omniture

Keep Walking Colombia: 6,000 Warga Colombia Bersatu Tanpa Pakaian dan Menyatakan Pendirian terhadap Keamanan

Johnnie Walker
2016-07-20 21:04 518

BOGOTÁ, Colombia, 20 Julai, 2016 /PRNewswire/ --

Filem baharu daripada Muzium Kesenian Moden Bogotá dan Johnnie Walker® menceritakan tentang kisah manusia dalam meraih kemajuan dan harapan daripada medan perang saudara Colombia  

"Sayap kanan atau sayap kiri, apabila tidak berpakaian, kita adalah sama," kata Wilson Barreto.

Kedua mata Wilson buta akibat serangan bom FARC (Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia) di Bogotá ketika beliau hanya berusia 19 tahun. Beliau merupakan salah seorang daripada 6,000 penduduk daripada pelbagai pihak yang terlibat dalam perang saudara Colombia yang bergambar tanpa pakaian di Bolívar Square, Bogotá, bagi menyatakan pendirian terhadap keamanan menerusi seni pemasangan yang bersifat menyatupadukan, oleh jurugambar Amerika yang terkenal, Spencer Tunick.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160718/390510 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160718/390511 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160718/390512 )

Video: https://youtu.be/eFtaVzy70aQ  

Seni pemasangan tersebut, yang merupakan pameran terbesar oleh Tunick sepanjang tempoh enam tahun, menggambarkan sifat optimis sebuah negara yang berjuang demi menggapai keamanan dan menjadi inspirasi bagi sebuah filem dokumentari pendek berjudul Keep Walking Colombia, daripada Muzium Kesenian Moden Bogotá (MAMBO) dan juga Johnnie Walker®.

Dilancarkan serentak dengan Hari Kemerdekaan Colombia (20 Julai), hari yang menyaksikan Deklarasi Kemerdekaan Colombia daripada Sepanyol, Keep Walking Colombia mengikuti kisah lima orang warga Colombia ketika mereka terlibat dalam penciptaan seni pemasangan dan gambar ikonik tersebut.

Dalam filem tersebut, Wilson bangkit bersama Luis, komander FARC yang bertanggungjawab terhadap serangan bom yang mengakibatkan kedua matanya buta, dan kini merupakan sahabat baiknya. Wilson tampil dalam filem pendek yang hebat ini berserta mangsa daripada penduduk awam Pilar Navarrete, bekas pegawai tentera Pablo Emilio Moncayo, bekas aktivis separa tentera sayap kanan Ederlidia Garizao dan juga Maria Esperanza Sierra, bekas pejuang FARC.

"Setelah setengah abad berlakunya konflik tersebut, penduduk Colombia memimpin negaranya agar terus maju menggapai keamanan dan kebebasan menerusi sifat keterbukaan dan harapan yang tidak berbelah bahagi terhadap masa depan," kata Claudia Hakim, Pengarah MAMBO Colombia.

"Kisah-kisah ini diceritakan menerusi seni dan filem, melangkaui hal-hal politik, kepercayaan mahupun fahaman negara. Kesemua ini merupakan kisah mereka yang telah berhadapan dengan terlalu banyak keperitan, dan berazam untuk menghadapi segala kemungkinan menerusi masa depan yang dikongsikan bersama."

Suami Pilar Navarrete hilang semasa peristiwa pengepungan di Istana Kehakiman di Bogotá pada tahun 1985 dan jasadnya tidak dijumpai. Pilar menjelaskan mengenai penyertaannya dalam gambar tanpa pakaian serta dokumentari itu: "Saya rasa seperti saya memberi satu penghormatan. Saya ingin memperlihatkan jiwa dan tubuh saya, serta menceritakan kepada semua tentang Hector Jaime Beltrán.

"Saya amat berbangga dengan penduduk Colombia. Kami pernah berhadapan dengan terlalu banyak keperitan, namun kami masih boleh tersenyum. Kami ingin dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara yang meraikan semua individu."

Pablo Moncayo, yang ditawan olen FARC selama 12 tahun, berkata: "Kita semua sama sahaja. Walau apa pun perbezaan yang anda lihat, kita memiliki darah dalam pembuluh darah kita; kita semua tercipta dengan kulit dan tulang."

Daniel Leahy, Pengarah Kandungan Global di Johnnie Walker, berkata: "Kami amat berbesar hati kerana dapat membantu membawakan kisah yang penuh inspirasi ini kepada dunia. Johnnie Walker sentiasa mementingkan kemajuan, dan pada tahun lalu, kami melancarkan kempen yang meneroka idea bahawa pemikiran yang positif boleh membantu seseorang mencapai impiannya.

"Keep Walking Colombia mengisahkan tentang lima warga Colombia yang masih percaya terhadap masa depan yang lebih baik walaupun pernah berdepan dengan konflik. Hasil kerjasama dengan Spencer Tunick membolehkan kami menceritakan kisah mereka yang memberi inspirasi ini dengan memberi penekanan terhadap keberanian, sifat positif dan juga kesanggupan mereka yang terkesan dengan tragedi yang tidak mampu dibayangkan ini, selain kesukaran untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik."

"Walaupun ini merupakan sebuah kisah dari Colombia, kami percaya sentimen berkaitan sifat optimis dan positif sebagai langkah mencapai kemajuan ialah suatu yang akan diterima baik oleh orang ramai di seluruh dunia."

Keep Walking Colombia boleh ditonton di sini: https://youtu.be/eFtaVzy70aQ

Nota untuk Editor 

Latar Belakang Diageo 

Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan pelbagai jenama hebat termasuk Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, wiski Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff dan Cîroc, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan Guinness.

Diageo disenaraikan di Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Produk kami dijual di lebih 180 buah negara di serata dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan kami, jenama kami, dan prestasi kami, sila kunjungi kami di http://www.diageo.com. Sila lawati laman kempen minum secara berhemah global Diageo di http://www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan setiap hari, di mana-mana jua.

Perkataan JOHNNIE WALKER dan KEEP WALKING, serta peranti Figura Melangkah dan juga logo berkaitan ialah tanda dagang © John Walker & Sons 2016. 

Nikmati Johnnie Walker secara berhemah.

DRINKiQ.com

Source: Johnnie Walker
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Corporate Social Responsibility