omniture

Infinitus Menubuhkan Pusat Penyelidikan Antarabangsa Bagi Menggalakkan Usaha Penyelidikan Keselamatan Ubat Herba Cina

LKK Health Products Group
2016-07-20 10:28 890

GUANGZHOU, China, 20 Julai, 2016 /PRNewswire/ -- Pengeluar dan pengedar produk kesihatan Cina Infinitus (China) Company Ltd., iaitu ahli LKK Health Products Group (LKKHPG), secara rasminya melancarkan Pusat Penyelidikan Perubatan dan Penilaian Keselamatan Herba Cina (Pusat) di Guangzhou pada 15 Julai. Pusat ini diwujudkan bagi memanfaatkan sains moden demi menjalankan penyelidikan terhadap piawaian kualiti, keselamatan, teknologi pengukuran, teknik pemprosesan, teori aplikasi, selain mekanisme yang mengawal keberkesanan ubat herba Cina. Selain itu, Pusat ini akan menyediakan sokongan profesional dari segi teknologi berasaskan sains dan penilaian keselamatan sebagai usaha untuk meningkatkan pembangunan industri ubat herba Cina secara teratur, saintifik dan dengan baik.

Makmal Ketepatan Instrumen di Pusat Penyelidikan Perubatan dan Penilaian Keselamatan Herba Cina
Makmal Ketepatan Instrumen di Pusat Penyelidikan Perubatan dan Penilaian Keselamatan Herba Cina

Permintaan dunia terhadap ubat-ubatan semula jadi semakin meningkat sejak beberapa tahun ini, dan hal ini membantu pelbagai produk dengan bahan ubatan herba Cina sebagai bahan aktif semakin dikenali di seluruh dunia. Selain menjadi peneraju tradisional dalam ubat herba Cina, China masih belum mantap dari segi kawalan keselamatan. Penilaian keselamatan ialah salah satu topik hangat apabila membincangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh kajian moden terhadap ubat herba Cina

En. Tim Chun, Naib Presiden Kanan LKKHPG berkata: "Kajian terperinci terhadap ubat herba Cina dan keselamatan produk bukan sahaja dapat meningkatkan kegunaannya, bahkan dapat membantu pengusaha Cina sentiasa mengikuti perkembangan teknologi penyelidikan antarabangsa, agar dapat meningkatkan daya saing China dalam pasaran ubat herba Cina di peringkat global."

Pusat ini komited untuk menjadi sebuah platform penyelidikan terulung serta sebagai pusat penilaian keselamatan bebas dan profesional untuk ubat herba Cina. Menerusi pelaburan peringkat awal sebanyak RMB43 juta, pusat ini dilengkapi dengan peralatan dan instrumen saintifik yang canggih, mematuhi piawaian makmal kebangsaan utama China selain perkakas makmal fizikal, kimia dan ketepatan yang profesional, direka khusus untuk ubat herba Cina. Selain itu, Pusat ini akan bergabung tenaga dengan institut-institut serta pasukan-pasukan penyelidikan tempatan dan luar negara yang terkemuka bagi membangunkan platform penyelidikan pelbagai bidang dan melibatkan penyertaan. Sehingga kini, Pusat ini menerima sokongan daripada sejumlah institusi dan universiti termasuk Institut Mikrobiologi Guangdong, Universiti Macau, Universiti Ubat Cina Guangzhou, Universiti Teknologi China Selatan dan Universiti Pertanian China Selatan, serta beberapa makmal utama kebangsaan yang lain.

Pusat Penyelidikan Bersama untuk Keselamatan dan Fungsi Fungi Perubatan Boleh Makan ("Pusat Fungsi") dilancarkan pada hari yang sama, dibangunkan bersama-sama oleh Infinitus (China) dan Institut Mikrobiologi Guangdong, sebuah organisasi yang pernah meraih pelbagai pencapaian dalam kajian terhadap fungi boleh dimakan dan unsur perubatan. Pusat fungi itu ialah platform pertama Pusat tersebut yang dibangunkan dan dikongsi bersama organisasi luar. Pusat fungi itu akan memberi tumpuan terhadap kajian ciri-ciri perubatan fungi yang boleh dimakan dan memiliki unsur perubatan dan sejauh mana fungi tersebut berinteraksi dalam tubuh manusia, selain bagaimana dapatan ini boleh diaplikasikan demi memajukan pembangunan berteknologi, penilaian risiko biologi dalam seluruh rantaian industri serta teknologi perlindungan dan kawalan. Pada masa depan, Pusat ini akan membangunkan platform penyelidikan tambahan bagi herba Cina khusus yang fokus terhadap inovasi dan keterangkuman secara kolaboratif.

Selain itu, Pusat ini merancang untuk menyediakan seluruh industri dan komuniti Ubat Cina Tradisional yang lebih luas dengan sokongan teknikal serta perkhidmatan penilaian keselamatan. Pada masa depan, Pusat ini merancang untuk memenuhi kehendak pengguna terhadap penilaian tahap keselamatan dan keberkesanan produk herba Cina dengan menyediakan perkhidmatan pengujian pihak ketiga berkaitan herba Cina kepada mereka.

Menerusi pengalaman selama lebih dua dekad dalam penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan herba Cina, Infinitus telah melabur lebih RMB100 juta (kira-kira US$15 juta) terhadap pembangunan produk pada setiap tahun. Dengan sokongan pasukan terbesar China yang terlibat dalam pembangunan produk kesihatan herba Cina, syarikat ini memiliki teknologi eksklusif berhubung Polisakarida Herba, Schizandrin B, Bahan Faktor Pemutihan, Peptida Bioaktif dan banyak lagi. Infinitus kini melebarkan pengaruhnya ke tanah besar China, Hong Kong, Taiwan dan juga Malaysia.

En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG berkata, "pelancaran Pusat tersebut akan menyokong pembangunan produk baharu serta perkhidmatan pengujian produk, selain meningkatkan piawaian dan juga pemodenan industri herba Cina di seluruh dunia, agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna."

Latar Belakang LKK Health Products Group ( www.lkkhpg.com )

LKK Health Products Group merupakan ahli Lee Kum Kee Group, perusahaan Hong Kong berusia seabad lamanya. Beribu pejabat di Hong Kong, LKKHPG terlibat dalam aktiviti perladangan herba Cina; R&D, pengeluaran, jualan dan perkhidmatan berkaitan produk kesihatan herba China; platform internet mudah alih; dan pelaburan harta tanah, selain menggajian hampir 4,620 kakitangan. Syarikat ahli LKKHPG termasuk Infinitus (China) Company Ltd., Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., Infinitus International Company Ltd., Infinitus International (Malaysia) Sdn Bhd., Naturale (China) Pharma Co., Ltd., HeHa Digital Health Ltd., dan Infinitus Property Investment Company Ltd.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160718/0861607145

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals