omniture

Telepizza Meterai Perjanjian Pemfrancaisan Induk Mulakan Operasi di Malta

Telepizza
2016-07-19 18:34 669

MADRID, 19 Julai 2016 /PRNewswire/ --

  • Ia meneruskan momentum globalnya sebagai sebuah jenama yang berkembang maju di peringkat antarabangsa
  • Telepizza memilih usahawan berpengalaman bagi memulakan operasi di negara tersebut, membuka rangkaian pertama di Swieqi sebelum akhir tahun ini 
  • Syarikat akan memanfaatkan kebolehannya dalam Perindustrian dan rantaian bekalan demi menyediakan produk berkualiti kepada pelanggan Malta 

Telepizza ialah sebuah syarikat penghantaran piza yang berpangkalan di luar A.S terbesar di dunia berdasarkan jumlah restoran, memajukan strategi antarabangsanya dan mengumumkan perjanjian pemfrancaisan induk pertama bagi memulakan operasi di Malta.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7884851-telepizza-franchise-to-open-in-malta/

Joseph P. Attard, memegang hak pemfrancaisan induk untuk mengendalikan jenama Telepizza di negara tersebut, merancang untuk membuka rangkaian pertama di Swieqi sebelum akhir tahun ini serta empat restoran tambahan dalam tempoh 3 tahun akan datang. En. Attrad mempunyai pengalaman keusahawanan dan mengendalikan satu lagi jenama QSR dengan jayanya di negara tersebut.

Ini merupakan langkah penting untuk terus mencapai kemajuan dalam usaha perluasan Telepizza di peringkat antarabangsa. Malta ialah sebuah negara berpendapatan tinggi yang terletak di lokasi strategik, selain memiliki pasaran terbuka yang maju dan mampu menarik hampir dua juta pelancong setiap tahun, senario terbaik buat jenama yang menawarkan piza yang dibakar segar, buatan sendiri dan enak dengan layanan penuh mesra serta inovatif, disediakan dengan nilai yang hebat.

"Berikutan rancangan pembukaan rangkaian di Arab Saudi dan UK baru-baru ini, kami dengan penuh sukacitanya mengumumkan usaha penembusan kami di Malta dan menyambut kehadiran En. Joseph dalam kerjasama yang hebat ini bagi memanfaatkan model perniagaan kami terhadap makanan berkualiti di nadi kawasan Mediterranean," kata Pablo Juantegui, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Telepizza.

En. Joseph P. Attard berkata: "Saya amat berbesar hati dapat menyertai organisasi Telepizza ini. Konsep jenamanya yang unik, inovasi produk bertaraf tinggi - piza yang dibakar segar dan dibuat sendiri menerusi gaya Mediterranean serta kecemerlangannya dalam teknologi penghantaran untuk pelanggan adalah ciri-ciri yang amat penting bagi memilih rakan niaga baharu. Kami berharap dapat terus meningkat maju bersama-sama menerusi kejayaan kerjasama ini."

Telepizza memanfaatkan kepakarannya, dan rekod prestasi yang terbukti dalam pemasaran, teknologi dan rantaian bekalan, selain kelebihan operasi rakan niaganya serta pengurusan setempat, yang membolehkan Telepizza benar-benar memanfaatkan sepenuhnya peluang ini.

Manuel Loring, Pengurus Besar Bahagian Perindustrian, Pembelian dan Logistik berkata: "Kami amat berbesar hati kerana dapat berkongsi dan membekalkan 'produk yang segar dan berkualiti' kepada pengguna Malta dan kepada sejumlah besar pelancong yang mengunjungi Pulau tersebut setiap tahun. Sistem rantaian bekalan Telepizza kami adalah hasil 1,300 restoran yang kami layani setiap hari, membolehkan kami memanfaatkan dan mengekalkan kualiti tertinggi bahan kami serta produk inovatif Telepizza, di seluruh Dunia."

Telepizza memberi sokongan kepada setiap syarikat francais menerusi kepakarannya, latihan secara berterusan dan kekukuhan jenamanya, yang berjaya diperoleh sepanjang tiga dekad operasi yang cemerlang. Telepizza juga menjaga standard kualitinya, mengurus seluruh proses, bermula daripada kilang hinggalah pelanggannya.

Strategi peringkat antarabangsa 

Strategi antarabangsa oleh Telepizza memfokuskan pertumbuhan dalam pasaran operasinya masa kini, meninjau peluang perniagaan baharu dan menembusi pasaran baharu, sama ada secara organik, iaitu melalui pengambilalihan syarikat-syarikat tempatan, mahupun melalui francais induk.

Kira-kira 35% restoran Telepizza di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh Telepizza, manakala kira-kira 65% restoran pula dimiliki oleh rakan niaganya. Kini, syarikat tersebut bertapak di 15 buah negara dan jualan antarabangsanya mencecah lebih 30% daripada jualan keseluruhan.

Nota untuk Editor 

Telepizza ialah sebuah syarikat penghantaran piza yang berpangkalan di luar A.S terbesar di dunia berdasarkan jumlah restorannya. Beribu pejabat di Madrid, Syarikat tersebut menawarkan pelbagai jenis piza dan produk sampingan yang menggabungkan rasa yang konsisten di setiap negara, dan memberi tumpuan kepada penyesuaian tempatan serta inovasi pasaran di tempat ia beroperasi.

Telepizza beroperasi di 15 buah negara menerusi jenama miliknya sendiri di seluruh Eropah (Sepanyol, Portugal dan Poland), Amerika Latin serta kawasan-kawasan lain, kebanyakannya menerusi perjanjian pemfrancaisan induk. Setakat Mac 2015, syarikat tersebut memiliki rangkaian yang terdiri daripada 1,311 restoran (461 restoran milik sendiri dan 850 restoran francais induk), selain mengguna pakai model perniagaan bersepadu secara vertikal dalam tujuh kemudahan pembuatan dohnya.

Pada tahun 2015, Syarikat ini mencatatkan jualan rangkaian sebanyak €491.8 juta manakala EBITDA pula bernilai €57.7 juta.

http://www.telepizza.com
https://www.facebook.com/telepizza
https://twitter.com/telepizza

Hubungi:
Kreab - T. +34-917027170
Susana Sanjuán / ssanjuan@kreab.com  / M. +34-677-946-805
Francisco Calderón / fcalderon@kreab.com / M. +34-654-642-160
Luis Meseguer / lmeseguer@kreab.com

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150317/735407-a )

Video: http://www.multivu.com/players/uk/7884851-telepizza-franchise-to-open-in-malta/

Sumber: Telepizza

Source: Telepizza
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Transportation Contracts Corporate Expansion