriat yang ditempatkan di Zon Perdagangan Bebas. Kediaman ini terletak dalam jarak berjalan kaki ke Stesen Metro Zhouhai Road di Metro Line 6, yang menghubungkan pusat bandar Shanghai dengan mudah. Sebuah pusat membeli belah utama, Sekolah Antarabangsa Harrow, Pusat Pertukaran Budaya Perdagangan Antarabangsa Shanghai Waigaoqiao, serta kompleks golf yang amat luas juga terletak di kawasan berdekatan.

Sebagai gambaran yang indah terhadap gaya hidup yang bertenaga dan keselesaan kediaman, hartanah ini menyediakan sejumlah 188 unit, merangkumi studio yang selesa serta dupleks tiga bilik tidur yang luas berukuran 66 hingga 228 meter persegi, yang mampu menempatkan penghuni yang memiliki saiz dan keperluan keluarga yang berbeza. Kesemua unit pangsapuri ini disediakan khusus untuk menawarkan penghuninya dengan keselesaan sebenar seperti berada di kediaman sendiri, dihiasi palet neutral yang mendamaikan, serta sentuhan kontemporari yang bijak. Kemudahan pangsapuri tersebut merangkumi dapaur yang serba lengkap, televisyen LED dan sistem teater rumah, lantai yang dipanaskan, TV satelit, dan juga sambungan internet jalur lebar tanpa wayar. Hartanah ini turut direka dengan penuh teliti dilengkapi pelbagai kemudahan riadah yang amat sesuai buat golongan ibu bapa yang bekerja serta keluarga mereka, seperti bilik senaman dengan sauna dan jakuzi, stesen perniagaan, ruang istirehat untuk penghuni, meja pool, pusat permainan video, bilik permainan kanak-kanak serta bilik mesyuarat pelbagai guna.

En. Marc Hediger, Ketua Pegawai Eksekutif Lanson Place berkata, "Kami teruja kerana dapat membawakan projek kelima kami ini ke Zon Perdagangan Bebas Waigaoqiao di Shanghai, yang hanya terletak bersebelahan dengan Taman Teknologi Tinggi Zhangjiang dan Taman Perindustrian Jinqiao. Sebagai pangsapuri berservis mewah pertama yang dibangunkan di Zon Perdagangan Bebas, hartanah kami akan merancakkan pembangunan industri di zon ini dengan menarik lebih banyak syarikat perusahaan multinasional untuk bertapak di sini, berserta barisan pakar dan kakitangan berbakat mereka. Ini juga merupakan satu peluang besar buat kami untuk mengubah kawasan Waigaoqiao sebagai komuniti baharu yang bertaraf antarabangsa, yang turut menempatkan kediaman, kawasan perniagaan, kompleks membeli belah dan juga sekolah."

En. Jimmy Yu, Pengurus Besar One Sunland Serviced Suites diuruskan oleh Lanson Place berkata, "Reka bentuk seni bina yang mempesonakan pada hartanah kami menggabungkan kemudahan kontemporari dengan penuh teliti, bagi menyediakan tempat bersendirian yang tenang bagi membolehkan penghuni bersantai serta berehat. Menerusi reka bentuk kediaman yang anggun dan serba baharu, kemudahan yang luas dan unggul bagi tujuan perniagaan serta riadah, dan juga keunikan perkhidmatan kami yang mesra dan tulen, kami memberi jaminan keselesaan kediaman sebenar dan privasi bersifat peribadi buat para penghuni."

Untuk maklumat lanjut tentang Lanson Place, sila layari http://www.lansonplace.com.

Latar Belakang Lanson Place Hospitality Management Limited

Lanson Place ialah sebuah anak syarikat milik penuh Wing Tai Properties Limited (Wing Tai), iaitu sebuah syarikat senaraian awam di Hong Kong (kod saham HKEx: 369). Wing Tai kini mengurus sepuluh hartanah (Wing Tai memiliki entiti dalam dua hartanah tersebut) menerusi jenama Lanson Place, terdiri daripada pangsapuri berservis mewah dan hotel butik di Shanghai, Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong.

Umumnya, hartanah Lanson Place terletak berdekatan dengan kawasan pusat perniagaan serta kawasan membeli belah dan juga hiburan yang mewah. Lanson Place bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang memberi perhatian dan dikhususkan kepada pelanggan dengan ciri-ciri kemudahan hotel mewah berserta keselesaan dan juga privasi kediaman peribadi.

Syarikat ini akan terus mengembangkan jenama Lanson Place sebagai jenama pan-Asia dan akan terus meninjau peluang pelaburan dan pengurusan khususnya di bandar-bandar pintu masuk di rantau Asia Pasifik.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Lanson Place Hospitality Management Limited.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160713/8521604529

Source: Lanson Place Hospitality Management Limited
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Hotels and Resorts Real Estate Travel New products/services