omniture

Prapendaftaran Dalam Talian bagi "Pameran Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China kali ke-18 (Edisi Musim Luruh)" Kini Bermula

Satu Pas, Tiga Ekspo - Kunjungi juga Ekspo Pembuatan & Bekalan Pencahayaan Guzhen 2016 serta Ekspo Perkhidmatan Perniagaan Pencahayaan Guzhen 2016
China (Guzhen) International Lighting Fair
2016-07-15 22:23 769

GUZHEN, China, 15 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Pada 22-26 Oktober 2016, Pameran Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China kali ke-18 akan diadakan secara besar-besaran di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen di Zhongshan, China.

Susun Atur Dewan Baharu Mengikut Sains
Susun Atur Dewan Baharu Mengikut Sains

Bermula pada hari ini hingga 20 Oktober 2016, para pengunjung boleh melayari laman sesawang rasmi pameran tersebut (http://www.gzlightingfair.com/en) dan membuat prapendaftaran secara dalam talian menggunakan nombor telefon bimbit mereka. Pengunjung juga berpeluang mendapat kemasukan percuma ke pameran hanya dengan mendaftar secara dalam talian. Bagi pembeli profesional dari luar negara, prapendaftaran juga membolehkan mereka menikmati pelbagai perkhidmatan VIP seperti perkhidmatan padanan perniagaan dan juga sejumlah besar insentif perjalanan yang tertentu, disediakan khusus buat pembeli luar negara.

Satu Pas untuk Tiga Ekspo--Kunjungi juga dua ekspo subsidiari baharu

Tiga Pameran Baharu turut dilancarkan serentak

Agar selari dengan trend dan keperluan pasaran, dua ekspo subsidiari baharu Pameran Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China ke-18, "Ekspo Pembuatan & Bekalan Pencahayaan Guzhen 2016" serta "Ekspo Perkhidmatan Perniagaan Pencahayaan Guzhen 2016" akan diadakan serentak oleh kerajaan tempatan dan Persatuan Industri Pencahayaan China (CALI). Bertujuan untuk meningkatkan rantaian bekalan huluan dan hiliran dalam industri pencahayaan, di samping menyediakan platform yang sesuai untuk sektor pembuatan pencahayaan serta perkhidmatan moden, kedua-dua ekspo yang ditempatkan di Dewan D dan E yang baru dibina akan mengadakan pameran sinergi dua topik dalam pembuatan pencahayaan dan perkhidmatan perdagangan eksport.

Susun atur baharu bagi memperlihatkan kategori pameran secara kolektif dan jelas

Pameran tahun ini akan diubah suai menerusi pelan lantai baharu dan juga zon yang jelas. Dewan A, dewan B dan dewan C mempamerkan produk siap termasuk lampu hiasan, lampu kediaman, lampu komersial, lampu & teknologi LED, lampu luar, produk elektrik & elektronik. Segmen Jentera & Peralatan, Aksesori Lampu & Komponen, Bahan Mentah, Pencetakan 3D akan ditempatkan di Dewan C bagi menampung rantaian bekalan huluan. Berkaitan perkhidmatan perdagangan eksport seperti Reka Bentuk, Bulatan, Kewangan akan dipamerkan secara kolektif di Dewan C.

Kesimpulannya, Pameran Pencahayaan Antarabangsa Guzhen kali ke-18 mempunyai fokus yang kukuh terhadap industri pencahayaan secara keseluruhan. Pameran ini bertindak sebagai platform perolehan lampu bersepadu yang amat menjimatkan kos dan mempunyai pelbagai pilihan produk yang melibatkan seluruh rantaian industri.

Laman sesawang: http://www.gzlightingfair.com/en

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160714/0861607009-c

Source: China (Guzhen) International Lighting Fair
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news