omniture

Pemimpin E-Dagang Rusia Ulmart bakal Anjur Russia House di WEF '17

Ulmart
2016-07-18 08:00 597

ST. PETERSBURG, Rusia, 18 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Hasil daripada kejayaan penyertaan di Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) di Rusia dan Mesyuarat Tahunan Juara-juara Baharu Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Tianjin, China, Ulmart dipilih oleh kerajaan Rusia untuk mewujudkan program perniagaan yang unik sempena mesyuarat tahunan WEF di Davos, Switzerland pada Januari 2017 di lokasi yang kini secara rasminya dikenali sebagai "Russia House 2017 (RH17)".

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20151015/277241LOGO)

Dengan kerjasama Roscongress--penganjur rasmi bagi kesemua forum/persidangan ekonomi Rusia--Ulmart akan berusaha memanfaatkan kejayaan WEF 2016 ketika ia menganjurkan "Ulmart House of Innovation (UHI)."  UHI dikunjungi oleh lebih 1500 individu selama tiga hari dari 23 buah negara.

"Sebagai pemimpin dalam usaha transformasi digital yang giat dijalankan di Rusia, dan pastinya selaku peserta aktif dalam revolusi perindustrian ke-4 (IR ke-4), pengerusi lembaga kami, Dmitry Kostygin mencabar kami pada penghujung WEF tahun ini yang memperlihatkan kejayaannya, untuk memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membentuk semula imej Ulmart, bahkan mesej Rusia di WEF '17," jelas Brian Kean, Ketua Pegawai Antarabangsa Ulmart.

Seperti mana tahun lalu, Russia House akan ditempatkan di Kaffee Klatsch yang terkenal di Davos, yang terletak di Promenade 72; namun begitu, memandangkan tumpuan tahun lalu adalah terhadap Ulmart dan syarikat-syarikat digital, tahun ini, lokasi tersebut akan dibuka kepada seluruh syarikat Rusia, media dan juga beberapa pegawai kerajaan.

Selain aktiviti RH, dan juga sehingga enam perbincangan perniagaan berhubung peranan Rusia dalam IR ke-4, keadaan pelaburan semasa dan ramalan pertumbuhan ekonomi Rusia pada tahun 2017, beberapa acara kebudayaan akan turut diperkenalkan di beberapa lokasi di seluruh Davos.

"Kami merancang untuk mengetengahkan Rusia sempena WEF 2017… tanpa mengira sudut apa pun, mereka dapat melihat aspek Rusia yang amat berbeza berbanding kesalahan persepsi yang terpaksa kita hadapi ketika kita memaklumkan kisah kita kepada dunia," tambah Kostygin. "Davos '17 akan diingati sebagai tahun ketika sektor perniagaan daripada 'ekonomi baharu' Rusia bangkit ke persada dunia."

Mesyuarat tahunan WEF menyediakan sekilas pandangan terhadap dunia dan menanggapi masalah serta isu semasa.

"Mesyuarat tahunan tersebut memberi inspirasi kepada para CEO dan pemimpin dari seluruh dunia. Di RH, kami akan memanfaatkan inspirasi ini untuk terus mencipta kemajuan dan menumpukannya terhadap dunia realiti berkaitan komersial serta ekonomi, dan berharap dapat mengambil manfaat daripadanya bagi mengembangkan ekonomi Rusia," kata En. Kean. 

Source: Ulmart
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce