BEIJING, 16 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Pertandingan Kejuaraan Dunia WCA (World Cyber Arena) 2016 yang sulung akan berlangsung pada 23 Julai 2016. Ia akan disertai oleh pemain tersohor permainan Warcraft III daripada China dan Korea Selatan, termasuklah Lyn dan Infi. Kedua-dua mereka akan bertarung untuk mempertahankan maruah negara masing-masing dalam medan pertempuran.
Diasaskan pada 2014, WCA adalah pertandingan e-sukan antarabangsa yang dihoskan oleh pihak berkuasa tempatan bandar Yichuan dan Yichuan International Game Investment Co., Ltd. Pertandingan Kejuaraan Dunia WCA 2016, salah satu pertandingan dalam WCA 2016, direka untuk mewujudkan persaingan antara negara. Dengan hadiah terkumpul bernilai RMB 300,000 (USD 45,000), pertarungan pertama Pertandingan Kejuaraan Dunia WCA 2016 membawakan pemain terhandal dari China dan Korea Selatan untuk bertempur dalam Warcraft III.
"Demi Puak, Demi Sekutu," adalah slogan yang diingati jutaan peminat Warcraft kerana ia adalah sebahagian daripada zaman muda mereka. Acara global professional bertaraf tinggi ini direka untuk memenuhi jangkaan setiap pemain e-sukan, daripada golongan kasual hinggalah pemain handalan.
Pasukan penerbitan professional akan merakam keseluruhan acara WCA itu manakala pasukan yang lain pula akan terus merangka pertandingan yang menarik antara pemain China dan Korea Selatan.
Acara empat sesi itu diadakan berasaskan sistem mata terkumpul. Pusingan kedua akan berlangsung di reruai WCA di Chinajoy, ekspo hiburan digital utama China, yang akan diadakan dari 28 hingga 31 Julai di Shanghai. Peminat e-sukan dijemput untuk menonton pertandingan itu.
Selain daripada Kelayakan Pro WCA, Kelayakan Terbuka WCA, dan Kejuaraan WCA Kolej, Pertandingan Kejuaraan Dunia WCA akan terus membina pengaruh ekosistem IP WCA, menjadikan WCA sebagai pertandingan yang lebih bersifat antarabangsa.
Sebagai satu-satunya acara e-sukan bertaraf tinggi di China, WCA bukan sahaja sebagai satu platform e-sukan, tetapi sebagai jambatan yang menghubungkan para pemain e-sukan global dan mempromosikan e-sukan ke seluruh dunia.