SHENZHEN, China, 19 Julai 2016 /PRNewswire/ -- Reed Huabo Exhibitions merupakan penganjur Ekspo Vape China. Reed Huabo Exhibitions ialah hasil usaha sama dengan Reed Exhibition, penganjur acara terkemuka dunia yang berpangkalan di UK.
Setelah berjaya menganjurkan Ekspo Vape China Pertama bermula pada 20-23 Oktober 2015 di Shenzhen. Acara tersebut berjaya menarik kira-kira 150 jenama dari China, AS, UK, Perancis, Kanada, Jerman, Rusia dan juga Malaysia. Ia turut menerima sekitar 10,000 pengunjung dari serata dunia. Laman sesawangnya: vapexpoen.reedhuabo.com
Ekspo Vape kali ke-2 akan berlangsung mulai 20-23 Oktober di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen, dengan tarikh dan lokasi yang sama seperti tahun lepas.
Kami dengan penuh bangga mengumumkan senarai syarikat yang menyertai kami:
Sigelei, Kanger, Aspire, Asmodus, VGOD, ATOM, Vpark, UK Ecig Store, Vaping Outlaws, LIQ Distribution, EU Eliquid, BMI, Element Eliquid, MHYY, Apollo, Volcano, Vapor Age, Elevate USA, The Natives, BLV, SWCH, Organic Labs, Reka Malaysia, Fizzy Kola Malaysia, Vapebro Malaysia, The Seventh Cloud, Arctic Dolphin, Athena, GreenVaper, SXK, Hotcig, BK dan juga R&C.
Dengan tujuan untuk memperluas pasaran vape di China dan mendidik sejumlah besar perokok tentang 'vaping', ekspo tersebut akan menggalakkan lebih ramai pembeli mendekati pempamer kami dan menyediakan lebih banyak faedah buat mereka, sebelum ekspo kami pada Oktober, kami akan mengadakan jerayawara peringkat kebangsaan di 5 buah bandar di China, dan membawa pempamer kami menemui pemilik kedai vape tempatan kami, ejen, pengedar dan penghisap vape di setiap bandar. Kami akan mengunjungi hampir 3,000 kedai vape di China dan mengajak mereka untuk mengunjungi acara kami di setiap bandar.
Jadual adalah seperti yang tertera:
25 Jun: Shanghai (berlangsung dengan jayanya);
27 Jul: Beijing;
27 Ogos: Shenyang;
24 Sept: Wuhan;
20-23 Okt: Shenzhen.
Terdapat juga acara B2B dan B2C di bar yang luas dan kami akan mengalu-alukan sekitar 500 pengunjung.
Agenda adalah seperti berikut:
14:00-18:00: Pameran Perdagangan B2B untuk pempamer kami. Setiap pempamer disediakan dengan sebuah kaunter bagi mempamerkan produk serta berpeluang berkomunikasi secara bersemuka dan membuat rundingan perniagaan bersama pemilik kedai vape, ejen, pengedar, pemborong, dsb.
18:00-22:00: Parti Vape B2C buat penghisap vape dan perokok yang hanya mengetahui sedikit tentang 'vaping', tetapi menunjukkan minat terhadapnya. Kami akan menganjurkan Pertandingan Awan dan Acara Trik Vaping, berserta aktiviti berdansa dan DJ yang akan memeriahkan parti tersebut.
Mana-mana pempamer yang menempah reruai berkeluasan melebihi 36 meter persegi sempena Ekspo Vape Oktober kami boleh menyertai acara kebangsaan ini secara PERCUMA.
Maklumat Perhubungan Media: Annie Jiang
Emel: anniej@reedhuabo.com
Tel. Bimbit/WhatsApp: +86 159 8680 8634
Skype: jiang.yinyuan