- Makmal canggih untuk sokongan dan latihan pembangunan proses yang lengkap dan menyeluruh
- Menggalakkan usaha kajian terhadap teknologi dan penyelesaian baharu bagi mengatasi cabaran dalam pembangunan dan pembuatan
- Persekitaran yang dinamik di hab farmaseutikal dan bioteknologi utama menggalakkan kolaborasi pelanggan bermula pada peringkat praklinikal hingga pengeluaran secara besar-besaran
DARMSTADT, Jerman, 18 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi utama, melancarkan semula rangkaian global bagi pusat kolaborasi pelanggan bagi menyediakan pelanggan dengan persekitaran yang dikongsi untuk tujuan penerokaan, bersama para saintis dan jurutera yang berusaha menangani cabaran paling sukar dalam pembuatan bio selain membantu mempercepatkan usaha penghasilan terapi baharu.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160714/389756
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160714/389757
Sebelum ini dikenali sebagai pusat latihan sains pembuatan bio, Pusat Kolaborasi M Lab™ yang baharu dan canggih ini menyediakan persekitaran pembuatan secara simulasi untuk tujuan ujikaji, pencarisilapan dan penyelesaian masalah dalam persekitaran bukan GMP, yang memupuk pembelajaran dan sokongan pembangunan proses yang lengkap dan menyeluruh. Pelanggan turut serta dalam demonstrasi produk, latihan praktikal, kerja-kerja pembuktian konsep, selain mengaplikasikan amalan terbaik dan juga pendekatan baharu bagi membangunkan, mengoptimumkan dan mengembangkan proses, serta turut memudahkan proses pemindahan teknologi global.
"Pusat-pusat ini menjadi sumber penting buat pelanggan kami dan juga industri biofarmaseutikal selama lebih dua dekad lamanya," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Life Science. "Kini diberi konsep baharu dan dibangunkan semula sebagai Pusat Kolaborasi M Lab™, kami membawakan konsep utama dalam industri ke peringkat selanjutnya. Kami menyediakan persekitaran yang unik dan memberi inspirasi yang membolehkan pelanggan meninjau cara baharu untuk meningkatkan produktiviti dan menambahbaik proses menerusi jalinan kerjasama yang erat bersama pasukan pakar kami."
Merck memperkenalkan pusat pertama yang diubah suai di Tokyo, Jepun pada 29 Jun 2016. Rangkaian tersebut, yang ditubuhkan pada tahun 1995, turut melibatkan lokasi lain di Brazil, China, Perancis, India, Singapura, Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Upacara rasmi pelancaran semula pusat-pusat tersebut di seluruh dunia akan berlangsung di sepanjang baki tahun 2016 dan 2017.
Setiap Pusat Kolaborasi M Lab™ akan mengalu-alukan kedatangan pelanggan dan rakan kerjasama daripada pihak kerajaan, ilmuwan, badan kawal selia dan persatuan industri, yang menawarkan aplikasi terhadap amalan terbaik dan perkongsian ilmu pengetahuan khusus untuk memenuhi keperluan tertentu dalam kalangan pengeluar farmaseutikal tempatan. Pelanggan berpeluang mengakses instrumen dan kaedah penentuan saiz serta simulasi, selain sokongan analitikal dan pemodelan, dan juga program pendidikan pelanggan.
Klik di sini bagi mengetahui lebih lanjut tentang Pusat Kolaborasi M Lab™ dan tonton video berkaitan kemudahan Merck.
Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini.
Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2015, hasil jualan Merck mencecah € 12.85 bilion di 66 buah negara.
Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam itu. Syarikat tersebut memegang hak global nama dan jenama Merck. Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat tersebut beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.