omniture

Menerajui ICT Baharu, Membangunkan IoT Dengan Kuasa Terhubung Lebih Baik

Huawei menganjurkan Sidang Kemuncak Grid Kuasa Pintar 2016 di Bangkok bersama PEA
Huawei
2016-07-15 22:21 975

BANGKOK, 15 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Huawei dan Provincial Electricity Authority (PEA) hari ini bersama-sama menganjurkan Sidang Kemuncak Grid Kuasa Pintar 2016 menerusi tema "Menerajui ICT Baharu, Membangunkan Grid Pintar Terhubung Lebih Baik". Lebih 300 pegawai eksekutif termasuk wakil-wakil daripada kerajaan Thailand dan pakar-pakar industri global menghadiri Sidang Kemuncak tersebut yang fokus untuk membantu syarikat-syarikat kuasa memajukan transformasi digital melalui ICT yang inovatif agar dapat mendorong kecekapan, pertumbuhan dan juga kelestarian.

Upacara Pengumuman Kerjasama Strategik Huawei & Pusat Inovasi PEA
Upacara Pengumuman Kerjasama Strategik Huawei & Pusat Inovasi PEA

Dalam ucapan alu-aluannya, En. Sermsakool Klaikaew, Gabenor PEA, berkata: "Sidang Kemuncak Grid Kuasa Pintar 2016 ialah satu peluang hebat buat pakar-pakar yang terlibat dalam industri utiliti kuasa dan ICT untuk meluaskan perspektif terhadap inovasi dan kemajuan dalam jaringan kuasa elektrik pintar. Selain itu, ia juga memberi pemahaman terhadap industri tenaga, kebolehan yang tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan ICT oleh sejumlah besar pakar bagi menggalakkan kolaborasi antara penyelidikan teknikal dan pembangunan industri. PEA bermatlamat untuk menyediakan kawalan lebih baik terhadap kos tenaga dan juga bekalan tenaga yang lebih andal buat para pengguna."

En. Zhang Lin, Presiden Huawei Enterprise Business Group (BG) di Asia Tenggara, berkata dalam ucapan alu-aluannya, "Bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap kuasa dan keperluan untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida, syarikat-syarikat kuasa turut meninjau model pengeluaran dan perniagaan baharu bagi menangani cabaran ini melalui cara yang mampan, andal dan menjimatkan. Transformasi digital amat penting bagi memungkinkan keupayaan baharu ini. Huawei komited membantu syarikat-syarikat kuasa di seluruh dunia meraih kemajuan dalam era ini dengan memanfaatkan pengalaman globalnya yang luas, ICT yang inovatif dan pusat inovasi bersama bagi memajukan transformasi digital mereka, selain membangunkan ekosistem terbuka dan saling menguntungkan bersama rakan kongsi yang terdapat dalam rantaian nilai industri tenaga."

Memanfaatkan Kuasa ICT bagi Membangunkan Grid Terhubung Lebih Baik

Para peserta Sidang Kemuncak tersebut bertukar-tukar pandangan tentang kemajuan industri kuasa pada masa depan. Mereka memberi tumpuan terhadap isu untuk menyusun semula industri kuasa melalui pembangunan Internet Tenaga berasaskan ICT yang inovatif termasuk teknologi Internet Semua Benda (IoT), dengan mengubah grid kuasa global kepada rangkaian yang menggalakkan perkongsian tenaga.

En. Jerry Ji, Presiden Sektor Tenaga, Huawei Enterprise BG, mengulas, "Internet Tenaga yang terhubung sepenuhnya akan memaksimumkan potensi serta nilai peralatan elektrik. Internet Tenaga akan membolehkan bandar-bandar mencapai unjuran penggunaan kuasa, peralihan beban puncak dan analisis kehilangan talian dengan tepat, di samping membolehkan penduduk menyesuaikan penggunaan kuasa mereka mengikut harga kuasa elektrik pada masa sebenar. Huawei mengguna pakai strategi '1-2-1' untuk menggalakkan transformasi digital dalam industri kuasa serta memajukan Internet Tenaga. '1' bermaksud platform pengurusan sambungan IoT dibuka sepenuhnya buat pihak ketiga dan rakan kongsi selain mencipta nilai untuk seluruh industri; '2' bermaksud dua mod sambungan - berwayar dan tanpa wayar, termasuk OneAir-IoT dan komunikasi talian Kuasa jalur lebar (PLC); dan '1' yang terakhir bermaksud sistem pengendalian IoT LiteOS yang membolehkan rakan kongsi menghasilkan produk IoT sendiri dengan pantas dan cekap."

Inovasi Bersama Memacu Pemusatan Grid Terhubung Lebih Baik dan Internet Tenaga

Sempena sidang kemuncak tersebut, Huawei dan PEA menjalin kerjasama bagi mengkaji kemungkinan penubuhan sebuah pusat inovasi yang bertujuan untuk membangunkan lebih banyak penyelesaian industri yang inovatif bagi memberi kuasa kepada grid terhubung dan juga Internet Tenaga. "Pusat Inovasi tersebut merupakan yang pertama seumpamanya oleh Huawei khusus untuk industri kuasa. Huawei telah membuat pelaburan terhadap sumber penting, termasuk pakar dan teknologi bagi membangunkan sebuah pusat inovasi. Orang ramai dapat belajar daripada pembangunan teknologi yang inovatif agar mereka dapat memperoleh pengetahuan serta kepakaran dan mengaplikasikannya bagi menyokong dasar penambahbaikan keselamatan tenaga," kata En. Wang Yifan, Pengarah Urusan Huawei Technologies (Thailand).

Huawei telah menyediakan perkhidmatan buat industri kuasa elektrik selama lebih 20 tahun. Produk dan perkhidmatannya digunakan oleh lebih 160 syarikat kuasa elektrik di 65 buah negara di seluruh dunia. Pada tahun 2014, Huawei menyarankan gagasan untuk membangunkan "grid terhubung lebih baik" buat pertama kalinya dan menjadi satu-satunya penyedia penyelesaian ICT dalam kalangan anggota Organisasi Pembangunan & Kerjasama Saling Hubung Tenaga Global (GEIDCO). Huawei akan terus bekerjasama dengan penggiat industri dan juga pelanggan bagi mewujudkan rantaian industri grid pintar serta mendorong grid terhubung lebih baik dalam era baharu menerusi inovasi bersama yang terbuka.

Sebarang maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak Grid Kuasa 2016, sila layari

http://enterprise.huawei.com/topic/Power_summit_2016_en/About-Summit.html

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160714/0861607096

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities